Home Novel Cinta JODOH TAKDIR
Bab 6

PAGI!Selamat pagi semua! Selepas solat subuh, aku terus tidur balik. Dan sekarangaku dah bangun bila jam pukul lapan pagi. Kalau kat rumah pukul sembilan punbelum tentu aku bangun lagi. Ha..ha! Teruk betul anak Mak Imah ni.

            Selepas mandi dan menyiapkan rambutyang cantik dan ‘hensem’ ni. Aku keluar dari bilik. Kacau Bibik pagi-pagi macamni best jugak ni. Laju langkahku keruang tamu, namun melihat Bibik sedang asyik bergoyang-goyang didapur sambilmemegang sudip. Timbul idea jahat aku! Ting!

            Perlahan-lahan aku menghampiri.Namun sebaik saja aku menghampiri peti sejuk. Tang!!

            Aku terduduk lemah disitu! Kepalaaku dah rasa macam pari-pari menari pulak! Macam mana aku tak nampak ada petisejuk kat selekoh tu?

            “Ya Ampun Kerah! Kamu okey enggak?”Laju saja Bibik menghampiri.

            Aku melihat siapakah gerangan yangbuka pintu ais dengan tiba-tiba itu? “Bik, kat mana letak air orennya.  Bik ajelah yang cari.” Terus manusiaberkenaan beredar ke ruang makan dihadapan tanpa sedikit pun mintak maaf danberasa simpati!

            “Ish! Aku sumpah kau jadi peti ais!”Geram aku dibuatnya. Bibik pulak terkebil-kebil bila aku cakap macam tu.

            “Loh, kok peti ais? Ngapa enggak disumpah jadi sayur sawi aja dong? Boleh Bik masuk dalam bihun goreng.” Bisik Bibikperlahan sambil tersenyum.

            Mula-mula aku terkebil-kebil jugak.Lambat benar nak proses apa yang dicakap oleh Bibik. Namun bila aku mula faham,berdekah-dekah aku ketawa! Hebat Bibik ni! Boleh jadi geng!

            “Bik, Gayah dah datang ke? Ammar takganti air lagi tu. Saya dah lap dia dah. Nanti Bik tolong basuhkan baju dalambakul tu tau. Saya nak ke Selayang kejup dengan Dato, ada hal.” Datin Rosmemandangku pula. “Zirah kalau nak pergi MPH, ajaklah Emel sekali. Boleh naikkereta. Si Anis tu nama je ada lesen kereta, tapi tak pernah bawak kereta.Nanti ada apa-apa hal telefon saya tau.” Terburu-buru Datin berlalu.

            Bibik meneruskan kerjanya. Namunsempat dia meminta tolong. “Kerah, tolong ambil jus oren dalam kotak tutuangkan dalam jag dan bagi sama Emel. Boleh ya. Mekaseh.” Bibik tersenyum.

            Aku menggaru kepala sebentar! Aku keyang kena buat? Kalau aku bagi air longkang agak-agak boleh ke tak? Dalam takikhlas aku buat juga kerja tu! Kalau ikutkan hati, aku campurkan air ni denganjulap! Biar bercirit-birit dia dalam tandas.

            “Nah!” Aku meletakkan jag yang penuhdengan air oren itu diatas meja dan terus berlalu ingin keluar.

            “Macam tu je? Tuangkanlah! Oranggaji apa macam ni?” Rungut lelaki itu dan memandangku dengan pandangan tak puashati!

            “Lah, semalam okey je. Hari ni dahkudung? Kesian lah kamu ni!” Rungutku.

            “Apa yang kau merepek ni? Kau perliaku kan? Kang aku tumbuk kang nak?” Emel sempat menunjukkan penumbuknya.

            “Eh, ada tangannya lah! Ingatkankudung dikokak cicak. Kau tuanglahsendiri! Dan buat pengetahuan kau, aku bukan orang gaji. Aku tukang kebun,harap maklum! Kalau kau suruh aku tuangkan tanah dalam gelas kau tu, memangrela hati aku buat. Jangankan tuang tanah, tanam kau hidup-hidup dalam tanah  pun boleh!” Balasku dengan penuh rasa geram!

            Emel sudah memandangku denganpandangan penuh rasa kejam! Kalaulah aku ni boleh dimakan, agaknya sudah lama dikoyak-koyakkulit aku dan diratah dagingku. Ish! Banyak sangat tengok cerita seram, kanasyik terbayang-bayang je!  Demi menjagakeselamatan diri, laju saja aku meninggalkannya dan terus keluar mencariketenangan. Ha..ha! Lari!!

Previous: Bab 5.1
Next: Bab 6.1

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.