Home Novel Cinta JODOH TAKDIR
Bab 14B

            “Along kahwin dengan Kak Manda dahdekat setahun.. Along sayang sangat dengan Kak Manda, sebelum kahwin lagi Ummidengan Walid banyak kali pesan kat Along supaya fikir dulu sebelum buat keputusan terburu-buru nak menikahi KakManda. Tapi Along cakap, Kak Manda segala-galanya bagi dia. Mula asalnya, kamimemang kurang berkenan dengan Kak Manda. Tapi itu pilihan Along, mahu atautidak kami kena terima..” Anis menunduk.

            Aku mendengar dengan penuhpenghayatan cerita yang disampaikan. Sebab aku nak tahu, kenapa boleh jadimacam ni?

            Anis cerita segala-galanya padaku.Aku akan ceritakan dalam bentuk karangan, susah sikit nak cerita melalui dialogni. J

 

“PerkenalanAmmar dengan Amanda sudah bermula sejak mereka ditahun pertama belajar di UPM.Perkenalan yang bermula ketika minggu orentasi. Ammar ketika itu sudah ditahunkedua di Universiti itu. Sebagai seorang Senior, tak lengkaplah hidupnya jikatidak menggunakan kuasanya untuk membuli adik-adik Juniornya.

            Oleh kerana sikap Amanda yang mudahmesra, membuatkan perkenalan mereka semakin rapat. Ammar terlalu sayangkanAmanda. Segala kata Amanda diturutkannya. Tidak dinafikan memang Amanda seorangyang cantik. Tapi bukan itu yang dilihat oleh Ammar. Mungkin Ammar terlalusayangkan Amanda disebabkan hatinya? Err, saya pun tak pasti. Kata si Anis..

            Selama hampir dua tiga tahun merekamenyulam cinta. Akhirnya Ammar bertekad mahu mengambil Amanda sebagai isterinyayang sah. Namun, Datin Bibah menentang keras. Kerana dia sudah punya calonmenantu buat anaknya. Yang jauh lebih kaya dan berpangkat dari keluarga Ammar.

            Atas ugutan mahu kahwin lari,akhirnya Datin Bibah setuju. Diawal perkahwinan mereka amat bahagia. Namun,entah kenapa perkahwinan yang sudah menjangkau enam bulan itu diuji Allah.Sikap Amanda yang sebenar semakin lama semakin kelihatan. Amanda memang seorangyang social, pulang lewat malam sudahmenjadi kelazimannya.

            Namun, Ammar masih bersabar. Olehkerana terlalu sayang, dia diamkan saja apa yang dilakukan oleh Amanda.Sehingga satu hari, Amanda mahu meminta cerai.

            Ammar berkeras tidak mahu melepaskanisterinya itu. Walaupun perangai Amanda semakin hari semakin sukar dikawal,Ammar selalu berdoa agar Amanda berubah. Sikap Amanda memang sukar untukdijangka.

            Oleh kerana terlalu marah dengansikap Ammar yang mahu terus mengikatnya dalam perkahwinan yang semakin hari,semakin mengongkong kebebasannya. Amanda telah melakukan sesuatu yang bolehmenjatuhkan maruah seorang suami.

            Amanda ditangkap berkhalwat denganpekerjanya dirumah milik mereka. Luluh hati Ammar bila dengan lantangnya Amandameminta cerai dipejabat agama dihadapan anggota Jabatan Agama. Saat itu Ammarbenar-benar rasa tercalar maruahnya, malah terasa begitu rendah martabatnyasebagai seorang suami.

            Ditenangkan hati, disabarkan jiwa.Moga Allah tunjukkan jalan yang terbaik untuk menyelensaikan masalah ini. Belumreda masalah tangkap khalwat Amada, Amanda disahkan doktor mengandung.

            Hati suami mana yang tak gembira?Biarpun kes tangkap khalwat itu membuatkan hati Ammar teragak-agak mahumengakui itu anaknya. Tapi Ammar yakin, Amanda tidak akan melakukan sesuatuyang diluar kewarasan akal. Mungkin saja penangkapannya itu dirancang.

            Amanda membuat lagi satu rancanganagar Ammar menceraikannya. Ammar diberi pilihan untuk menceraikannya atau bayididalam kandungan Amanda itu digugurkan? Namun, Ammar masih dengan tekadnyatidak mahu memilih mana-mana.

            Oleh disebabkan dengan keputusanAmmar yang tidak mahu dan tidak akan menceraikan isterinya itu, Amanda telahmembuat satu rancangan baru. Pelbagai cara Ammar lakukan cuba untuk membelisemula hati isterinya.

            Satu hari, Ammar membeli sejambakbunga ros. Amanda memang sukakan bunga. Sementellah sewaktu itu, hari ulangtahun perkenalan mereka. Ammar tidak sabar untuk pulang dan membuat kejutanbuat isterinya. Tekadnya malam itu dia perlu meraih kembali apa yang hilangsebelum ini.

Previous: Bab 14A
Next: Bab 14C

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.