Home Novel Cinta JODOH TAKDIR
Bab 2

“ALONG!!”Jeritan itu membuatkan aktiviti aku tergendala lagi petang itu. Ish! Kacaubetul si Jihah ni! Baling dengan cangkul ni kang!

“Kenapa dengan kamu ni? Terjerit-jerit, besar sangatke tekak tu asyik nak menjerit je?”

Jihah tersengeh. Nur Ainul Najihah binti AbdulMalik. Nama dah ayu dah, tapi empunya nama tu rasanya tak sesuai langsung.Ish-ish!

“Along buat apa tu? Mak dah membebel-bebel dah katrumah tu. Dah petang ni, yang pergi korek tanah ni nak buat apa?” Jihah dudukdiatas tunggul mati sambil memerhatikan kakak sulungnya menggali-gali tanah.

“Mak yang membebel ke, kamu yang membebel sekarangni? Kamu nak tahu apa Along buat ni? Cuba tadah tangan, along ada benda nakbagi ni.” Terkedip-kedip kelopak mata Zirah menggoda adiknya.

Teruja wajah Jihah dibuatnya. “Along nak bagi cincinyang mak bagi tu eh? Alahai! Kenapa baik sangat kakak Jihah ni. Okey-okey! Jihah tadah tangan.” Penuh excited Jihah menadah tangan, sekalitengok dah macam nak tepung tawar atas pelamin pulak. Beriya betul minah nitadah tangan.

Nak cincin eh? Nah, cincin buatan terbaik dari dalamtanah. Diletakkan tiga ekor cacing diatas tapak tangan Jihah yang terlalu over sampai nak pejam mata bagai. Akusuruh tadah tangan je, tak ada pun aku suruh pejam mata. Over!

“Okey, hadiah termahal di abad ini. Tadaaa!!!

Laju saja Jihah membuka kelopak mata dengan senyumanyang tak lekang. Namun sebaik saja melihat apa yang ada diatas tapak tangannyaitu, laju peluh menitik didahi. Mukanya pucat. Dan seminit kemudian..“MAKKKKKK!!!!!!!!” Lintang pukang Jihah lari masuk kedalam rumah.

Mengkekeh ketawa Zirah dibuatnya. Buat lagi, akutengah menambah koleksi nak bagi ikan kelisa mak makan ni. Dia pulaksibuk-sibuk nak tahu. Jenuhlah aku kena bebel dengan mak balik nanti. Ha..ha!

 

 

 

HABISkusyen ditangan ditenyeh-tenyeh! Geram betul bila penjahat yang licik itu asyikgagal ditangkap oleh si polis yang kacak tu! Ini pencuri ke orang minyak? Susah sangat nak tangkap?! Ini buat akurasa nak join polis tu tangkap penjahat tu ni!

            “Elok lah tu, sorang tengok TV dahmacam tengok filem gusti.” Mak Imah memandang Zirah yang duduk dihadapan TVsambil menumbuk-numbuk kusyen kecil ditangan. “Sorang lagi tengok TV macam matatu boleh tertembus TV tu.” Dikalih pandang kearah Jihah yang dah tangkap lentoktengok polis yang hensem tu! Apa nak jadi anak-anak aku ni.

            Perlahan-lahan diambil remote control TV yang berada disebelahZirah. Dengan megah dan rasa tak bersalah spontan Mak Imah menukar channel disaat polis hensem tu sikittt….lagi nak tarik baju penjahat tu.

 Tet! Siarantamil tersiar dengan lagu yang mendayu-dayu sambil hero dan heroinnyaberlari-lari dibawah pokok pisang yang baru dicantas. Terkebil-kebil kelopakmata Jihah dan Zirah. Serentak mereka mengalih pandang kearah maknya yang turutsama menggoyang-goyangkan bahu mengikut rentak lagu tamil itu.

Perasan yang kedua anaknya memandang. Dengan mukatak bersalah, diangkat-angkat keningnya. “Kenapa? Best apa lagu ni.” Kata Mak dan menyambung tarian bahunya itu.

“Mak ni kan!! Eiii!!..” Serentak Jihah dan Zirahmendapatkan Mak Imah sambil berebut-rebut mengambil remotecontrol yang sudahdisorokkan oleh Mak Imah dibawah pehanya. Siap diduduk-dudukkan lagi remote control itu.

Namun pergelutan itu hanya sementara bila..POOOOOTTTTTT!!

“Mak!!!” masing-masing menutup hidung. ‘Gas pemedihmata’ dah keluar!  Meski pun kentut Makmereka itu tak berbau, tapi bunyinya sudah menggambarkan baunya. Mak Imahketawa mengkekeh, seronok jugak kalau dapat kenakan anak-anak kesayangannyaitu.

Akhirnya sama-sama ketawa. Mak Imah terdiam sekejup,ralit melihat Zirah yang beriya-iya ketawa. Sejuk hatinya melihat Zirah ketawa,sejak kejadian itu. Susah sangat nak tengok Zirah ketawa. Apatah lagitersenyum, susah nak tengok. Kan bagus kalau anaknya itu sentiasa tersenyumgembira.

Zirah yang perasan dengan riak wajah maknya yangberubah mendadak, perlahan-lahan dihentikan tawanya. Melihat senyuman dibibirmak dan air mata yang mula bertakung ditubir mata tua itu membuatkan Zirahmemeluk mak erat! Jihah yang melihat pun turut sama memeluk mak.

“Mak janganlah nangis, sedih lah! Along ni ‘hensem’tau, kalau dah terjebak menangis macam ni.. Boleh jatuh saham kehenseman along.Mak jangan risau, along akan kuat! Along akan sentiasa kuat untuk mak.”Tersedu-sedu Zirah bersuara.

“Jihah pun akan sentiasa pastikan along dan makkuat!” Makin erat Jihah memeluk kakak dan maknya.

Mak Imah hanya mampu tersedu, Ya Allah satu persatuujian yang diberikan. Moga ada hikmah paling berharga yang engkau akan berikan.Amin..

Previous: Bab 1.3
Next: Bab 3

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.