Home Novel Cinta JODOH TAKDIR
Bab 8

“LETAKaja diatas meja Kerah. Nanti Bik antar keatas.” Ujar Bibik sambil mengelaptangan dan berlalu ke peti sejuk dan mencapai semangkuk buah tembikai.

            “Bik, nak tanya boleh?” Soalkutertahan-tahan.

            “Apanya dong?”

            “Err.. Dah banyak kali kita dengarorang dalam rumah ni asyik sebut-sebut nama Ammar. Siapa tu Bik? Cucu Datin eh?Kenapa tak pernah kita nampak pun?” Ujarku, mula-mula aku malas nak kisahsangat pasal nama tu. Tapi semakin hari, semakin kerap pulak nama tu akudengar. Pelik pulak rasanya!

            Bibik tersenyum! “Satu hari nantikamu pasti tahu. Bik mau naik ke atas, ni ada tembikai. Makanlah, bibik pergiantar ini duluan ya.” Bibik terus berlalu.

            Lah, nak berahsia lah pulak. Siapaeh? Ish! Ni buat aku rasa nak jadi DetectiveConan ni! Satu hari nanti aku nak pergi tingkat atas tu! Ammar? Urm.. jengjeng..

            “Akak!” Satu tepukan terasa dibahu.

            “Oh,Ammar sayang!” Hampir terlepasbuah tembikai ditangan, mujur sempat disambut dan diletakkan semula kedalammangkuk. Fuh, hilang semangat aku.

            “Apa akak cakap tadi?” Anis mulateruja nak tahu. Tergopoh-gapah dia duduk dihadapan aku.

            Aku pulak dah terasa darah merahlari ke hujung kaki. Apa pulak yang aku melalut cakap tadi! Kena cover balik ni!! Aku tersengeh. “Akakcakap apa? ish! Anis ni salah dengar ni.”

            Anis tersenyum! “Ish, Anis tak salahdengar. Akak sebut nama..”

            “Hah, lupa pulak nak basuh kakitadi. Kejup eh, akak nak pergi toilet.Tadi terpijak taik cicak. Batal pulak air sembahyang ni. Pukul 12 nanti kitapergi kan? Anis tunggu akak kat depan pagar eh. Eh, silap pulak. Tunggu katruang tamu tau!” Mencicit aku lari. Adoi, mulut ni kadang-kadang tak bertamadunjugak!

            Anis hanya menggeleng, Kak Zirah nimacam-macamlah! Tapi kalau Kak Zirah jadi kakak ipar aku pun best jugak! Wah, indahnya dunia! He..he!Mampus aku kalau Kak Amanda tahu! Nantak lah, aku bukan suka dia pun! Tuih!

 

 

“ALAH,bang. Anis mintak tolong hantar je, pun. Balik nanti kita orang baliklahsendiri. Bolehlah..” Rayu Anis.

            Emel yang masih leka mengadap IPadApple itu buat muka  blur. “Nak kemanalagi ni? Semalam dah keluar, hari ni pun nak keluar jugak ke? Simpan-simpanlahduit tu. Nanti dah tua tak ada duit baru tahu.” Bebel Emel.

            Anis mencebik. “Semalam Anis pergirumah Fasha lah. Bukan berjalan. Hari ni, Anis nak bawak Kak Zirah jalan-jalan.Bolehlah!” Rayu Anis lagi.

            Sebaik saja dengar nama tu,automatiknya Emel bangun dari berbaring. “Cicak kobeng tu pun ikut sekali?”

            “Cicak kobeng? Apa abang ni, panggilKak Zirah macam tu pulak. Kalau dia dengar, tak cukup tanah abang lari tau.”Balas Anis dengan nada geram. Tak baik kutuk bakal kakak ipar kita tau!

            “Eleh, yang kamu nak backup sangat cicak kobeng tu kenapa?Ingat abang takut sangat ke kat dia.” Emel mencebik.

            Tang! Tiba-tiba Emel rasa gelappandangan matanya. “Weh! Apa ni!” Jeritnya geram sambil mengangkat baldi yangdimasukkan kekepalanya!

            “Puas hati aku! Cicak kobeng sangatkan? Ni makan dia..” Aku tersenyum megah. Anis pulak tak henti-henti ketawa.

            “Kau ni kan! Memang nak cari nahaslah!” Marah Emel sambil meluruskan kembali rambutnya yang sudah ‘rosak’  akibat baldi tadi! Hilang macho aku!

            “Eh, takutnya  mak cik dengar  nak uit.” Aku sengaja buat muka takut. Geramaku dengan mamat ni, kita tak kacau dia. Dia pulak nak kacau kita. Ni barubaldi. Niat aku tadi nak angkat peti ais tu himpap kepala dia! Baru puas hatiaku.

            “Hei cicak kobeng, jangan ingat akukalah dengan kau! Tengoklah nanti..” Balas Emel yang kini sudah hampir benardisisi aku! Seketika kemudian dia terus berlalu.

            “Abang, tak nak hantar ke? Alah,leceh lah abang ni!” Anis merungut.

            “Tak kuasa abang nak bawak cicakkobeng tu naik kereta abang yang mahal tu. Kang berterabur taik cicaknya kang.”Sambil mendaki tangga, sempat lagi  mamattu mengutuk aku! Eish! Sabar jelah!

            “Akak, bawak bertenang ye. Kita naikteksilah.” Anis mengusap-usap bahu aku sambil tertahan-tahan ketawa. Tujuannyanak menenangkan akulah tu. Tak cukup lubang hidung aku bernafas dibuatnyaakibat terlalu geram!

            “Kamu pun nak gelak jugak?Gelaklah.. ish! Ikut hati akak, akak dah baling rak pinggan kat abang Anis tu. Kudalaut betul!” marahku. Kalaulah aku ni kuat, dah lama aku kotakan apa yang akucakap tu! Silap gaya apa yang aku cakap tu boleh jadi satu cita-cita yang perluaku gapai! Ambik kau, merepek sudah!

            Anis menakup mulut. “Okey. Anis takgelak..err..Kah..kah..kah..kah!!” cakap tak nak gelak. Tengok-tengok dialahyang paling dasyat gelak! Sabar jelah.

Previous: Bab 7
Next: Bab 9

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.