Home Novel Cinta JODOH TAKDIR
Bab 66C

Zirah ingatabang kuat ke nak buat semua ni? Abang bukan sengaja buat semua ni, tapi iniyang Zirah nak. Tak  apalah sayang, abangbagi Zirah ruang. Satu je abang nak Zirah tahu, yang abang terlalu sayangkanZirah.

            Zirah menghentak-hentak kakinyamenuju kearah pondok menunggu bas itu. didalam hatinya dah macam-macamdibebelkan. Rasa macam nak patah balik je kat tempat tadi, lepas tu tarikterlinga dia panjang-panjang dan lari. Hah! Imaginasi aku ni memang diluarkewarasan otak sikit. Tapi aku tengah geram gila ni!

            Sedang leka membebel seorang diri,tiba-tiba berhenti sebuah kereta waja dihadapan aku. Wajah Amina kelihatanditingkap.

            “Kak! Jom lah kami hantar.”Beriya-iya Amina mengajak.

            “Eh, tak apalah. Saya naik bas je.”Aku tersenyum. Segan pulak aku.

            Amina keluar dari kereta. “Tak kira,akak kena ikut juga Mina dengan abang nak hantar akak balik.” Amina memeganglenganku sambil buat muka kesian.

            Aku mula serba salah. Melihat HajiHanif didalam kereta hanya diam tak berkata apa.

            “Akak takut abang tak bagi ke?Jangan risau, abang mesti bagi punya. Jom.” Amina sudah mencapai beg tangankudan membukakan pintu belakang untukku.

            Mahu atau tidak aku ikutkan jugak.Didalam perjalanan, Amina tak habis-habis bercerita perihal abangnya. Abangnyatak suka itu lah.. ini lah.. Aku hanya senyum saja. Aku tahu Haji Hanif pun takberasa selesa dengan sikap Amina.

            “Abang, Mina nak beli barang lahsikit. Boleh tak kita singgah kat kedai tu.” Tetiba Amina bersuara. Haji Hanifhanya mengangguk.

            Setelah tiba dihadapan kedai, lajusaja Amina keluar dari dalam kereta. Aku pulak mati kutu dibuatnya. Amina nibukan nak ajak aku sekali, laju je pergi dulu. Haji Hanif keluar dari kereta,dan bersandar dihadapan kereta. Tak manis pula dia berdua-duan didalam keretadengan Nazirah.

            Aku membuka pintu. Turut samakeluar. Niat hati nak masuk kekedai tu, tapi bila melihat Haji Hanif yangtermenung tu. Membuatkan aku rasa macam nak tahu.

            “Fikirkan apa tu? Jauh pandang.”Zirah memulakan kata.

            Haji Hanif tersentak. Kemudian diatersenyum. “Eh, tak adalah. Tengok budak main bola tu. Seronok je tengok.” HajiHanif menunjukkan sekumpulan kanak-kanak yang sedang rancak bermain boladihujung padang.

            “Oh, kalau macam tu. Hanif kenakahwin lagi, boleh dapat baby boy empat belas. Err.. maafkan saya.” Aku mengetapbibir bila terasa kata-kata aku itu agak terlanjur. Ish! Mulut tak ada insuran!Main redah je sebut! Kalau dia terasa apa yang kau cakap tu macam mana Zirah?Adoi!!!!

            Haji Hanif hanya ketawa. “Eh, takapa. Saya redha semuanya. Sekurang-kurangnya Isteri saya pergi bawak bersamaanak syurga. Mungkin Allah tahu ini terbaik buat saya, sebab itu Dia ambilmereka. Dan saya yakin hikmah Allah itu jauh lebih baik dari apa yang sayamahukan.”

            Aku terdiam. Ya Allah tabahnyamanusia ni. Aku dulu kehilangan Arwah Ayah, sebulan aku tak lalu makan. Apatahlagi nak belajar. Rasa kehilangan yang tak boleh diungkapkan dengan ayat.Inikan pulak Haji Hanif yang kehilangan Arwah Isterinya dan anaknya sekali gus.

            “Tabahnya awak.” Ujarku perlahan.

            Haji Hanif tersenyum. “Saya manusiaZirah. Setakat mana lah saya boleh tabah. Kekadang tak kuat jugak. Yang pentingdalam hidup ni, kita kena terima jodoh dan takdir. Awak beruntung Zirah, masihpunya keluarga sendiri. Hargai perkhawinan itu. Nak bahagia mesti ada dugaannya.Hidup kita ni bukan macam dalam filem, semuanya diatur dengan happy ending. Selagi dia masih hak kita,hargailah. Andai kata Allah bagi pinjam semua nikmat Dia, dan tiba masa diaambil semula. Saat itu barulah kita tahu, yang kita memang tak pernah bersyukurdengan pemberianNya.”

            Haji Hanif melihat aku yangtertunduk. “Yang dah berlaku, biarkan ia jadi pengajaran. Masa yang adasekarang ni, jadikan satu kesempatan. Pulihkan apa yang yang musnah. Awak takakan menyesal dengan tindakkan awak sekarang. Jika sesuatu terjadi awak takakan rasa terkilan, sebab awak pernah mencuba. Saya tahu hati awak berat, tapiitu bukan penyebab untuk tidak berubah. Mintak pertunjuk dari Allah. Diasebaik-baik pertunjuk. Awak isteri yang baik.”

Previous: Bab 66B
Next: Bab 66D

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.