Home Novel Cinta JODOH TAKDIR
Bab 9

“HEEYARKK!HEEYARKK! Mati kau!” Terlompat-lompat anak dara si Mak Imah itu memijak ulatbulu yang tak berdosa diatas rumput.

            “Long, buat apa pulak tu. Nak masukolimpik ke apa kamu ni?” Tegur Pak Mat sambil menggelang-geleng lemah.

            Aku tersengeh. Laju aku menghampiriPak Mat. “Tadi Pak Mat, ada ulat bulu besar! Suka hati dia je nak makan dauntu. Mula-mula Along alihkan dia kat rumput, manalah tahu dia boleh bantu kitamakan rumput-rumput liar tu. Nanti tak payahlah Pak Mat mesin rumput. Tapi,boleh pulak dia mendarat baik punya kat baju Along. Along pun apa lagi, bukasilatlah! Tapi along dah terbunuh dia pulak. Geli punya pasal. Hu..hu” Akumenggaru-garu kepala sambil tersengeh.

            Pak Mat mengurut dada. Kalau dilayansi Zirah ni boleh semput aku. “Sudah lah tu, pergi siram pokok kat sana tu. PakMat belum siram lagi.” Pak Mat menunjukkan halaman rumah. Sebelum berlalusempat lagi Pak Mat berpesan.

            “Siram pokok tau, jangan sirambangunan. Kita bukan bomba.” Pak Mat tersenyum. Sempat lagi nak perli aku.

  Almaklumlah,mula-mula dulu aku manalah tahu itu pondok jaga. Dengan gembiranya aku siram.Pondok tu pulak penuh dengan pokok-pokok renek yang memanjat  kat dindingnya. Aku ingatkan pokok, sekali PakLi keluar dari pondok dengan baju basah satu badan. Boleh pulak aku tanya PakLi. “Bila masa hujan Pak Cik? Kenapa basah ni?” Pak Li hanya memandangku denganrasa geram sambil menghayunkan cortanya dengan perlahan ke tapak tangannya.Wah, gaya macam nak kejar aku satu halaman ni. Hu..hu!

Oh, benda tu tak akan berlaku lagi! Kesian Pak Li,mandi hujan lagi pulak nanti. Hu..hu! Aku menghampiri paip air. Paip getah yangpanjang tu aku ambil. Yeah!! Saya suka siram-siram ni. Mula-mula kita sirampokok-pokok pain yang ada disekeliling pagar tu. lepas tu siram pokok-pokokyang lain dan akhir sekali kita siram pokok bunga yang ditanam disepanjanglaluan masuk.

“Akak, buku math Anis semalam tu tertinggal katbilik akak. Anis ambik ye.” Anis yang ada di balkoni ditingkat dua tu melaungkuat. Semalam Anis tidur dengan aku, bajet nak belajarlah konon. Padahal main game sampailah pukul dua pagi! Mampuskalau Datin tahu. Hu..hu!

“Ambik lah. Akak tak kunci pun pintu tu.” Akutersenyum kearah Anis sambil tangan aku masih meliar menyiram pokok-pokok bungakertas di laluan masuk itu. Anis tersenyum dan terus berlalu.

Anak mata aku terlihat pula di tingkat tiga. Pintucermin itu terbuka, angin yang masuk menolak-nolak langsir. Sesekali akuterlihat sesuatu. Namun hanya seketika bila aku terdengar satu suara.

“Uit! Agak-agaklah sikit! Kamu ingat aku ni pokokke?” Aku melontar pandang ke kiri.

Ternganga aku sekejup. Habis baju kemeja hitam milikEmel basah lencun, aku tak tahu pulak aku dah tersiram tempat parkingkereta!  Namun tangan yang masih memegangpaip dan dihalakan kearah lelaki itu tetap tak aku alihkan. Malah, tiap kalilelaki itu mengalih mengelak dari terkena air.. Tiap kali itu jugaklah aku ikutlangkahnya sambil menyembur air. Aku tak tahu kenapa aku buat macam tu. Bendatu berlaku secara sponta tanpa dipinta. Ha..ha!

“Kau ni memang nak kena kan?” Emel menghampiri Zirahyang masih ternganga!

Emel menarik paip itu namun aku masih tak mengakukalah. Sememangnya aku sengaja buat macam tu. Alang-alang terkena, biar kenabetul-betul. Ini merupakan balas dendam!

Pergelutan berlaku. Masing-masing sudah basah. “Baikkau bagi! Kang aku sumbat paip ni dalam mulut kau.” Marah Emel!

“Ish! Aku peduli apa! Sebelum kau buat macam tu, akulilit-lilit paip ni kat badan kau.” Balasku geram.

“Kau ni kan! Yes!Ambik kau!!” Emel sudah berjaya merampas paip tersebut dari pegangan aku!Sekarang dia siram aku mengalahkan aku ni bangunan terbakar!

“Weh! Lemas la badigol! Kau jangan sampai aku kejarkau guna parang!” Marahku, berkali-kali aku meraup wajah dek kerana lemasdengan air paip yang mengena muka! Arghh!! Sakit pulak hati kita!!

Baru aku nak kejar lelaki tak bertamadun tu. Tiba-tibakami disergah dengan satu suara. “Ya Allah budak bertuah ni!! Kamu ingat nifilem Bollywood ke?” Datin Ros sudah bercekak pinggang dimuka pintu rumah!

Laju saja Emel menyerahkan paip getah tu kepadaku.“Hah, pukul dia umi. Dia main air dari tadi..” Emel menunjuk-nunjuk kearahku.

“Eh! Apa pulak. Kau yang mula dulu!” Marahku.

“Apa pulak aku! Huh! Malas aku nak layan cicak kobengmacam kau.” Terus saja Emel berlalu.

Datin Ros hanya menggeleng lemah. Bertekak sajabudak-budak ni! “Dah tu Zirah. Masuk, pergi mandi nanti demam pulak.”

Aku hanya mengangguk lemah. Lelaki tu memangmenyakitkan hati! Benci!!!!

Previous: Bab 8
Next: Bab 9.1

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.