Home Novel Cinta JODOH TAKDIR
Bab 3

DIBAWAH pokok ciku, rehatkan otak selepas menolong mak jual kuih dan nasi lemakdi warung Pak Koib. Alhamdulillah, habis jugak jualan mak hari ni. Walaupun jamdah menunjukkan pukul 10 pagi, penat melayan pelanggan berakhir jugak. Lepas ninak ke kebun pulak. Sejak duduk rumah hampir setahun lebih, habis aku geledahhalaman belakang rumah. Sampailah terhasilnya satu kebun sayur-sayuran yangsemakin hari, semakin galak mengeluarkan hasil. Alhamdullilah, berkat ilmudidada. Dulu waktu sekolah aku ambil kelas subjek sains pertanian.

            Akibat terlalu suka berkebun!Macam-macam jenis tumbuhan aku tanam. Mula-mula mak bising jugak. Kata mak,orang perempuan duduknya didapur memasak. Bukan pegang cangkul.

 Tapi bilatengok hasil yang banyak dari hobi aku ni, akhirnya mak tersenyum bangga. Kadang-kadangmak pun turut turun padang membantu meski pun mak dah jadi taukei kedaisayur-sayuran yang baru dibuka oleh Jihah dihadapan rumah. Ha..Ha..Ha. Niathati nak makan je hasil tu, tapi terlampau banyak pulak. Daripada membazirterbuang macam tu je, baik dijual.

            “Penat Long?” Pak Mat menegur.Memang satu kampung panggil aku dengan gelaran Along.

            Aku hanya tersenyum. “Tak adalahpenat sangat. Eh, bila Pak Mat balik? Han macam mana? Dapat kerja?” Pak Mat nisebenarnya duduk kat KL. Kadang-kadang je dia balik kampung tengok rumah pusakamentuanya.

            “Semalam. Pak Mat balik kejup je,nak tengok-tengok rumah Tok Busu tu. Han? Kamu tak payah tanyalah. Susah nakcari kerja kat KL tu sekarang ni. Han tu beriya-iya nak kerja kat syarikat TV3,alih-alih kerja jadi jurujual TV SAMSUNG je. Ada Degree pun belum tentu dapat kerja bagus Long. Yang penting janganpilih kerja.” Nasihat Pak Mat tu aku anggukkan. Memang betul pun.

            Aku kalau duduk KL gerenti tak makankut. Lebih baik aku duduk sini. Kalau tak cukup makan pun, ada jugakbatang-batang pokok yang boleh dimakan. Kalau kat KL, aku nak makan apa kalautak ada makanan? Tiang seri KLCC tu? Kalau tak patah gigi, sah-sah aku dihantarke Tanjung Rambutan dengan kadar segera.

            “Pak Mat tengok, menjadi sungguhkebun kamu tu. Baja apa kamu guna? Mana tahu boleh Pak Mat praktikkan kattempat kerja.” Pak Mat ni kerja dia tukang kebun kat sebuah rumah banglo besardi KL! Itu pasallah dia nak tips dari aku.

            Aku tersengeh. Kalau dia tahu darimana aku ambik baja ni, mahu terkejut dia mendengarnya. Ha..ha! “Along ambik tahilembu dengan kambing tepi jalan tu. Tapi Along dh mintak izin tuan lembu dengankambing tu.”

            Tahukah pak cik bahawasanya tahilembu dan tahi binatang yang lain itu boleh dijadikan sebagai baja organic yangbertindak sebagai peneutral tanah yang berasid atau beralkali, memulihkan PHtanah ke tahap optimum untuk membekalkan nutrien kepada tanaman danmeningkatkan populasi cacing dalam tanah yang membantu mengemburkan partikeltanah untuk pertumbuhan akar yang lebih baik dan meningkatkan pengaliran airdan udara kedalam tanah. Hah, ambik kau. Tiba-tiba cerita pasal tahi binatang.

            Pak Mat terkedu. Mungkin terkejut,atau mungkin tak percaya! Gadis muda belia macam aku ni sanggup kutip tahilembu kat tepi jalan? Perlahan-lahan dia tersenyum, kagum pula menyelinapdihati tuanya.

            “ Along, kalau Pak Mat syorkan Alongkerja. Along nak?”

            Berkerut dahiku. Orang kampung nitak habis-habis nak kenenkan aku dengan kerja-kerja yang tak menepati jiwa ragaaku ni. “Kerja apa?”

Kalau kerja kilang, tukang masak, menjahit, butik,dan lain-lain. Sorry, tak menepatijiwa aku yang sudah sebati dengan tanah! Jangan dia tahu yang aku ni dah  sebati dengan tanah, dibaginya pulak aku kerjapenggali kubur sudah. Alamatnya, pengsan aku kat sini jugak. Hu..hu!

            “Tapi, mesti mintak izin Mak dulu.Kalau dia tak bagi, tak payah lah pergi. Redha mak tu pun penting untuk kita berjaya.”Ujar Pak Mat setelah mengkhabarkan berita tersebut.

            Muka aku pulak dah excited sangat ni. Dah namanya Nur AinulNazirah mestinya suka dengan kerja-kerja yang mencabar. Bersinar-sinar bebolamatanya sebaik saja mendengar kata-kata Pak Mat itu.

 

 

MUNCUNGaku dah sampai ke tiang tangga dah.  Niathati yang disampaikan tadi ditolak dengan rakus oleh mak! Mak tak setuju langsung!

            “Tak cukup lagi ke duit yang kitadapat ni Long? Sampai kamu nak kerja jauh-jauh ni? Abang Adib kamu pun ada bagiduit. Cukup, terlebih cukup dah ni.” Mak masih meneruskan kerjanya melipat kainsambil mulut membebel tak berkenan dengan permohonan anaknya itu.

            “Memang lebih dari cukup. Tapi mak,mak tahukan Along suka kerja macam tu. Mak tak nak ke, satu hari nanti anak makyang tak belajar tinggi ni bakal jadi seorang usahawati yang paling berjaya!Mak tak nak ke?” jawabku dengan penuh bersemangat.

            Mak Imah mengeluh. Duhai, anakkusayang. KL tu bukan seperti pekan Gopeng ni. Adoi, risaunya aku dengan anak akusorang ni. Bukan mak tak nak bagi, cuma mak tak nak anak mak ni susah kat sanananti. Mak tahu kamu anak yang pandai berdikari, tapi kamu seorang perempuan.Banyak ujian kat luar sana yang boleh bawak kamu hanyut. Ya Allah, risau pulakhati aku ni.

            Zirah mendekati maknya, dipelukmaknya erat. “Mak, ada baiknya Zirah keluar dari kampung ni kejup. Zirah  tahu mak cuba tebalkan muka jual kuih katkampung ni walaupun kadang-kadang mak kena sindir dan perli pasal majlisperkahwinan Zirah yang tak jadi tu. Zirah harap sangat mak, nanti bila Zirahdah dapat kerja kat sana. Zirah mohon dengan mak jangan berniaga kuih lagi. Insyallahcukup gaji Zirah untuk belanja mak dan sekolahkan Jihah.” Dikucup dahi Mak Imahlembut.

            Mak Imah hanya mampu mengeluh.Mungkin aku boleh bersabar bila diperli dan disindir oleh orang kampung. Tapibelum tentu Zirah mampu hadapi semua ni. Meskipun perkara ni bukan salahnyadatang dari pihak perempuan, dan pihak lelaki juga tak bermusuh langsung dengankami. Tapi masih ada mulut-mulut jahat yang melontar kata-kata pedih. Itulahmanusia tak lari dari mengkritik dan menghukum tanpa mengetahui terlebih dahulumasalah sebenar. Mentang-mentang keluarga Razif kaya dan punya pengaruh kuatdikampung sebelah. Keluarga kami yang serba kekurangan ini juga dipersalahkan.Entahlah!

            “Bagi mak fikir dulu ye Long. Esokmak bagi jawapan.” Ada  baiknya akumerujuk kepada Allah dulu. Sebab Dia sebaik-baik perancang. Moga diberkatisetiap keputusan.

            “Terima kasih mak.” Dicium lembutpipi uzur itu. Sayang mak!

 

 

“KAUtak bau ke?”

            “Bau apa? Aku bau cili kering je ni.Kau ni merepek lah!” Asmah menyumbatkan cili kering kedalam beg plastik. Dahmalam-malam ni, boleh pulak si Minah ni tegur pasal bau. Kang berlari laju akubalik malam-malam ni kang.

            “Kau tak akan tak bau kot? Akuterbau belacan tak jadi kahwin dengan keju.” Tasya menolak bahu Asmah.

            Apa pulak dia membebel ni. Tak fahamaku! “Kau ni nak beli belacan ke, keju? Pening aku lah.” Bebel si Asmah.

            Tasya tepuk dahi. Susah dapat kawanbengap macam ni! “Kau tengok la kat sebelah kau tu.” Bisik Tasya dengan penuhgeram!

            Asmah memandang, Zirah sedang ralitmenilik tin sardin. Langsung tak dihiraukan si Tasya yang menyindir takhabis-habis. Asmah malas mahu melayan. Mulut Tasya ni memang tak berinsuren sikit!

            “Kau tahu tak As, ada orang tuteringin nak kahwin dengan abang kita. Dia ingat dia tu siapa? Kalau kaya macamKak Erma tak apalah jugak. Tak sedar diri pulak tu. Yang aku pelik, satukampung duk sindir dia satu keluarga. Tak dikisahnya pulak. Agaknya kalau mukatembok memang macam tu kot kan.” Tasya ketawa gedik.

            Zirah yang ralit melihat label ditin sardin itu terdiam. Tiba-tiba hidungnya ditengeh-tengeh. Gatal pulak. “Ish!Mulut siapa berhabuk sangat ni? Sakit hidung kita. Eh, tiba-tiba bau longkang!Baunya datang dari.. hah! Sini!” Zirah menunjuk tepat kemulut Tasya.

            “Milah! Eh, silap pulak. Jamilah!Dah lama tak jumpa! Datang sini nak beli ubat gigi eh? Kesian, busuk sangatmulut kamu tu. Dah setaraf dengan longkang kat belakang rumah aku. Apa kata kautry ubat gigi ni. Berkesan! Sekaliguna, selamanya wangi!” Zirah menghulurkan Clorox dan sabut besi cuci pinggan.Bila barang yang dihulurkan tak bersambut. Zirah mencampakkannya  kedalam beg ala-ala datin yang selalu dibawakemana saja oleh Tasya! Asmah disebelah Tasya sudah tertahan-tahan ketawa.

            Merah padam wajah Tasya biladisindir begitu. Semakin membuak marahnya bila sengaja Zirah menyebut namabetulnya.

            “Eh, marah! Janganlah marah, namakau memang Jamilah kan? Nur Jamilah Natasya.  Alolorh! Comel nama dia. Eh, jangan lupa tau.Gunalah produk yang aku syorkan tu. Boleh tanggal semua bau longkang dalammulut kau tu. Okeylah aku balik dulu. Selamat malam.” Laju saja Zihah keluardari kedai itu, tapi sempat lagi dia mendengar cemuhan dari Tasya.

            “Memang betina macam kau tak layakuntuk abang aku! Apatah lagi keluarga aku!”

            Sambil berlalu, Zihah memejamkanmatanya sekejup. Kuat wahai hati! Kuat! Namun, bila teringat wajah yang terlaludirinduinya itu mengalir juga air matanya itu. Razif.. kenapa buat aku macamni? Makin tersiat-siat luka yang sedia ada. Ya Allah kuatkan hatiku!

Previous: Bab 2
Next: Bab 4

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.