Home Novel Cinta JODOH TAKDIR
Bab 15

EMELtersentak mendengar bunyi bayi menangis. Anak siapa pulak yang tercicir ni?Makin laju langkahnya menuju kedalam rumah. Kelihatan, Zirah sedang memangkubayi sambil menyumbat botol susu.

            Emel ketawa sinis. “Sejak bila rumahni ada taska?” perlinya.

            Zirah buat muka selamba. Biarkan diabercakap dengan dinding! Lebih bagus begitu. Adam, ini Pak Ngah. Dia ni sewel..Suka kacau akak. Kalau Pak Ngah buli akak, Adam kentut kat muka dia tau! BisikZirah perlahan kepada Adam!

            “Eh, Emel.. Baru balik? Lambatnyabalik? Dah dekat pukul 10 malam dah ni.” Datin Rosmah menghampiri Zirah.Diusap-usap kepala cucunya itu.

            “Anak siapa ni Ummi?” Soal Emel,pelik betul melihat cara Ummi melayan bayi itu.

            “Anak Along.. Nama..”

            “Kan Emel cakap!! Jangan jaga budakni! Entah ini anak jantan mana, dia cakap ini anak Along! Betina jahanam! Emeltak suka dia buat macam ni kat Along!” Tiba-tiba Emel bersuara. Merah padam wajahnyamenahan marah! Disebabkan betina tu, abangnya tidak bangun. Disebabkan betinaitulah, abangnya menderita! Sumpah dia tak akan maafkan!

            “Astagfirullah al’azim. MengucapMel. Cuba bercakap tu guna akal. Jangan main cakap je. Ya! Ummi tahu kamu bencidengan Manda. Tapi kamu tak berhak untuk benci anak ni. Dia tak ada dosa Mel.Kalaulah dia mampu jaga diri dia sendiri, dia tentu tak akan susahkan kita.Tapi dia kecil lagi, dia cuma ada kita je Mel.” Datin Rosmah sedikit sebak.Memang diakui dia sendiri meragui ini cucu sebenarnya atau tidak. Tapi jikaterlalu difikirkan, besar kemungkinan dia juga ada sifat benci sama sepertiEmel pada bayi yang tak tahu apa-apa ini.

            Selayaknya kita sebagai yang lebihtua, perlu menunjukkan teladan yang baik. Subhanallah, entah kenapa bilaterpandangkan wajah bayi comel ini. Hati keibuannya membuak rasa sayang.Biarlah Allah saja yang tahu perkara yang sebenar. Bisik hati Datin Rosmahsayu.

            “Emel tak tahulah apa yang digunakanoleh Betina tu. Sampai semua orang percaya dia baik! Emel, tak peduli.Nantaklah apa semua orang dalam rumah ni nak cakap. Yang penting Emel tak akansesekali percaya bayi tu anak Along!!” Emel terus berlalu mendaki tangga menujukebiliknya. Marah benar wajahnya.

            Aku megusap bahu Datin Rosmah. Tenangkanhatinya. Sedih mengenangkan pelbagai jenis ujian yang melanda keluarganya. “Dahtu Datin.. Insyallah, lambat laun Emel mesti boleh terima Adam. Sebab, mungkin Adaminilah hikmah yang Allah bagi pada kita insyallah... Mana kita tahu kan kuasaAllah..” Aku memujuk. Aku pun tak tahu nak cakap apa lagi. Tapi yang penting,Adam bukan punca masalah. Tapi dia adalah penyelensaian masalah! Insyallah..

            “Terima kasih Zirah. Jagakan Adamuntuk Ummi. Tak terbalas jasa Zirah ni. Ummi harap apa yang Zirah katakan tutermakbul. Amin..” Datin Rosmah memeluk erat bahu Zirah.

            “Datin..”

            “Apa datin-datin? Ummi tak sukaZirah panggil Ummi Datin.” Laju saja Datin Rosmah memintas. Tak berkenan benarhatinya mendengar panggilan Zirah padanya.

            Aku mengerutkan dahi. “Lah habis tunak panggil apa? Kak Ros boleh?” Usikku.

            Ummi ketawa. “Ingat Ummi ni mudalagi ke Zirah? Mari Adam, kita lawat Atok.” Ummi mengambil Adam didalamdukunganku. Aku hanya tersenyum sambil melihat Adam yang masih didakapan Ummi.

Previous: Bab 14C
Next: Bab 15A

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.