Home Novel Cinta JODOH TAKDIR
Bab 20A

AKUmenongkat dagu diatas meja makan itu. Bibirku mencebik. Bibik yang melihatreaksiku itu hanya ketawa.

            “Udahlah Kerah, mau atau enggak.Kamu kena diteman sama Emel. Jangan dibuat muka macam gitu loh, buat lucu aja.”Bibik mengeleng-geleng lemah.

            “Tapi, Zirah tak nak balik kampungdengan dia! Nanti mak Zirah cakap, dia bakal suami Zirah pulak! Mulut mak Zirahtu kadang-kadang masin jugak.” Bebel Zirah.

            “Okey siap! Jom Cicak Kobeng!” Emelmuncul dari pintu utama sambil melaung.

            “Dah siap Zirah? Tu Emel dah tunggutu.” Ummi yang sedang mendukung Adam hanya tersenyum.

            “Ummi tak risau ke kalau Zirah balikdengan anak Ummi tu? Buatnya dia buang Zirah kat tepi highway tu macam mana?” Aku cuba menghasut pemikiran Ummi.

            Ummi ketawa. “Berani Emel nak buatbakal menantu Ummi macam tu?”

            Melihat wajah comel Adam, rasa nakcium-cium je budak kecik ni. “Hah? Apa Ummi cakap? Zirah kurang dengar.” Leka denganmenatap wajah Adam, tak dengar pula apa yang Ummi cakap.

            “Eh, tak ada apa. Meh-meh cepat,nanti membebel pulak si Emel tu.” Ummi mengalih perhatianku sambil menariktanganku ke pintu utama.

            “Tapi nanti Zirah mesti rindu kat Adam.”Zirah mencium pipi dan dahi Adam dengan geram. Mesti akak rindu kat Adam.

            “Lah, bukannya kamu pergibertahun-tahun Long. Gaya macam tak jumpa si Adam lagi je.” Mak Ngah mulamembebel.

            “Yela-yela. Kita nak pergilah ni.”Zirah mencebik. Setelah disalam semua wanita-wanita yang umpama ibunya itu,Zirah melangkah masuk kedalam kereta Mitsubishi Lancer Evolution milik Emel.

            Dengan wajah mencebik, akumelambai-lambai tangan kepada mereka. Adam! Mesti akak rindu kamu nanti!

Previous: Bab 20
Next: Bab 20B

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.