Home Novel Cinta JODOH TAKDIR
Bab 14

GAMATbenar suasana diruang tamu. Aku yang baru saja selensai mandi selepas hampirlima jam menyiapkan sepenuhnya kebun sayur dibelakang rumah itu perlahanmenghampiri ruang dapur. Selepas solat asar tadi aku asyik terdengar orang terpekik terlolong kat ruang tamu itu.Tak akanlah Anis berlatih teater kot!

            “Manda tak kisah Ummi nak cakap apa!Yang penting  Manda dah mintak Fasakh!Dan baby ni, Manda tak nak jaga!”  Bayi lelaki yang baru berumur dua minggu itumasih didakapan Datin Rosmah.

            Menderu-deru air mata Datin Rosmah  dan semua yang ada di ruang tamu itu. Cumatidak kelihatan diruang tamu itu hanya Emel.

            “Kenapa Manda buat macam ni  kat Ammar? Manda dah tak sayang Ammar lagi?”Dato Faris cuba menenangkan keadaan.

            “Nak buat apa sayang lagi kalausuami sendiri langsung tak bagi apa-apa faedah!” Seorang wanita berusia sepertiDatin itu kelihatan angkuh bersuara.

            “Maaflah kehadiran kami ni mengejut,tapi saya sebagai bapa. Perlu untuk saya fikirkan masa depan anak saya. Macamnilah, mungkin kita tak boleh berbuat apa diwaktu Ammar masih begitu. Cuma sayaharap, kami benar-benar tak mampu untuk menjaga Adam.” Lihat gaya daripercakapan Dato Mukhriz, berat benar dia mahu melepaskan Adam ketanganbesannya. Apakan daya isterinya dan anaknya berkeras tidak mahu menjaga cucu sulungnyaitu.

            “Sudahlah abang, tak payah nak sedihsangat. Anak kita ni cantik. Kalau janda sekalipun dia tetap ada yang mahu.Ingat sikit Datin Dato, saya mahukan kes penceraian ni berjalan secepat mungkinsebab tak lama lagi Amanda akan berkahwin dengan kerabat diraja.” Megah benarbunyi suara wanita itu.

            Mengucap perlahan Dato Faris  dan Datin Rosmah  mendengarnya. Mudah sungguh menantunya itumendapat pengganti? Begitu kah cinta yang Ammar berikan pada Amanda di balasbegini? Masyallah, tabahkan hati anakku. Bisik hati Datin Rosmah.

            “Bukan Manda tengah berpantang kesekarang? Adam masih menyusukan?” Datin Rosmah menyoal lembut. Berharap adanaluri keibuan di dalam diri Amanda.

            Terkelu lidah Amanda. Pandangan sayujatuh kewajah anaknya masih didakap erat oleh umminya.

            Datin Bibah menepuk perlahan pehaanaknya. “Amanda tak boleh jaga anak tu. Bakal suaminya tak nak jaga anak yangbukan anaknya. Manda sudah tu jom balik! Panas pulak Mama rasa!” Tanpabersalaman Datin Bibah keluar. Ditarik tangan Amanda yang masih memandang sayu kearahanaknya.

            “Kamu jangan mengada-ngada nak jagaanak Ammar tu. Kira beruntunglah keluarga Dato dan Datin, sebab Manda masih naklahirkan bayi tu, kalau kami gugurkan. Lagi padan muka si Ammar tu! Mama bencidia, sebab dia anak mama jadi macam ni. Bergantung tak bertali. Kalau Ammarbangun sekalipun, mungkin dia tak seperti dulu lagi. Berkemungkinan dia akanlumpuh. Manda nak jaga suami lumpuh macam tu? Nak? Dia belum tentu dapat jagaManda! Apatah lagi penuhi keperluan Manda!” Datin Bibah masih meracuni fikirananak bongsunya itu. Pantang nenek moyangnya bila anaknya digantung tak bertalibegitu! Dah lah begitu, lumpuh pula! Menyusahkan!

            Amanda mengangguk setuju dengankata-kata mamanya. “Abang! Sudah tu! Balik! Tak guna kita slowtalk dengan dorang! Tak berfaedah pun. Anak dengan mak bapaksama je.. Menyusahkan orang!” Bebelnya lagi.

            “Maafkan saya dan keluarga saya..”Dato Mukhriz mengeluh berat sambil bersalaman dengan Dato Faris. Adam didalamdukungan Dato Faris dikucup sayang. Berat kakinya ingin berlalu. Namun sebaiksaja suara isterinya bergema, laju langkahnya keluar dari rumah itu.

Previous: Bab 13B
Next: Bab 14A

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.