Home Novel Cinta JODOH TAKDIR
Bab 13A

“TUUUDIAAA.. Mak Gayah dah mai dah!” Zirah yang sedang memberi ikan makan, siapberpalu kompang lagi pada penutup bekas makanan ikan itu.

            Mak Gayah hanya tersenyum. Dekatsebulan dah dia mengenali budak bernama Zirah ni. Semakin hari, semakintertawan dia dengan keletah dan sikap Zirah. Kalau buat menantu ni moleksungguh!

            “Zirah, Mak Gayah nak balik dah ni.Yang kamu ni tak reti-reti nak makan ke? Bising Mak Ngah kamu tu. Kut iya punkerja, makan jangan tinggal. Awak tu dah lah kurus, kang tinggal tengkorak jeyang berjalan nanti.” Mak Gayah melabuhkan duduk diatas kerusi batu berhampirankolam ikan itu.

            Mak Gayah ni suka cakap aku kurus.Okey apa? Taklah kurus sangat aku ni, ni namanya aku layak jadi model! Ha..ha!“Awalnya balik. Pak Kasim tu tak lari kemanalah. Lagi pun rumah Mak Gayah bukanjauh pun. Kalau dayung sampan, dua tiga kali dayung dah sampai. Relax dulu, kita lepak-lepak sambilpanggang ikan kat kolam ni.” Baru aku nak melabuhkan duduk disebelah Mak Gayah,sepantas kilat bahuku diketuk dengan botol air kosong. “Ouch! Sakitlah.. Kejam!”

            “Hah, ni makan dia. Kamu ni ingatMak Gayah ni orang Jepun?  Makan apasaja? Ikan Jepun tu kalau dibuat gulai sekalipun tak sedap mana pun! Ni bilanak habis kerja ni? Bau kamu ni dah macam bau kandang lembu tau.” Mak Gayah dahmula membebel.

            Aku mencium baju t-shirt aku itu.Pergh, sangat ‘wangi’. Aku tersenyum. “Nanti kita mandilah. Mak Gayah nak tanyani! Meh la duduk dekat sikit. Orang nak gosip ni!” Aku menggamit-gamit tanganagar Mak Gayah duduk disebelah aku.

            “Tak nak aku lah! Kamu tak mandilagi, busuk tau.” Mak Gayah siap tutup hidung lagi. Sangat kejam!

            “Ish, yela-yela.. Kejam tau. MakGayah kita nak tanya ni. Mak Gayah buat apa kat tingkat tiga tu?” Soalan aku tumembuatkan Mak Gayah terdiam. Kelu lidahnya nak menjawab.

            “Err..aaa..errmm.. Jemur kain.”Jawabnya tanpa  berfikir kelogikkankata-katanya.

            “Mak Gayah ni ingat kita ni budaktadika ke? Nak tipu kita pulak. Tak nak kawan kang..” Zirah merajuk.

            Mak Gayah hanya ketawa. Buruk benarwajah Zirah bila merajuk. “Kamu tak pernah naik atas tu ke?”

            Zirah tiba-tiba tersenyummenyeringai. “Pernah. Mak Gayah nak tahu apa yang kita jumpa? Kita jumpa..”

            “Mak Gayah nak balik dululah. Banyakkerja tak siap lagi. Balik dulu ye Zirah..” Setelah tangannya disalam olehku.Terkocoh-kocoh Mak Gayah berlalu bila aku menjawab  soalannya tadi, ternganga mulut wanita itu.Kelam-kabut dia bangun.

            “Sampai bilalah nak sorok denganaku? Adoi! Tak faham.. Tak apa ada lagi seorang!” Aku ketawa macam orang gila!

 

                       

HABISlagu milik Anuar Zain bertajuk Sedetik Lebih itu telah aku gondam jadi lagupaling menyakitkan telinga. Bertempiaran lari dua ekor kucing parsi jiransebelah bila aku menyanyikan lagu itu timechorus nya.

            Dengan topi yang besar ala-alapetani itu, hampir saja menutupi seluruh kepala kecil aku ni. Baju kemeja besarmilik Pak Mat dipinjam. Sekali pandang dah macam Orang-Orang kat tengah sawahpulak! Ha..ha!

            Aktiviti memotong  pokok bongsai yang besar itu, aku teruskan  dengan nyanyian aku itu. Suaraku makindigaraukan! Ini Anuar Zain versi Ramli Sarip! Baru aku tahu yang aku berbakatdalam nyanyian. Ha..ha.

            “Pak Cik. Adoi! Fail lah bila Pak cik nyanyi. Ini kalau masuk Vokal Bukan SekadarRupa pun boleh bertempiaran juri lari. Silap hari bulan boleh mati pokok-pokokkat sini.” Suara mamat mana pulak tegur aku. Siap panggil aku ‘Pak Cik’ yangtak tahan tu! Makan kapak jugak budak ni nanti!

            “Pak Cik kenal tak Cicak Kobeng?Agak popular nama tu kan? Ha..ha! Mesti orangnya nya pun kurus gila. Saya takboleh nak imaging lah.. Tiba-tibasaya teringat isteri Popeye.” Gelak sakan lelaki itu!

            Zirah yang diam tak berkutik itumengetap bibir, tiba-tiba tangannya lincah memotong daun bongsai itu dengan  rakus. Terkumat-kamit mulutku menyumpahserampah. Kau kata aku bini Popeye? Ini semua mesti si mamat sewel tu bagi tahukan? Potong kepala dia! Potong kepala dia!!

            Tersentak Irwan melihat aksi ganas‘Pak cik’ dihadapannya itu memotong pokok. “Eh, relax lah Pak Cik. Saya cakap dia isteri Popeye je kut.” Ketawalelaki itu kembali bergema.

            Tak tahan dengan rasa geram melimpahtempayan ni, laju saja Zirah memandang lelaki itu. Terdiam lelaki itu.Terketar-ketar bibirnya.

            “PAK CIK OPAH KAU.. SIAP KAU! AKUGUNTING KEPALA KAU!!!” Bertempiaran Irwan lari menyelamatkan diri. Zirah puladah macam orang gila yang idam-idamkan sup kepala terus mengejar laju Irwanyang hampir lima kali tawaf rumah besar tu!

            “Mel! Tolong aku! Tolong aku Mel!Isteri Popeye mengamuk!” Irwan menyorok dibelakang Emel. Tercungap-cungap diamenahan penat!

            “Kau ni kenapa Cicak Kobeng? Dahmacam orang meroyan je. Cer, bebawak bertenang. Macam hantu Jepun aku tengokkau ni.” Emel menahan ketawanya. Melihat fesyen Zirah sekarang tak terbayangkepala otaknya berapa kati dia nak ketawa.

            Aku terdiam sambil melepaskan lelahbermain kejar-kejar dengan ‘Patrick’ ni! “Kau jangan nak perli aku. Kang dengankau-kau aku potong kepala.”

            “Lah, yang kau nak potong kepalaorang ni kenapa? Lapar sangat ke? Dah lah, buruk benar aku tengok fesyen kauni. Wan masuklah jangan dilayan sangat minah ni.” Emel buat bodoh sambilberlalu.

 Irwan pulatakut-takut melintasi dihadapan Zirah. Tambahan pulak biji mata perempuan itubagai nak tersembul keluar memandangnya. Ampun bini Popeye!! Ampun…

            “Kawan  dia dengan dia sama je. Menyakitkan hatibetul!” Marahku sambil mebebel-bebel masuk kerumah.

Previous: Bab 13
Next: Bab 13B

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.