Harris menuruni anak tangga satu persatu. Setelah sampai di tingkat
bawah, dia segera menuju ke dapur. Apabila tudung saji di angkat, aroma nasi
goreng kampung terus menyerbu masuk ke hidungnya. Tanpa berlengah, nasi goreng
terus di sudu ke dalam pinggan yang tersedia di atas meja.
“Tak masuk office ke?”
Harris tersentak. Belum sempat dia berpaling, mummynya
sudah pun duduk di sisi. “Mummy.
Terkejut Ris. Masuk tapi lewat sikit. Penatlah, semalam balik lambat. Mummy dah sarapan?”
“Sarapan? Mummy
ingat Ris nak tanya mummy dah lunch ke belum?”
Harris tersengih.
Ya, sekarang sudah hampir tengah hari. Memang mustahil untuk mummynya berkata ‘mummy belum sarapan.’
“Pukul berapa
sampai rumah semalam? Mummy tak sedar
pun,” kata Zalida.
“Dalam pukul 12.”
Zalida terlopong. “Lambatnya. Banyak sangat ke kerja kat office tu?”
Harris menggelengkan kepala. “Tak. Semalam lepas dari office, Ris pergi dinner dengan Reena. Tu yang lambat.”
“Patutlah balik lambat. Tapi kenapa tak ambil cuti hari
ni? Boleh spend time lagi dengan
Reena seelum dia pergi Bali.”
“Mummy cakap apa?
Bali?” Soal Harris. Sungguh dia terkejut dengan perkhabaran itu.
“Kenapa terkejut?
Ris tak tahu ke?” Giliran Zalida pula yang menyoal. Dan sama seperti Harris,
dia juga turut terkejut. Harris tak tahu ke? Tak kanlah!
“Tak.”
“Reena lupa bagitahu
agaknya. Hari tu, dia ada bagitahu mummy
yang dia nak pergi Bali hari ni. Ada photoshot kat sana. Tapi dia tak bagitahu
pula flight dia jam berapa. Ha, apa
kata Ris pergi airport. Surprisekan dia,” ujar Zalida.
Harris memandang mummynya sebelum menyuap nasi goreng kampung
ke dalam mulut. Ternyata rasanya masih lazat dan tetap pedas macam dulu-dulu.
Sungguh dia rindu dengan air tangan pembantu rumah mummynya ini. “Tak apalah mummy.
Ris nak pergi office. Kalau pergi airport, takut lambat pula.”
“Janganlah macam tu. Pergi sekejap je. Lagipun mesti Reena
tengah susah hati sekarang ni.”
“Kalau dia tak nak susah hati, mesti dah lama dia bagitahu
Ris yang dia nak pergi Bali,” balas Harris.
Zalida mengeluh perlahan. “Ada check handphone tak pagi
tadi?”
“Tak sempat.”
“Cuba check.
Mesti Reena ada call atau mesej. Ris
tu kalau tidur, mana nak sedar bunyi-bunyi tu semua,” kata Zalida.
Lalu Harris segera memeriksa telefon bimbitnya. Ada lapan miscall dan dua mesej. Semuanya dari Reena.
“Ada tak?” Tanya Zalida.
“Ada.”
“Tengok. Betul cakap mummy.
Dah, Ris tak payah masuk office hari
ni. Pergi airport, jumpa Reena. Tak
tenang dia nanti kat Bali sebab rasa bersalah kat Ris.”
“Tapi mummy…”
“Pergilah Ris. Kesian Reena,” pujuk Zalida.
Harris menggaru-garu kepalanya. Sebenarnya dia malas.
Kalau Reena tidak mahu dia tahu, apa guna dia terhegeh-hegeh mengejar sampai ke
lapangan terbang? Mahu kata dia terasa, mungkin. Yalah, dulu apa-apa yang
berkaitan dengan Reena, dia orang pertama yang tahu. Tapi hari ini, dialah
orang terakhir yang tahu. Sampai hati Reena.
***
“You kat mana ni?” Tanya Harris sebaik tiba di KLIA. Kalau
bukan kerana mummynya, tidak mungkin
dia berada di sini sekarang.
Reena mengetap bibir. “Err… kat airport. You kat office ke?”
“Tak. I sama macam you. Kat airport.”
“You pun ada kat
sini? Biar betul?” Pantas Reena meliarkan pandangannya. Terdapat ramai orang di
luar bangunan Lapangan Terbang Antarabangsa Ngurah Rai itu. Tapi sayang, tiada
seorang pun yang menyerupai Harris Ilman.
“Kenapa? Tak percaya?”
“Memanglah tak
percaya. Tak logik tahu tak.”
“Kenapa pergi Bali tak bagitahu I?” Soal Harris. Sambil itu, langkahnya terus di hayun. Tanpa
tujuan dan tanpa petunjuk. Yang penting Reena di temui.
Reena mengeluh perlahan.
Harris pasti marah. “I’m so sorry. I…
lupa.”
Harris terkejut.
“You lupa kat I?”
“Harris I tak
sengaja. I memang nak bagitahu you. Dan
kalau boleh I nak ajak you sekali. Tapi
lately ni I happy sangat sebab semuanya berjalan lancar dalam kehidupan I. Kerjaya I makin bagus. Dan of course
I happy sebab you dah boleh terima I.
I dah tak fikir yang lain. I terlalu excited dengan semua tu,” terang Reena
sungguh-sungguh. Kalau Harris tidak percaya, dia sanggup melutut sampai esok
pagi. Malah sanggup mogok makan atau melakukan apa-apa sahaja asalkan Harris
percaya yang dia berkata benar.
Harris kemudian duduk di atas kerusi berdekatan dengan
tempat dia berdiri. Dia percaya Reena. Lagipun bukankah gadis itu memang begitu
perangainya? Kalau sudah teruja, apa pun tak ingat! “Tak apalah. Sekarang ni, you bagitahu I you ada kat mana. Senang I nak cari.”
“I dekat luar. You kat mana? Cepatlah
cari Ikat sini. Kita orang dah nak
gerak. Takut hujan pula. Dah mendung ni.”
Mendung? Harris
mula sangsi. Bukankah cuaca di luar itu cerah dan panas? Macam mana pula
tiba-tiba boleh mendung? Kecualilah kalau… “You
dah sampai Bali ke?” Terus dia bertanya.
“Yalah, dah sampai. Kan tadi I bagitahu you yang I ada kat airport,” kata Reena.
Pantas Harris menggelengkan kepala. Rupanya orang yang di
cari sudah jauh di seberang laut. Kalau begini, cari sampai esok pun pasti
tidak akan jumpa. “I renang laju pun
belum tentu boleh jumpa you kat sana sebab I tak berani jamin yang jerung-jerung
kat laut tu tak terliur dengan daging I ni.”
Reena mengerutkan dahi. “Apa maksud you ni?”
“I dekat KLIA.”
“KLIA? Lah I
ingat…” Reena tidak dapat menghabiskan ayatnya bila tawa kecil sudah terluah
dari bibirnya.
“You ingat I kat Bali tapi I kat KL.
I pula ingat you still kat KL tapi sebenarnya you ada kat Bali,” ujar Harris.
Reena menghetikan tawanya. “You tak marah I ke? Yalah, pagi tadi I call you banyak kali nak bagitahu tentang ni. Tapi tak ada satu pun yang
you tak angkat. Mesej I pun you tak reply.
Sepanjang dalam flight, I susah hati.
Mike pun tegur I. Dia kata muka I buruk
macam baru mati laki.”
Tergelak Harris mendengarnya. Micheal pemilik Mike Talent
itu memang bermulut lepas. Tapi orangnya baik dan peramah. “Mula-mula tu terasa
juga. Tapi tak apa. I faham dan I tahu you tak sengaja. I pun nak minta maaf. I tidur mati last night. Tu yang tak sedar handphone
bunyi. Ni you jangan lupa bagitahu Micheal. Kata kat dia yang I tak mati lagi.”
“Okey, nanti I
bagitahu dia,” balas Reena dengan senyuman lebar. Harris kata dia tak mati
lagi. Jadi bukankah itu tanda Harris mengaku yang dia itu ‘lakinya?’ Laki itu
kan suami. Dan kalau sudah bergelar suami, pastinya kerana mereka sudah
berkahwin. Oh! Adakah bunga rampai di pelaminan sudah semakin mendekat baunya? Harap-harap begitu.