Home Novel Cinta Jodoh Sebelah Mata
Bab 21

Harris pandang Reena. Reena pandang Harris. Manakala Tan Sri Salleh, Puan Sri Aisyah dan Zalida pula hanya duduk menunggu dengan wajah yang tidak sabar. Sudah lama pertemuan ini di nantikan. Harapan dalam hati, semoga jawapan yang bakal di beri berbaloi dengan penantian. Namun jika sebaliknya, anggap sahaja semua yang berlaku ada hikmah di sebaliknya.

Mummy, uncle, aunty. Ris dengan Reena dah setuju untuk kahwin. Tapi bukan dalam masa terdekat ni. Ris tak nak terburu-buru,” kata Harris memecah kesunyian.

“Alhamdulillah. Mummy tahu yang Ris tak kan kecewakan mummy,” ujar Zalida. Di wajahnya terpamer rasa senang dengan keputusan dari Harris itu.

Tan Sri Salleh dan Puan Sri Aisyah pula hanya tersenyum. Walau apa pun keputusan, mereka terima dengan hati yang terbuka. Lagipun selami ini, mereka juga tidak pernah memaksa.

“Harap semua restu hubungan kami,” pinta Reena. Dan saat menyatakan itu, mahu saja di genggam tangan Harris. Barulah nampak lebih mesra dan penuh keyakinan.

“Papa restu Reena. Kami semua restu. Lagipun, kami yang mulakan soal kahwin ni,” balas Tan Sri Salleh.

“Mama happy untuk Reena,” sampuk Puan Sri Aisyah.

Reena tersenyum senang. Di kerling wajah Harris di sebelahnya. Dan tanpa di sedari sesiapa, dia dan Zalida mula berpandangan sesama sendiri sebelum berbalas senyuman yang jelas berbeza dari yang lain.

***

Qaira mengesat peluh yang mula membasahi dahinya. Terasa rimas bila terpaksa menunggu bas yang belum kunjung tiba. Namun dia tidak sesekali menyesal kerana telah meminjamkan motosikalnya kepada Johan walaupun diri sendiri terkial-kial. Lagipun boleh juga menambah pahala yang tidak seberapa ini. Tidak lama, dia mendongak langit. Tompokan awan hitam sudah kelihatan di sana sini. Kalau lama lagi, kasihan dia terpaksa berteduh di sini. Sudahlah tiada kawan untuk berborak. Memang dia bukan berseorangan menunggu di sini, tapi semuanya tidak di kenali.

Akhirnya dia melepaskan keluhan. Cepatlah bas datang. Dia sudah penat menunggu. Setelah beberapa minit, Qaira mengerutkan dahi. Bukan bas yang berhenti. Tapi sebuah kereta Mitsubishi Lancer berwarna merah terang. Apabila dia menoleh ke kiri dan kanannya, tiada seorang pun yang ambil peduli dengan kehadiran kereta tersebut. Lalu dia memutuskan untuk turut berbuat demikian. Kalau mereka semua tidak mengenali empunya kereta itu, apatah lagi dia. Baginya tuan punya kereta itu terlalu kaya untuk menajdi kawannya.

Lantas dia tunduk sebelum mula mengira di dalam hati. Semoga dalam kiraan tidak sampai seratus, bas sudah berhenti di depan mata. Tidak sampai sepuluh, lagi bagus. Jadi tidak perlulah dia memenatkan diri mengira petang ini.

“Rasanya kita memang ada jodoh,” kata suara yang jelas kedengaran dari telinga kanannya.

Qaira tersentak. Apabila dia menoleh, wajah Irfan yang mengenakan cermin mata hitam terlayar pada anak matanya. Buat seketika, dia termangu tanpa kata. Sesungguhnya pertemuan kali kedua ini terasa sangat berbeza dari yang pertama. Kali ini, lelaki itu memakai pakaian yang lebih santai. Baju kemeja dan seluar slack di ganti dengan t-shirt dan seluar jeans yang di lipat sedikit pada hujung seluar hingga paras buku lali. Rambutnya yang sebelum ini di sikat kemas pula sudah di ubah dengan gaya potongan pompadour moden.

“Dah tak ingat saya ke?” Tanya Irfan sebelum membuka cermin mata hitamnya.

“Hah? Err… Ingat. Encik Irfan kan?” Teragak-agak Qaira menjawabnya. Duhai hati… janganlah jatuh sekarang. Mata pun berhentilah. Jangan tengok lagi! Lalu perlahan-lahan dia memandang ke hadapan. Hati yang rapuh itu perlu segera di baiki.

“Tak payahlah panggil encik. Saya bukan bos awak. Lainlah kalau Harris.”

Mendengarkan nama itu, serta-merta ingatannya teralih kepada lelaki yang mungkin baik terhadap orang lain, tapi tidak pada dia itu. Belum berceritakah Harris pada Irfan tentang keburukannya? Mustahil! “Encik Harris tak cerita apa-apa pada encik?” Qaira memberanikan diri untuk bertanya. Sungguh dia mahu tahu.

Namun tiada jawapan yang di terima. Seketika, dia kembali menoleh ke sisi. Irfan pula sudah tersenyum-senyum memandang. “Ha, macam ni baru nampak yang awak tengah tanya saya.”

Qaira tersenyum kelat. Dia ada sebab kukuh tidak memandang wajah Irfan. Bukannya suka-suka.

“Cerita apa?” Soal Irfan. Sengaja buat-buat tidak tahu.

“Apa-apa pasal saya.”

“Dia nak cerita apa pasal awak?”

Qaira sedikit terkejut. Irfan benar-benar tidak tahu nampaknya. Baik juga Harris kerana tidak bercerita. Terasa dia pula yang jahat kerana sudah menuduh. “Tak ada apalah.”

“Awak nak balik ke?”

“Ha’ah. Tapi bas tak sampai lagi,” jawab Qaira.

Irfan mengerling pada bungkusan plastik di sisi Qaira. Ada dua semuanya. Mungkin barang keperluan rumah. “Mari saya hantar balik. Lagipun hari nak hujan.”

Pantas Qaira menggeleng. Mana mungkin dia mahu satu kereta dengan Irfan. Lagipun dia tidak berani untuk mengambil risiko. Pasti susah dia di buatnya nanti. “Tak apalah encik. Saya tunggu bas je.”

“Bas tak hantar sampai depan rumah. Tapi saya hantar. Kalau nak pemandunya turun sekali dan hantar sampai depan pintu pun boleh,” gurau Irfan.

“Terima kasih. Tapi saya dah biasa naik bas. Tak apalah kalau jalan kaki. Boleh exercise sikit,” jawab Qaira. Dan dalam pada itu, dia sedaya upaya cuba mengawal peluh yang kembali terbit di dahi. Namun kali ini bukan peluh kerana panas. Tapi kerana tidak tahan duduk di sebelah Irfan. Ternyata semuanya serba tidak kena. Suasana, tingkah laku dan percakapan. Semuanya…

Irfan tersenyum. Orang tidak mahu jangan di paksa. Tapi semestinya istilah itu bukan untuk situasi ketika ini. Semua ini takdir. Selalu dia memandu laju, tapi tadi dia memandu sederhana laju. Selalu ketika memandu, dia tidak toleh kiri kanan. Tapi tadi, dia toleh kiri dan langsung berhenti bila terpandangkan Qaira di perhentian bas ini. Jadi bukankah ia satu takdir yang tidak patut di persiakan? Pasti ada sebab semuanya jadi begini.

Tanpa berlengah, dia terus berdiri dan mengambil beg plastik dari sisi Qaira. Mata bulat gadis itu hanya di pandang dengan senyuman nakal. Ah… makin comel sungguh bila mata bundar itu di bulatkan.

“Encik buat apa ni?” Qaira ikut berdiri. Terkejut dia dengan tindakan drastik Irfan itu.

“Saya tolong awak bawa barang ni lah.”

“Tapi saya dah cakap yang saya tak nak,” ujar Qaira. Geram pula bila di paksa-paksa.

No excuse. Naik kereta saya,” tegas Irfan.

“Encik…”

“Kakak, abang. Kalau nak buat drama cinta, jangan kat sini. Tak romantik,” celah satu suara yang entah dari mana datangnya.

Laju saja mata Qaira mencari tuan punya suara itu. Rupanya ia milik seorang remaja lelaki yang duduk tidak jauh darinya. Dia kemudian mengetap bibir. Pasti adik itu jarang melihat drama cinta. Sebab itu tidak tahu membezakan yang mana cinta dan mana yang tidak cinta.

Irfran tersengih cuma. Di lihat wajah Qaira sudah mula merah. Mungkin malu. Tapi pasti lebih marah. Perlahan-lahan dia menghampirkan sedikit wajahnya ke telinga Qaira. “Kalau nak dengar lagi banyak komen cinta, kita berdiri je lah kat sini,” sakatnya.

Qaira sudah sesak dada. Lantas dia terus berlalu meninggalkan Irfan dan berdiri betul-betul di tepi kereta lelaki itu. Dia sudah tidak sanggup untuk menghadapi situasi seperti ini.

“Lajunya,” ujar Irfan. Lalu dia pun terus melangkah ke keretanya dengan senyuman tanda kemenangan. Namun sempat juga dia mengerling pada remaja lelaki tadi yang kelihatannya sudah sibuk dengan telefon di tangan. Mahu di ucap terang-terangan, dia tidak mahu mengganggu. Lalu dia ucapkan saja di dalam hati. Terima kasih dik! Kerana adik, kakak setuju ikut abang.

Previous: Bab 20
Next: Bab 22

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Hanan Rahman