Home Novel Cinta JODOH TAKDIR
Bab 7

BERMULA lah akusebagai tukang kebun! Rutin harian setiap pagi ialah menyiram pokok. Eh, akurasa rumput pun aku siram. Dah Pak Mat sendiri yang cakap..

            “Kamu siram je semua tumbuhan yangberwarna hijau.”

            Dengan naïf nya aku ikut. Lepasselensai siram pokok. Aku menuju ke arah taman yang banyak bunga tersebut.Makaaihhh… banyak gila bunga! Kalau Shah Rukh Khan nampak ni, mesti dia terusmenari-nari. Aish! Apa aku merepek ni? Ni mak punya pasal lah ni, aku dahdiancam imaginasi filem Bollywood!

            Semua sekali ada 178 buah pasu takkira kecik atau besar. Nampak tak yang aku ni dah tak ada kerja pergi kira pasupulak dah. Pasu-pasu kat sini tak sama langsung dengan pasu mak. Pasu kat sinisemuanya berkilat-kilat dan aku dapat rasakan yang pasu ni mahal-mahal belaka.

            Okey. Kita berbalik kepada pengiraantadi. semua sekali ada 178 buah pasu. Dua batas bunga matahari danberderet-deret pasu panjang atau namanya ‘planter box’ yang terisi segala macamjenis bunga. Paling menarik-narik tangan aku nak sentuh ialah bunga melati.Teringat cerita bibik pasal bunga ni.

            “Bunga putih kecil berbau harum inidilambangkan sebagai kesucian dan kemurnian. Melati Putih bahkan ditetapkansebagai Puspa Bangsa atau Bunga Nasional bagi masyarakat Indonesia. BungaMelati merupakan kemestian hiasan rambut bagi pengantin adat Jawa dan Sunda.Melati juga digunakan sebagai lambang persahabatan abadi. Jika  kita dapat  jambangan bunga Melati dariseseorang yang kita sukai atau dari sahabat perempuan yang kamu suka, pupussudah harapan. Pasalnya, dia ingin kamu menjadi temannya saja.”

            Hah! Itu bibik yang cerita, bukanaku. Kalau betullah cerita tu, aku tak akan tanam pokok ni kat rumah aku biladah kahwin nanti. Yelah! Buatnya suami aku petik bunga ni lepas tu bagi kataku, bukankah itu maksudnya dia nak aku jadi kawan dia je? Eh, macam tak logikje.

            PINNNNNN!!! PINNNN!!!!!!!

            Lenyap sudah angan-angan aku.Haaaihh! Aku cukup benci dengar bunyi hon tu. Kalaulah aku ni raksasa, dah lamadah aku hancur lumatkan kereta tu dalam lesung batu!

            “Kau ni, nak kerja ke nakbersiar-siar? Kau ingat ni taman bunga?” Sebaik saja keluar dari kereta, lelakiit uterus menyemburkan ayat-ayat tadi.

            Aku memandangnya bersilih gantidengan pokok bunga tahi ayam yang ada disebelahku. “Memang muat!” Secaraspontan aku bersuara. Cadang nak cakap dalam hati je. Tak sangka terluah pulak!

            “Apa yang muat? Gila eh?” Emel mulayakin yang perempuan dihadapannya itu memang gila. Lepas ni, nak bagitahu Ummi.Aku dah agak lama dah, dia ni ada masalah otak. Tengok gaya pun tahu. Kalaubercakap, nak menang je!

            “Yelah muat. Muat aku sumbat pokoktu kat celah-celah gigi kau. Mungkin cara itu saja yang boleh membuatkan kaudiam.” Luahku dengan agak tenang. Tak faham kenapa lelaki ni cukup tak sukabila tengok aku! Padahal aku tak pernah sakitkan hati dia. Cuma aku pijak-pijakhati dia je. Haaihh! Alien mana yang boleh tahan dengan perangai dia ni? Cubacerita kat aku?

            “Kau jangan lebih-lebih. Karang esokjugak kau berhenti kang.” Emel mula mengugut. Aku tak faham betul lah minah ni.Berani betul dia lawan cakap aku? Dan aku paling tak faham kenapa aku rasa takboleh langsung tengok muka dia? Rasa puas pulak dapat kenakan dia. Tapikadang-kadang aku pulak yang terkena!

            “Oh! Takutnya hamba dengan ugutanitu. Oh takutnya! Oh takutnya!” Tergedik-gedik aku meluahkan siap menggoyang-goyangkanbahu lagi tau, kemudian aku terus menuju kearah Pak Mat. Namun aksi gedik akutu tetap aku lakukan. Tak cukup gedik ke tu? Aku rasa macam tengah menari gelekdangdut!

            Pak Mat dari jauh sudahmenggeleng-geleng. Kalau Zirah berjumpa dengan si Emel, tak akan pernah takmuncul ‘kilat berdentum-dentum’. Mesti ada saja benda yang mereka gaduhkan.

            Akulah kalau cicak kobeng ni, adajugak kena lastik kang! “Woi, cicak kobeng! Kau ingat cantik tergedik macamtu?  Dah macam kucing OKU.” Emelterkebil-kebil seketika. Kucing OKU? Ah! Nantak lah! Terus dia berlalu masukkedalam rumah.

            Zirah yang masih tergedik ituterdiam. Kucing OKU? Ditoleh kebelakang, Emel sudah masuk kedalam rumah. Kau nimemang nak makan cangkul tiga rasa kan? Kecik besar, kecik besar je aku tengokmamat tu! 

Previous: Bab 6.1
Next: Bab 8

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.