Home Novel Cinta Jodoh Sebelah Mata
Bab 38

Qaira menoleh ke kiri dan kanan sebelum melangkah laju menuju ke luar kedai. Setelah itu iphone yang tersimpan kemas di dalam poket seluar segera di keluarkan. Dia tidak mahu di salah tafsir pula bila ada yang melihat telefonnya itu. Cukuplah hanya Maya dan Johan saja yang membuat spekulasi. Dia sudah penat mahu menjawab. Namun apabila melihat nombor tanpa nama di skrin, dia mengerutkan dahi. Dengan teragak-agak panggilan itu di jawab.

“Helo sayang.”

Qaira tersentak. Pasti bukan dia sayang yang di maksudkan itu. “Helo. Saya bukan sayang encik. Maaf. Encik, salah nombor ni.”

Kedengaran gelak tawa lelaki itu di hujung talian. “Saya tahu. Tapi tak salah kalau awak jadi sayang saya.”

“Kalau tak ada apa-apa, saya letak dulu,” ujar Qaira. Meremang pula bulu tengkuknya tatkala mendengar tawa lelaki tidak di kenali itu.

“Kejaplah. Jangan jual mahal snagat. By the way, awak ada boyfriend?”

Pantas Qaira mengetap bibir. Dia memanglah mahukan seorang kekasih. Tapi tentu sahaja bukan dengan lelaki seperti ini. Baginya, dia lebih suka kekasih yang datang tanpa di cari. Bukan yang mencari seperti ini. “Tak ada. Tapi saya tak minat nak berkenalan dengan encik.”

“Perasannya! Siapa nak berkenalan dengan awak?” Sindir lelaki itu.

“Habis tu encik nak apa?” Nada suara Qaira sudah sedikit tinggi.

“Tengah hari nanti saya nak awak jumpa saya kat Secret Recipe.”

“Tak nak. Saya tak kenal encik.”

“Kalau nak hilang kerja, cubalah.”

Tutt… tutt… Qaira terkejut. Rupanya Harris Ilman. Melampau! Tapi… mana dia dapat nombor aku? Buntu dia memikirkannya.

***

“Duduklah. Kerusi tu memang untuk duduk pun,” kata Harris.

Qaira menarik kerusi dengan wajah kelat. Sudahlah rasa sakit hatinya kerana di permainkan Harris masih belum hilang. Maya pula datang menambah. Ketika dia memberitahu mahu bertemu dengan Harris tengah hari ini, Maya mengusiknya tanpa henti. Mungkin juga ia salah satu cara pembalasan dendam. Ya, dendam kerana kes Abdullah tempoh hari.

Tiba-tiba Harris tergelak. “Suara saya pun awak tak cam? Lepas tu boleh pula sesuka hati fikir saya ni nak berkenalan dengan awak. Rasanya tahap perasan awak ni dah kritikal sangat ni.”

“Encik nak apa suruh saya datang sini?”

“Garangnya! Lapar sangat ke?”

Qaira mendengus. “Kedai tu bukan kedai saya. Jadi saya tak boleh masuk lambat.”

“Betul juga. Tapi tak payahlah garang sangat. Saya ni pemilik tempat awak kerja. So, lemah-lembut sikit.”

“Mana encik dapat nombor saya?” Tanya Qaira. Kalau dia dapat tahu siapa yang gatal tangan memberi nombornya, memang siaplah. Mana taknya, Harris sekarang sedang mengatanya kaw-kaw. Sakit hati!

Harris tersengih. “Bukan nombor awak je saya boleh dapat. Nombor semua pekerja Zeal Bookstore pun saya boleh. Jangan jadi lembab sangat sampai itu pun awak tak boleh nak fikir.”

Qaira terdiam. Sememangnya dia harus mengakui itu. Adalah amat mustahil untuk Harris tidak tahu nombor telefon pekerja-pekerjanya sendiri.

“Awak tak nak sambung belajar?”

“Hah?” Qaira nampak terpinga-pinga. Pertanyaan lelaki itu terasa amat asing.

“Kenapa reaksi awak macam tu?” Tanya Harris.

“Err… tak ada apa-apa.”

“Tak nak sambung belajar?” Harris kembali mengulang pertanyaan yang sama.

“Saya tak ada duit nak sambung belajar.”

Harris kemudian membetulkan posisi tempat duduknya. “Itu cuma alasan untuk orang yang malas. Kerajaan dah bagi banyak pertolongan untuk majukan orang melayu. Awak boleh buat pinjaman. Kalau rasa tak boleh nak bayar balik, pergi mohon biasiswa.”

Qaira tersenyum hambar. Ya, dulu dia juga berfikiran seperti itu. Tapi ianya berubah bila keadaan di sekelilingnya bertukar menjadi lebih rumit tanpa di jangka.“Saya anak yatim piatu. Kalau saya sambung belajar, macam mana saya nak teruskan hidup. Saya takkan dapat duit kalau tak kerja. Tak ada siapa boleh tolong saya. Walaupun keluarga Maya ambil saya jadi anak angkat, itu bukan alasan untuk saya susahkan dia orang.”

“Err… saya minta maaf,” ucap Harris tulus. Rupanya gadis itu menyimpan kisah sedih. Nyata kisah mereka hampir sama. Cuma bezanya dia masih ada mummy.

“Tak apa. Memang itu kenyataannya. Saya tak boleh nak elak,” balas Qaira. Dia sudah belajar jadi kuat sekarang. Kalau dulu, itulah kisah yang paling tidak ingin dia ungkap. Setiap kali bercerita, pasti air matanya akan berlinang di pipi.

Harris merenung wajah Qaira. Di mindanya kini sedang ligat memikirkan sesuatu. Mungkin ia lahir dari rasa simpati. Tapi jika bukan sekali pun, sepertinya keputusan telah di muktamadkan. “Awak nak belajar lagi?”

“Siapa yang tak nak? Cuma bukan untuk saya.”

“Semua orang ada hak untuk belajar. Kalau betul awak nak, saya boleh tolong.”

Qaira mengerutkan dahi. “Tolong macam mana?”

“Saya akan tolong awak dapatkan pendapatan sampingan. Jadi awak akan dapat duit lebih dan bolehlah awak guna untuk sambung belajar nanti,” jelas Harris.

“Pendapatan sampingan? Maksud encik?”

“Hujung minggu ni, datang kondo saya.”

Datang kondo? Pantas Qaira menggeleng. Harris sudah gila! Macamlah dia ini nampak terdesak sangat mahukan duit. “Saya tak nak. Dan saya tak perlu simpati encik dengan cara macam ni.”

Bagaikan mengerti, Harris mengetap bibir. “Boleh tak buang sikit sifat perasan awak tu? It doesn’t help.”

“Habis tu buat apa encik suruh saya pergi kondo encik?”

“Sebab tu saya suruh awak datang.”

Qaira mahu menjawab lagi tapi terhalang oleh pelayan yang meletakkan dua jenis hidangan yang serupa di atas meja. Pasti Harris yang memesan.

“Makanlah. Saya order yang sama sebab saya tak tahu taste awak,” ujar Harris.

Melihat hidangan spaghetti bolognese di hadapannya, Qaira sedikit tersentuh. Kalau di hitung jumlah duit yang sudah Harris belanjakan untuknya, memang tidak terbalas. Walau layanan lelaki itu tidaklah sebaik Irfan tapi mereka sama-sama telah berbudi padanya.

“Makanlah.” Harris bersuara lagi.

“Okey. Terima kasih sebab encik order untuk saya,” balas Qaira. Tidak di sangka dalam menyindir, lelaki itu masih mahu berbuat baik. Lalu di suapnya spaghetti itu ke dalam mulut. Namun tiba-tiba suapannya terhenti. Pantas dia mengangkat wajah.

“Comot. Sebab tu saya tolong lap,” ujar Harris sebelum tersenyum tipis.

Qaira menelan liur berkali-kali. Terasa tebal hujung bibirnya dek usapan jari Harris. Tak boleh jadi! Dia kena kuat. Jangan terpedaya dengan godaan kecil seperti ini. Bertahanlah hati. Bertahanlah!

Previous: Bab 37
Next: Bab 39

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Hanan Rahman