Home Novel Cinta JODOH TAKDIR
Bab 14A

“KAKMANDA tak berhak buat Along macam ni!” Anis mula teresak. Makin sayu hatinyamelihat Adam yang sedang lena dipangkuan Ummi.

            “Inilah namanya ujian Nis. Kita takboleh salahkan sesiapa. Mungkin ada hikmah semua ni. Apapun terjadi kita akansentiasa disisi Along.” Dato Faris mengucup perlahan dahi cucu pertamanya itu.Kelahiran Adam pada awalnya dirahsiakan, malah mereka berkeras menghalangkeluarga Ammar melawat cucu mereka sendiri. Tapi sekarang?

            Aku yang melihat dan mendengarterasa luluh jantungku. Walaupun aku tak berapa faham keadaan yang berlaku,tapi aku dapat mengagak yang tadi itu adalah isteri Ammar. Astagfirullah al’azim,wujud lagi isteri derhaka macam tu?

            Ikutkan hati aku, mahu aku maintarik-tarik rambut dengan dorang. Tambah-tambah lagi dengan Datin mulut puakatu. Sedap jugak dapat tarik rambut dia yang amcam sarang burung tu. Datin tubercakap seolah-olah menyalahkan takdir! Agama apa sebenarnya dia tu?! Pelikmanusia macam tu!

            Tangisan Adam mengejutkan lamunanku.Bergilir-gilir dari Walid ke Ummi, dari Ummi ke Anis, Mak Ngah malah ke Bibik.Masih tangisan Adam tak henti. Susu sudah diberi, tapi bayi itu menolak.Agaknya dia tahu ibunya tidak sudi menyusukannya.  Alahai babak sedih pulak. Ni buat aku nakmenitiskan air mata kasih ni!

            Makin lama, makin kuat tangisan itu.“Err, boleh Zirah pegang? Zirah ni tak adalah tahu sangat pasal budak. TapiZirah pernah jaga adik Zirah.” Aku tersenyum. Mulanya mereka masihteragak-agak. Namun Ummi tetap menyerahkan Adam kepadaku.

            Aku mendukungnya dan duduk diatassofa menepuk-nepuk pehanya perlahan sambil berselawat dan membaca ayat Kursiperlahan di telinganya. Perlahan-lahan Adam diam dan akhirnya terlenadipangkuanku. Ternganga sekejup mereka semua. Hebat! Zirah bukan saja pandaitanam pokok bunga, tanam kasih sayang pada bayi pun boleh.

            “Urmm, apa kata kalau Kak Zirah yangjaga Adam?” Timbul idea mereng dari Anis.

            Terjegil biji mata aku. Aku memangtak ngam dengan budak. Tambah-tambah bayi baru lahir macam ni! Dan aku pun taktahu kenapa Adam boleh diam dipangkuan aku? Mengarut sungguh si Anis ni!

            “Ha? Err.. Sayur.. Kebun..”Tergeliat lidahnya nak bagi alasan! Masa ni jugaklah otak aku macam karat jenak bagi alasan yang bernas dan bijak!

            “Hah! Bagus sangat tu. Pasal kebunsayur, Zirah jangan risau nanti Pak Mat tolong jagakan.” Dato Faris menguntumsenyum.

            “Zirah jaga Adam ya? Nanti Ummitambahkan gaji.” Datin Rosmah tersenyum.

            Sumpah lidahku terus senyap bilasoal gaji dibangkitkan! Ha..ha! Rezeki jangan ditolak!

            “Err, boleh. Cuma Zirah ada satusyarat!” Semua mata tertumpu padaku.

Previous: Bab 14
Next: Bab 14B

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.