Home Novel Cinta JODOH TAKDIR
Bab 17

SEPANJANGminggu Emel sibuk dengan urusan peribadinya. Hari ini dia ke hospital untuk mengetahuidua berita. Alhamdulillah, segala urusan berkaitan ujian DNA antara Adam danAmmar diuruskan olehnya dan Irwan dengan baik. Dirumah, masing-masing berdebarmenantikan  keputusan.

            Setelah selensai urusan dengan doktor,Emel melangkah berat keluar dari hospital swasta itu. Irwan tak dapatbersamanya untuk mendengar hasil kajian itu. Hanya Emel seorang saja.

            Emel memegang dua helai sampul surat.Ditangan kanannya, berita baik. Alhamdulillah.. Tapi ditangan kirinya, Emelmengeluh lemah. Ujian apa lagi yang diberikan buatnya? Moga Aku kuat dengansemua ni.

            Emel tak terus pulang kerumah, walaupun dia tahu ramai yang menanti jawapankeputusan itu dirumah. Dia terus menuju ke pejabat. Kerusi empuknya didudukiperlahan. Kedua-dua sampul surat  yangdiletak diatas meja, ditenung lama.

            Ketukan dipintu menyedarkanlamunannya. Laju saja sampul surat berwarna coklat itu disembunyikan kedalamlaci. Hanya tinggal sampul surat  berwarna putih diatas mejanya.

            Irwan tersenyum sambil melangkahmenuju kearah kawan baiknya itu. “Amacam? Okey? Sorry, tak dapat teman kau. Tiba-tiba pulak Mr.Sigh nak buat meeting! Panas je hati aku.” Irwanmengeluh geram.

            Emel tersenyum hambar. “Tak apalah.Aku tak kisah pun.”

            “Ini result dia eh?” Irwan mengambil sampul surat putih itu. Dibukaperlahan. Melihat isi kandungan surat tu membuatkan dia tersenyum lebar.“Syukur Alhamdulillah!”

            Emel yang masih termenung tudipandang sekilas. Irwan terdiam sekejup. Pelik benar wajah kawannya itu. Pucatdan lesu saja. “Kau ni kenapa pulak? Masih tak boleh terima?? Kau nak buktimacam mana lagi?” Naik berang pula hati Irwan kalau bukti kukuh ini pun Emel  masih ragu-ragu!

            Emel membetulkan duduknya. Diamengeluh dan melempar pandang kearah Irwan dengan wajah kosong. “Aku nakkahwin.”

            Irwan tercengang. Seketika kemudiandia mengkekeh ketawa! “Adoi, lawak! Tak akan sebab kau cemburu Ammar ada anak,kau pun nak ada jugak?”

            Emel mendengus! “Ini yang aku malascakap dengan kau ni. Aku serius ni.”

            Irwan menghentikan ketawanya. Namunmasih bersisa. “Kau ni kenapa? Tiba-tiba nak kahwin? Kau nak kahwin dengansiapa pulak ni? Kau bukannya ada awek pun. Setahu aku, kau lah manusia yang takberkawan dengan perempuan. Kawan perempuan kau Cuma Zi…” Irwan terdiam.Terkebil-kebil matanya.

            “Zirah??? Are you kidding??? Kau biar betul Mel!!” Irwan ternganga! Diasendiri tak percaya kalau apa yang dikatakan itu adalah benar.

            Emel mengeluh lagi. Diangguk-anggukperlahan. “Kenapa? Tak layak aku kahwin dengan dia?”

            Tercungap-cungap Irwan dibuatnya!Bukan dia tak suka! Malah dialah orang yang paling bahagia bila kawannya yangbernama Emel ni nak berkahwin. Tambah-tambah pula calonnya ialah Zirah! Lagilahdia suka!! Cuma dia masih dalam moodterkejut je.

            Habis satu botol  air oren dibedalnya. Tak cukup itu, air orenmilik Emel juga disapu habis. Matanya kembali memandang Emel! “Ya Allah. Tahniah!Aku tumpang bahagia.” Tangan Emel disalam dan digoncang-goncang laju.

Previous: Bab 16B
Next: Bab 17A

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.