Home Novel Cinta JODOH TAKDIR
Bab 10B

AKUmenarik nafas perlahan. Penat sangat hari ni, peluh dah menitik-nitik didahi.Kebun sebesar gelanggang Tenis itu sudah separuh dikerjakan. Tanah disini memangsesuai tanam pelbagai jenis sayuran dan buah-buahan. Dekat dua jam aku bermaindengan tanah, badan pulak dah rasa melekit. Jam ditangan sudah menunjukkanpukul 12.30 tengah hari. Beberapa minit lagi dah masuk zohor. Cepat-cepat akumengemas semua peralatan kedalam pondok kecil yang memang khas untuk berkebun.

            Pak Mat kerja sampai pukul 10 pagitadi je, sebab dia kena mengambil anak dia kat  KL Sentral pukul satu nanti. Anak bongsu PakMat sekarang belajar kat MRSM Gemencheh, Negeri Sembilan. Lepas zohor baru PakMat kerja balik.

            Mak Ngah tak ikut sebab kena masakuntuk makan tengah hari. Lagipun tak jauh mana pun sekolah anaknya itu.  Tambahan pula malam ini akan diadakan sedikitkenduri dan bacaan yasin. Memang agak kerap jugalah diadakan kenduri bacaanyasin  pada hari jumaat dirumah ini.

            Dengan longlai aku masuk kerumah.Kelihatan Mak Gayah sedang asyik menyusun barang kedalam beg. Bersiap-siap nakbalik. Mak Gayah datang sini dari pukul 7 pagi sampai pukul 2 petang je. Lajuaku menghampirinya.

            “Mak Gayah! Long time not see you. Nak peluk sikit!” Aku mendepangkan tanganmahu memeluk Mak Gayah.

            Laju saja Mak Gayah menahan tubuh kumenggunakan botol  air miliknya. “Banyakkamu punya long time! Kamu duduk situdiam-diam. Badan melekit, bau macam kertas kena bakar. Nak peluk Mak Gayah yangwangi ni? Tolong sikit.” Mak Gayah memang macam ni, over!

            Aku menjatuhkan tangan. Kertashangit katanya aku? Ni sedih tahap nak terjun tangga ni. “Sampai hati. Kitawangi tau, bau JLO. Meh lah sini peluk kita.” Dah faham benar artis kesukaanMak Gayah, iaitu JLO. Apa-apa je, mesti nak kaitkan dirinya dengan artis itu.Perasan betul Mak Gayah ni. Dengan spontan aku kembali ingin memeluknya.

            Tang! Adoi! Bergegar bahu aku.“Sakitlah. Kejam tau.” Aku menggosok-gosok bahu yang rasa sengal dipukulmenggunakan surat khabar oleh Mak Gayah.

            “Hah, ini makan dia. Kamu buat apakat belakang tu sampai jadi macam ni? Ish, mengalahkan orang bekerja dibendang.”Mak Gayah menggeleng-geleng. Comot habis anak dara orang ni.

            Dengan muka sememeh aku tersenyum.“Inilah baru dinamakan kerja keras! Mak Gayah nak balik dah ke? Tak nak keminum-minum dulu, gosip-gosip ke. Kita ada gosip baru ni, pasal kucing CikBibah tercekek tulang ikan. Tak nak dengar ke?” Cik Bibah tu jiran sebelah.Kucing parsi dia tu perghh! Comel habis!

            Mak Gayah buat muka tak kuasa nakmelayan aku. Budak bertuah ni kalau dilayan, boleh sakit kepala. Tapi bila diatak ada, sunyi rumah ni! “Lagi baik aku balik dari dengar gosip kau yang takhabis-habis pasal binatang. Belalang tersepit lah, tupai pengsan lah.Merepek-repek je. Hah, pergi mandi. Jangan lupa solat. Mak Gayah nak balik dahni, hari ni awal sikit sebab Mak Gayah nak ke hospital. Ada kerja sikit.” MakGayah tersenyum.

            Kadang-kadang Mak Gayah ni layanjugak gosip aku, walaupun merepek. Kadang-kadang dia tak peduli langsung. Samamacam sekarang. Sedih tau! “Yela, kita tahulah bau kita macam kertas hangit.Malam nanti datang tak?”

            “Insyallah kalau tak ada apa-apa.Mak Gayah pergi dulu tau.”  Mak Gayahmenepuk perlahan bahuku dan terus berlalu ke muka pintu.

            Kacau Mak Ngah lah! Apa bau best sangat ni? Ni buat aku rasa nakjadi gemuk ni! Laju saja kakiku melangkah ke dapur.

            Tadaaa!! Bermacam-macam sayur danbarang-barang lain untuk kenduri  ada katatas meja. Teruja aku melihatnya. Dah macam pasar borong! Jual-jual! Duaseringgit!!!

            “Banyaknya barang. Tak akanlah MakNgah masak sorang kut? Nak kita tolong tak?” Aku menawarkan perkhidmatan. Akukalau bab potong sayur ni memang suka. Tapi bab masak sayur, adoi! Lemah tulangbelikat aku!

            Mak Ngah tersenyum. “Bukanlah, kalauMak Ngah sorang mahu terbelah dua badan ni. Nanti Datin dengan Bibik tolong.Kalau Along nak tolong pun bagus jugak. Ni, kenapa bau macam padi hangus ni?Pergi mandi, nanti boleh makan. Mak Ngah masak kari kepala ikan.” Sempat lagiMak Ngah menutup hidung sambil berkata begitu.

            Kecik hati aku melihat reaksi MakNgah tu. Busuk sangat ke? Dah dua gelaran aku dapat hari ni. Padi hanguslah,kertas hangit lah. Spontan aku mencium ketiak, wooo! Memang busuk! Kenapa bolehbusuk macam ni sekali? Ni mesti sumpahan cacing ni, sebab aku dah sita rumahmereka dengan menggemburkan tanah tadi.

            “A’ah lah busuk sikit. Okey, Along mandi. Nak makan! Nak makan!Nak makan!” Sambil  berjalan menujukebilik, sempat lagi aku bernyanyi lagu nak makan. Ada ke lagu tu? Hentam jelah!

            Mak Ngah hanya ketawa sambilmengeleng-geleng lemah. Macam-macam si Zirah ni. Sejak Zirah muncul,Alhamdulillah banyak perubahan pada rumah ni. Rasa macam ceria seperti dulu,tapi kalau ada Along. Lagi best!Terasa nak menitis air mata bila teringatkan Along. Moga Allah merahmatimuanak.

Previous: Bab 10A
Next: Bab 10C

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.