Home Novel Cinta JODOH TAKDIR
Bab 11A

“PAKAIjugak!” Anis sudah bercekak pinggang menanti persetujuan aku! Aku sudahmenggaru-garu kepala. Perlu ke?

            “Alah, kita kan pakai telekung. Oranglain tak nampak baju apa yang kita pakai. Akak tak mau lah Nis.” Aku rasa dahcukup tersepit duduk disudut bilik paling hujung, sebab Anis dah mulakanpemerintahan kuku besi dia. Sampai ke batang hidung aku dihulurnya baju kebayalabuh itu.

            Aku bukan tak nak pakai, cuma gelisikit. Maksud aku, aku tak selesa! Lagipun kita pakai telekung kan nanti? Orangtak Nampak pun apa baju yang kita pakai nanti.

            “Ah, Anis tak peduli! Akak kenapakai jugak. Baju ni Umi yang bagi tau, kalau dia tengok akak tak pakai apapulak Umi cakap.” Anis mula naik lenguh memaksa kakaknya yang seorang ni pakaibaju kebaya. Dengan lemah dia duduk diatas katil.

            Alahai Anis ni main physicology lapulak nak libatkan Datin. Ni buat aku rasa terdesak ni! Apa aku nak buat ni?Melihat wajah penat Anis itu buat aku rasa kesian pulak. Beriya-iya dia pujukaku. Tak apalah sekali sekala tunaikan permintaan dia.

            “Yelah-yelah. Letak situ. Nanti akakpakai.” Akhirnya aku bersuara.

            Menjerit kesukaan Anis dibuatnya.Dipeluk dan dicium pipiku. “Pakai tau. Okey,bye.” Dengan gembira dia berlalu keluar.

            Tinggallah aku dengan baju kebayaberona biru lembut ni. Siap selendang pulak tu. Alah Zirah, kamu kan pakaitelekung. Mana nampak baju tu. tiba-tiba hatiku berbisik.

            Betul jugak eh! Okey! Aza-aza fighting!!

 

 

AKUmengambil tempat disebelah Anis. Bacaan Yasin dah bermula dah, perut akumemulas pulak tadi. Dekat tiga kali aku kena ambil air sembahyang balik bilaasyik terkentut je. Mintak-mintaklah tak jadi apa-apa. Aku mengambil buku Yasinyang dihulur oleh Anis. Dengan nada perlahan aku baca sendiri dari mula. Takakan nak sambung je ikut dorang baca? Lain pulak maksud bacaanya nanti.

            “Kenapa tak pakai tudung je Long?Tak susah ke pakai telekung tu?” Mak Ngah yang sedang menyusun lauk ke dalamdulang menegur.

            Selepas bacaan yasin, solat hajatpula. Setelah selensai, tibalah waktu untuk makan. Aku dengan Anis kena tolongangkat dulang lauk dari dapur ke ruang tengah, dan akan disambut pulak olehDato dan Emel untuk dihantar ke ruang hadapan.

            “Nanti terkena telekung pulak karitu Kak.” Anis bersuara.

            Aku mengeluh. Perlahan aku masukkebilik dan ambil tudung sarung berwarna hitam yang tergantung didalam bilik.Entah tudung siapa tah aku rembat. Mak Ngah punya kut. Nantak lah! Malas akunak berselendang. Payah sangat nak berbelit-belit.

            Dengan perlahan aku ke dapur.Terdiam sekejup Anis dan Mak Ngah melihat penampilan aku itu. “Kenapa? Tak cantikeh? Nantak lah, Along malas nak beriya sangat Mak Ngah. Anis, sorry. Akak tak reti nak belit-belitselendang tu macam Anis pakai ni. Kang tak pasal-pasal terbunuh pulak akakakibat tercekek! He..he.” Aku tersenyum.

            “Eh, tak apa. Wah, comelnya Kakak Anisni! Nak peluk sikit!” Anis mula teruja.

            “Ish! Jangan mengada-ngada, akaksilat nanti kang. Dah-dah cepat. Dato dah tunggu tu.” Jawabku. Anis ni bukanboleh percaya kalau dia cakap tu kadang-kadang betul-betul dia buat! Bahaya!Hilang ‘macho’ aku! Macho lah sangat!

            Alahai, tiba-tiba aku rasa akulahwanita melayu terakhir. Langkah kaki yang selalu besar-besar bila berjalan,tersusun pula malam ni. Semuanya disebabkan kain kebaya itu kecil sedikitdibahagian bawah kain. Seksa aku dibuatnya!

            Menatang dulang yang penuh lauk, akurasa lambat sangat perjalanan langkah aku itu. Kalaulah aku pakai seluar,gerenti 7 atau 8 kali aku ulang-alik bawa dulang ni dengan senang dan cepat!

            Sampai ke ruang tengah, Walid danEmel sedang menunggu sambil bersembang-sembang. Baru aku mahu menuju kearahDato. Entah dari mana munculnya Anis, laju je dia hulur dulang kepada Dato!Terpaksalah aku menuju kearah Emel yang memandang aku tanpa kelip! Balingdengan dulang ni kang! Nak kutuklah tu!

            “Sejak bila kau jalan macam itik ni?Lambat sangat.” Gumamnya sambil mengambil dulang yang aku hulur.

            Aku memandangnya dengan pandangantajam. Dengan geram aku menumbuk pinggangnya dan terus berlalu tanpa rasabersalah bila mendengar jeritan kecilnya mengaduh sakit. Padan muka! Orangtengah tak selesa ni, macam-macam pulak bebelnya.

            “Akak, ganasnya.” Anis berbisiksambil menghampiri dan  beriringan menujukedapur.

            “Padan muka dia. Nak sangat kena.Ikut hati akak ni, akak hempuk dia guna dulang tu!” Bebelku lagi.

            “Okey-okey. Jangan.. Kang, ada yanghilang kepala.” Anis ketawa.

            Aku pun turut ketawa. Anis ni sukakenakan aku! Macam abang dia jugak. Haihh! Apalah nasib aku ni.

            Setelah semua beransur pulang,tinggallah pinggan-pinggan yang perlu dikemas. Aku dan Anis beserta Datin danBibik mengemas semuanya. Mengumpulkan pingan-mangkuk dan cawan yang kotor dansisa-sisa makanan pula dibuang kedalam plastik sampah.

Previous: Bab 11
Next: Bab 11B

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.