Home Novel Cinta JODOH TAKDIR
Bab 11B

“Akaktengok yang duduk sebelah Walid tadi? Itulah bakal bapak mentua Anis. Anak diaperghh! Hensem!” Anis  galak berceritasambil mengumpul pinggan kotor. Iyalah sangat bakal bapak mentua aku. Entahbila pulak anak dia istiharkan aku ni bakal isteri dia. Anis ketawa sendiri.

            Aku ketawa. Pak cik misai tebal tubakal bapak mentua Anis? Ha..ha..ha! Kelakar! “Moga berbahagia keanak cucu.”Jawabku sambil sama-sama ketawa mengkekeh bersama Anis.

            “Umi, Emel rasa semua pinggan kotorni bagi je kat anak dara berdua ni basuh. Kata anak dara. Mesti tahu buatkerja-kerja orang perempuan kan?” Emel mengambil tembikai yang masih ada didalampinggan dan dimakannya perlahan. Siap bersila disebelah Zirah lagi.

            “Apa pulak kamu ni Emel, Umi dahupah orang basuh pinggan lah. Kesian Zirah dengan Anis. Penat nanti.” Datinmenindas!

Goal!!!Nasib kami dibela oleh Datin! Ha..ha! Serentak aku dan Anis menjelir lidah kearahEmel!

“Eh, Umi tengok tu. Dah boleh bersanding kakak danabang Anis ni kan Umi?” Tiba-tiba Anis bersuara.

            Aku pula terkebil-kebil. Akumemandang Emel disebelah. Baru aku perasan baju kami berona sama. Aduh! Spoil mood aku! Tidakkk!!!! Janganlahmasin sangat mulut si Anis ni. Seumur hidup aku merana kalau benda tu terjadi!Tak mahu!!

            Emel tersenyum. Terangkat-angkatkeningnya memandangku. Aku buat muka loya! Dan terus mengangkat pinggan kotorkedapur. Malas nak layan! Masih kedengaran ketawa mereka!

            Setelah selensai mengemas, akumerehatkan diri diatas sofa diruang tamu. Penatnya, penat main badminton petangtadi pun tak habis. Kena pulak basuh pinggan! Hampeh punya Emel! Bajet cakaphukuman lah konon! Kata hari tu hukuman aku hanya ion baju dia selama sebulan je! Bukan basuh pinggan sebanyak 5besen! Arghh! Tensionnya!!

            Disebabkan idea gila dia tu. Padanmuka dia, bila Walid suruh dia juga turut  basuh pinggan! Baru adil! Puas hati akubertekak dengan dia selama sejam. Bertekak-bertekak jugak, habis jugaklah 5besen pingan-mangkuk kotor kami basuh.

            Hilang suara aku asyikterjerit-jerit lawan kata-kata dia. Dah macam berpidato peringkat antarabangsapulak dah! Penatnya! Aku pejam mata sebentar.

            “Tolong urut.” Tiba-tiba kedengaransuara disebelahku.  Aku buka mata, adatangan terhulur dihadapanku. Aku menoleh ke kiri.

            Keluhan kasar kedengaran dibibirku.Aku memandangnya tajam! “Kau ingat aku ni bini kau? Tak kuasa aku nak urut!Dah, main jauh-jauh!” Balasku sambil menghalau.

            “Aku tengah lamar kau jadi biniakulah ni.” Balasnya spontan.

            Aku terkedu. Aku tengok muka diabetul-betul! Ah, main-main pulak mamat ni! “Malas nak layan kau! Sakit jiwa aku!”Terus aku berlalu ke bilik!

            Eleh, macamlah aku nak sangatberbinikan kau cicak kobeng. Weeeekkkk!! :P

Previous: Bab 11A
Next: Bab 12

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.