Home Novel Cinta JODOH TAKDIR
Bab 1.3

Sambil menundukkan wajah, Razif mengeluh. Maafkanaku Zirah.. perlahan dia memandang wajah Zirah yang masih menanti jawapandarinya.

“A…bang.. Abang.. Errr… Abang mintak maaf kat Zirah.Mungkin apa yang abang nak cakap ni buatkan hati Zirah terluka. Tapipercayalah, abang terlalu sayangkan Zirah.. Cuma.. Kita tak ada jodoh. Abangnak putuskan pertunangan ni. Sejujurnya abang masih sayangkan Zirah, cuma cintatu sudah tiada. Maafkan abang, abang tak mampu nak teruskan semua ni. Kita takboleh tipu diri sendiri. Abang..”

Laju aku mengangkat tangan tanda meminta agar Razifmenghentikan kata-katanya. Aku tak tahu apa yang aku rasa saat ni. Cuma akurasa aku nak pergi jauhhhhh~ dari semua orang. Patutlah sebelum aku nak datangsini, Mak Nah datang ke rumah dengan wajah muram. Aku nak bertanya, tapi bilamemikirkan janji aku dengan Razif untuk berjumpa. Terburu-buru aku tinggalkanMak Nah dan Pak Yop selepas bersalaman dengan mereka. Tak sangka pulak sebab  ini disebalik kedatangan mereka.

Menangis? Tak terkeluar pun air mata ni. Meraung?Menyebut satu ayat pun aku tak mampu. Jantung aku saat ni macamterkeluar-keluar dari tempat asalnya. Hati aku pulak dah rasa macam dicampakdan dilontar-lontar sesuka hati oleh permain bola yang tak berperikemanusiaan.Perlahan aku bawak kaki aku melangkah jauh dari Razif. Ayat apa lagi yang mahu diterangkankepadaku? Aku sudah tak mampu nak dengar. Buat membazir air liur je kalausekuat mana alasan yang dibagi tapi keputusan tetap serupa.

Tahulah aku, siapa dia Erma.. Langkah yang longlaitiba-tiba jadi satu langkah yang laju. Suara Razif yang bertalu-talu memanggiltak aku hiraukan. Aku genggam erat jari jemariku kuat. Menahan rasa marah,kecewa, terkilan, terhina, dan macam-macam lagi. Mata aku pula fokus memandangkehadapan, tempat aku nak tuju adalah rumah! Dan pelukan mak!! Semangat aku dahhilang!

Previous: Bab 1.2
Next: Bab 2

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.