Home Novel Cinta JODOH TAKDIR
Bab 25

HAH!Sedapnya tilam ni! Hah! Sedap! Sedap! Sedap! Dah macam Upin Ipin lah pulak.Penatnya! Penat kerana terlalu banyak sangat tersenyum. Rasa macam PerdanaMenteri pulak nak senyum 24 jam! Ni baru nikah, belum lagi kahwin. Agaknyakebas mulut aku. Silap gaya mau tergeliat mulut aku ni.

            Selepas selensai majlis dimasjid,kami semua pulang. Alhamdulillah walaupun akad nikah itu hanya kecil-kecilsaja. Tapi boleh tahan jugak yang hadir. Rasanya lebih banyak saudara-maraUmmi. Habis majlis pun pukul 11.15. Sampai rumah pukul 12.00. Aku terbaring lesukat atas katil pukul 12.05! Ha..ha!  Smart tak jadual aku?

            “Ya Allah budak ni! Kamu ingatbujang lagi ke Long? Kenapa duduk dalam bilik ni? Bilik kamu kat bilik suamikamu.”

            Bamm! “Mak sakit!!” oleh keranasuara Mak Imah ni macam bunyi enjin roket, aku yang baring dihujung katil itu terusjatuh katil!

            “Mak. Along baru nak luruskanpinggang.” Rengekku sambil membetul-betulkan pinggang yang bukan saja tak lurusmalah bengkok terus akibat kesan jatuh tadi.

            “Nak lurus pinggang ke, lurus jalantar ke. Naik atas sekarang. Emel tu nak pergi solat jumaat. Kamu tu sebagaiisteri, tolonglah dia bersiap.” Bebel Mak Imah lagi sambil bercekak pinggang.

            Aku menggaru-garu kening yang rasanak tercabut. Tudung yang masih tersarung aku tak buka lagi. Kemudian akumemandang Mak dengan pandangan kesian. “Mak. Lima minit lagi boleh?”

            “Alongg!!!”

            “Okey! Okey along pergi!” Bedezup!Aku keluar dari bilik menuju bilik Emel. Bahaya kalau masih melengahkan masajika Mak Imah sudah bertukar vocal suara. Silap gaya makan pasu aku nanti.

            Perlahan aku memulas tombol pintuyang tak berkunci itu. Haaaihh! Nasib baik dia tak ada.  Melihat suasana sunyi dibilik itu membuatkanaku tersenyum. Mataku memandang katil yang besar tu, kalau main loncat-loncatmesti best!

            Mula-mula aku duduk diatas katil itusambil mencuba henyak-henyakkan pinggul. Urm! Gerenti sedap tidur! Bam!!Selamat sudah tubuhku terbaring senang. Sedapnya! Rasa macam tidur atas awan.Selamat malam dunia!

            “Ehem! Ehem!”

            Aku membuka mata! Terkebil-kebilsekejup! Cuba mencerna minda, mana pulak datangnya suara itu. Aku menoleh kekiri. Ting! Sepantas kilat aku bangun!

            “Amboi, sedapnya tidur kan?” Emelyang baru keluar dari bilik almari setelah menyalin baju melayu yang lain,menghampiri Zirah yang hanya tertunduk. Memerah pipinya, mungkin malu. Eh, tahujugak budak ni malu eh?

            “Nah.” Diberi butang baju melayukepadaku.

            Terkebil-kebil mataku melihat butangbaju melayu itu dan wajah lelaki dihadapan aku ni silih berganti. “Nak buatapa?”

            “Makan.” Jawab Emel bersahaja.Melihat wajah blur Zirah, dia mengeluh. “Tolonglah pakaikan. Kata isteri kan?Belajar dari sekarang layan suami.”

            Zirah mencebik namun diambil jugabutang baju melayu itu. Mujurlah masa arwah ayah ada dulu, memang akulah yangakan pakaikan ayah butang baju melayu setiap kali ayah nak ke masjid. So, aku dah ada pengalaman untuk kerjaitu. Tak susah mana pun.

            Cuma agak sukar bila kita buat kerjaada orang memerhatikan kita secara dekat begini. Teramatlah menggerunkan. Apahal pulak si Emel ni? Pandang aku tak berkelip ni? Selensai memakaikan butangterakhir, aku berlawan mata dengan dia. Ingat aku takut ke?

            Emel tersenyum. Digosok-gosokkepalaku dan mengucup dahiku. “Terima kasih.” Ujarnya dan terus berlalu. YaAllah Ya tuhanku, tak ada sekelumit zarah pun niat aku nak melepaskan dia. Takpernah. Cuma aku nak dia jadi seseorang paling berharga buat keluarga iniselepas ketiadaanku.

            Aku pulak? Ternganga! Tak percaya!Tak pernah tengok pun senyuman maut dia tu! Apatah lagi suara dia yang lembuttu? Ah, mimpi ni! Dush!! Aku tumbok pipi. Arghh! Sakit!! Aku tak mimpi? Betullah ni? Tenang Zirah! Tenang! Oksigen! Aku perlukan oksigen!!!

Previous: Bab 24A
Next: Bab 26

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.