Home Novel Cinta JODOH TAKDIR
Bab 12A

“Ish,kita cakap dah mengalahkan macam Dato Fadzilah Kamsah pulak. Awak punyapasallah ni, tiba-tiba kita tukar kerjaya. Dari tukang kebun jadi pakarmotivasi pulak. Sebenarnya kita pun sedang menerima takdir yang ditetapkanuntuk kita. Dan kita cuba menjadikan takdir itu, perkara terindah yang punyahikmah dari Allah. Insyallah..” Aku tersenyum.

            Melihat jam di meja sisi menunjukkanlagi dua minit pukul lima pagi. Aku bangun dari kerusi. “Okeylah, nak subuh dahni. Kita turun dululah. Ok. Assalamualaikum.” Aku mengambil tafsir Al-Quran itudan terus berlalu turun tingkat bawah.

            Sebenarnya ada seseorang yangmendengar setiap kata-kata Zirah itu. Wanita itu hanya mampu tersenyum sambilmengelap air mata yang berjuraian dipipi. Semangatnya makin menebal bilamendengar kata-kata Zirah itu.  

 

                                                           

PAGIpun muncul. Matahari? Oh, belum muncul lagi sebab sekarang baru pukul 6.35pagi. Selepas solat subuh aku mandi siap-siap. Sebab hari ni nak siapkan kebunsayur kat belakang rumah ni. Insyallah, lagi 68% nak siap! Itu pun berkatpertolongan dari Dato, Datin, Pak Mat, Bibik, Anis dan Mak Ngah tolongberamai-ramai hari ahad tu. Kalau tak, mau tak siap-siap lagi. Memanglah akuboleh buat seorang diri, tapi apakan daya aku hanya wanita. Cewaah! Ha..ha.

            Sambil menyanyi lagu  Doremon versi Perak, aku melangkah kedapur.Jeng..jeng! Mak Ngah sedang ligat memasak sarapan! Inilah masanya! Masa yangdinanti-nanti kan. Ha..ha! Tanduk syaitan sudah terjujul keluar dari kepala.

            Namun langkahnya terhenti bilaterpandangkan tangga yang menuju ke tingkat dua dan tiga. Aku berhenti sekejup.Keliru, nak kacau siapa dulu? Baik aku pergi kacau ‘Oppa’ aku dulu. Laju sajaaku berlari ketingkat tiga. Alah, tak ada orang perasan pun aku selalu naikatas ni. Aku pun kadang-kadang  pelikjugak. Clear betul line kat sini..ha..ha!

            “Morning!!!”Jerit ku sedikit kuat. Seketika kemudian aku menekup mulut.

            “Ops, sorry. Kamu mesti terkejut kan. Fuhh..semangat! Jangan terkejut,nanti jantung meloncat! Selamat pagi. Assalamualaikum.” Aku tersenyum sambilmenyelak langsir di pintu slinding dooritu.

            “Tengok matahari tu, subhanallahcantik! Awak tak teringin ke nak tengok? Kalau teringin, bangunlah sekarang.Awak ni lemah sangatlah. Tak boleh jadi utraman tau kalau macam ni.” Bebelku.

            Wajah kaku itu masih begitu. Takbanyak berubah langsung. Hensem! Sangat hensem! Tapi itulah, semangatnya taksehensem wajahnya.

            “Hari ni kita nak tanam benih sayurterung. Almaklumlah, Si Anis tu kan hantu dengan spesis yang berkaitan denganterung. Pelik sungguh adik awak tu kan? Orang suka tomato ke, bayam ke, sawike. Dia boleh pulak buat request nakpokok terung? Siap pesan lagi kalau dah besar pokok tu tolong letak reben tau.Dia nak merasmikan pokok itu dengan majlis potong reben. Adoii..”

            Aku ketawa perlahan. “Eh, dah lambatni. Saya nak turun dulu. Nak siram pokok. Kalau nak join meh lah. Jom! Nah tongkat, saya tolong awak turun tangga.”Memang kadang-kadang setiap pagi aku buat macam ni. Kalau orang lain tengok mestiistiharkan bahawasanya aku ni gila!

            Nak tahu kenapa aku buat macam ni?Sebab aku nak dia bangun! Aku tak pernah rasa dia koma sebab dia sakit! Tapisebab dia terlalu berputus asa! Itu saja!

            “Lah tak nak jugak? Tak apa, esokmasih ada. Insyallah. Okey, sayaturun dulu. Tata!” Aku melambai-lambai kearah Ammar. Kemudian laju menurunitangga!

            Baru menuruni tangga di tingkat duauntuk ke tingkat bawah namaku dipanggil. Eh, silap. Itu bukan nama aku ye! Please sikit! Nama ku sedap tau! Akubuat tak tahu.

            “Uit tenggiling tanah! Baju akumana?” Emel sudah berada dihadapan Zirah sambil bercekak pinggang. Nampak daribaju yang dipakai sah! Dia belum mandi lagi. Patutlah aku terbau reban ayamtadi.

            Aku mengerutkan dahi. Bila pulakbaju dia, aku pegang? “Baju? Bila masa pulak almari baju kau ada kat bilikaku?”

            Emel ketawa sinis. Pura-pura hilangingatan pulak dah! “Kau jangan main-main. Pukul 7.30 nanti aku nak pergi ofisdah. Jangan main-mainlah. Aku penat ni. Kang aku kurung kau dalam kandangkang.” Lemah saja nada suara Emel. Tengok muka pun tahu, dia sedang menahanngantuk.

            Aku mencebik. Selalunya setiap malamEmel akan sangkutkan baju kemeja, seluar slacknya, dan tie di tombol pintubilik aku. Tapi malam tadi tak ada pun. Penat sangat ke basuh pinggan mangkuk?Eleh, baru buat kerja sikit dah layu macam ni. Macam mana nak jadi Superman?

            “Mana ada baju kau kat aku. Takakanlah aku nak gosok baju aku lepas tu bagi kat kau?” Jawabku geram.

            “Aku tak rasa nak ketawa.” Jawabnyatanpa perasaan.

            Terangkat kening aku mendengarnya!Bila masa pulak aku buat lawak!! “Kau nak breakfastkaki aku ke? Aku cakap benda betul ni. Mana ada baju kau sangkut kat tombol  pintu bilik aku. It’s not my fault okey! Jangan nak salahkan aku pulak. Tu salah kausendiri.” Berang pulak aku rasa. Ikutkan tangan aku ni, dah lama kaki punterikut mengena muka dia.

            Emel diam sekejup. Cuba mengingati.Ya Allah macam manalah aku boleh lupa nak letak? Adoi! “Ikut aku kejup..” Emelmelangkah mendahului Zirah menuju kearah satu pintu yang bertutup.

            “Masuk.” Setelah tombol pintudipulas, Emel mengajak aku masuk kebilik itu.

            Aku pula teragak-agak nak masuk.Emel mengeluh melihat aku masih tercegat di depan pintu. “Aku tak ada seleralangsung dengan kau. Tak akan terjadi apa-apa pun. Tak payah nak risau sangat.”Jawab Emel bila perasan yang Zirah teragak-agak nak masuk.

            Aku mencebik. Poyo je! Aku akur,lalu masuk ke dalam bilik tu. Tergamam aku sekejup. Kemudian aku keluar semuladan masuk balik ke bilik tu. Emel yang melihat tingkah ku hanya mengeluh.

            “Wah, luar macam pintu jamban. Dalammacam butik Gucci! Fulamak!” Kataku dengan kagum! Manalah tak kagum, berderetbaju kemeja, kot, kasut, baju kurung. Adoi! Yang tak tahan tu berderet-deretkasut berjenama Nike. Limited editionpulak tu! Menangis kalau Jihah tengok aku bergambar dengan kasut-kasut tu.

            Emel menggaru-garu kepalanya yangtak gatal. Susah betul kalau orang kampung jumpa Bandar ni. “Ini semua bajukerja kami sekeluarga. Belah kanan ni semua baju lelaki, belah kiri pulak bajuperempuan. So, mulai sekarang kauboleh ambik je baju aku kat sini. Make sureambil baju kemeja aku kat rak yang ketiga tu. Sebab itu rak aku. Lagi dua raktu, Walid  dengan err.. Along punya.Faham? Dah siap, sangkut je kat tombol pintu bilik aku. Nanti aku ambik.” Emelterus berlalu. Terasa berdenyut-denyut jantungnya bila menyebut panggilan‘Along’’ tadi.

            Aku mencebik. Sebaik saja lelaki ituberedar melompat-lompat aku melihat bilik yang besar tu dipenuhi denganpelbagai baju yang tersusun mengikut jenis dan warna. Cantiknya!

            “Apa aku nak ambik ye? Memandangkanaku tengok dia asyik nak marah-marahnya. Mungkin kemeja merah ni okey! Tiepulak, urmm.. Alolorh, comelnya tie Mickey Mouse ni. Eh, tak boleh. Kang mauaku kena cekek dengan tie ni, aku kena cari lain. Diakan cerewet!!  Urmm, ini pun bolehlah.” Aku mengambil Tieyang berwarna hitam itu.

Previous: Bab 12
Next: Bab 12B

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.