Tan
Sri Salleh menggeleng perlahan. “Tak apalah. Bukan salah Ris.”
“Dah
lah. Tak payah fikir pasal tu. Perkara kecil je. Tapi kalau Ris nak fikir juga,
uncle ada sesuatu yang lebih besar
untuk Ris fikir.”
Tan
Sri Salleh berdehem sebelum membuka mulut. “Uncle nak kan kepastian. Sebenarnya
betul ke Ris ni nak kahwin dengan Reena?”
Harris
terkejut. “Apa?”
“Bila?”
Tanya Harris.
“Minggu
lepas,” jawab Tan Sri Salleh.
Harris
meraup wajahnya. Kahwin itu soal perasaan. Dia tidak cintakan Reena dan
mummynya tahu itu. Tapi kenapa sekarang sudah berubah? Apakah mummynya terlupa?
“Ris tak tahu pasal ni. Mummy tak
cakap dan tanya apa-apa.”
“Biar
betul?” Tanya Tan sri salleh. Kini dia pula yang terkejut. Malah lebih lagi.
Akhirnya
Tan Sri Salleh mengeluh perlahan. “No
wonder uncle rasa macam ada yang tak kena. Sebenarnya mummy Ris datang hari tu sebab nak minta persetujuan uncle dengan aunty untuk jodohkan Ris dengan Reena. Uncle setuju tapi uncle
tak paksa kalau kamu berdua tak nak. Tapi bila uncle tanya Reena, dia tak membantah. Dan dua hari lepas mummy kamu datang rumah uncle, dia call uncle kata kamu pun dah setuju. Tapi yang uncle pelik, kamu langsung tak datang jumpa uncle. Call pun tak. Yalah,
kita kan nak jadi satu keluarga. Sebab tu uncle
rasa pelik.”
Sekali
lagi, Harris di hambat kejutan besar. Reena setuju? Tak mungkin! Gadis itu juga
tahu seperti apa rasa sayangnya. Tak kanlah Reena pun lupa?
“Ris…”
panggil Tan Sri Salleh.
Wajah
Tan Sri Salleh di pandang. “Uncle, Ris
tak tahu nak cakap apa. Semua ni tiba-tiba sangat. Ris tak boleh nak jawab.”
Tan
sri salleh menepuk-nepuk bahu Harris. Dia faham perasaan anak muda itu.
Ternyata Zalida terlalu ikutkan hati dan perasaan. Kesian Harris yang tidak
tahu apa-apa. Dan kesian juga dia kerana telah di tipu bulat-bulat.
***
“Kau
okey tak ni?” Tanya Irfan.
“Kau tengok aku macam okey ke?”
Tanya Harris kembali.
Irfan
menggaru kepalanya yang tidak gatal. Selama ini, dia yang selalu di nasihati.
Tapi apabila tiba gilirannya menjadi ‘Tuan Penasihat’, memang terasa
kejanggalannya “Aku sebenarnya tak tahu nak cakap apa sebab aku tak pernah
terfikir yang kau akan hadap situasi macam ni.”
“Tak payah cakap apa-apalah.”
“Mana
boleh aku tak cakap apa-apa. Aku susah, kau ada nasihat aku. Jadi bila kau
susah, giliran aku pula untuk tolong. Okey, let’s
say yang benda ni jadi kat aku. Mungkin aku pun akan rasa benda yang sama
macam apa yang kau rasa sekarang. Rasa down,
bengang, geram dan marah. Yalah, zaman sekarang mana ada anak yang nak parents dia carikan jodoh. Semua cari
sendiri. Tapi cuba kau fikir positif. Anggap semua ni adalah takdir kau kat
dunia ni. Mungkin memang dah tertulis yang Reena jodoh kau.”
“Bukan
ini caranya untuk dapat jodoh,” balas Harris.
“Eh,
macam ni lah best. Cuba tengok kat
dalam drama. Mula-mula kena kahwin paksa. Lepas dah kahwin, gaduh-gaduh manja.
Tapi hujungnya bahagia,” gurau Irfan.
“Kau
anggap hidup aku ni sekarang cuma lakonanlah?”
Irfan
tersengih. “Aku gurau je lah. Nak bagi kau senyum. Tak kelakar ke?”
Harris
mendengus. “Aku betul-betul nak tahu kenapa dia setuju kahwin dengan aku.”
“Mungkin
dia tak nak hampakan permintaan keluarga. Atau sebenarnya dia memang dah jatuh
cinta dengan kau.”
“Tak,
tak. Bukan sebab cinta. Aku dengan dia dah macam adik-beradik. Aku rasa dia
terpaksa. Reena satu-satunya anak perempuan uncle
dengan aunty. So dia tak banyak pilihan,” kata Harris
“Tak try call Reena lagi?” Tanya Irfan.
“Malaslah.
Dia bukannya nak jawab pun,” jawab Harris
Irfan
tergeleng-geleng. “Kalau malas, masalah takkan selesai. Calllah dia. Mana tahu dia tak jawab sebab sibuk.”
Harris
menggumam marah. “Susah cakap dengan kau ni.” Lantas, telefon bimbitnya di capai
sebelum mendail nombor Reena. Tidak lama, telefon bimbitnya kembali di letakkan
di atas sofa. “Tengok, dia tak jawab kan? Balik-balik suara operator tu juga
yang aku dengar,” ujarnya sebal.
“Err…
mak long?”
“Yang
tu kau tak payah tanya. Lagi teruk dari Reena. Sekarang ni Mak Tom dah naik
pangkat jadi pembantu peribadi mummy. Sebelum aku jumpa mummy, aku kena jumpa dia dulu. Tapi itu pun tak pernah dapat. Macam-macam
alasan dia bagi.”
“Tak
nak telefon mak long?”
Harris
tersenyum sinis. “Kalau Reena, aku kena cakap dengan operator. Tapi kalau mummy, aku kena cakap dengan Mak Tom.
Operator, Mak Tom. Mak Tom, operator. Tak ada beza kan?”
“Apa kata kau cuba? Lagipun aku rasa
lebih baik cakap dengan Mak Tom dari cakap dengan operator. Sekurang-kurangnya,
Mak Tom boleh balas balik,” kata Irfan.
“Tak
payahlah. Buang masa.”
“Tadi
malas. Sekarang, tak payah. Kau…”
Harris
meramas rambutnya. “Membebellah kau ni Irfan!” Kemudian, telefon bimbitnya
kembali di ambil sebelum menghubungi mummynya dengan mendail nombor rumah.
Seketika, panggilannya bersambut. Namun dia yakin 200% bahawa yang menyambut
itu pasti Mak Tom.
“Handphone
mummy ada kat Mak Tom?” Itu soalan
pertama yang di tanya.
“Err…
ada,” jawab Mak Tom.
“Tak
apalah. Assalamualaikum,” kata Harris tanpa sempat mendengar suara Mak Tom
menjawab salam. Ternyata Mak Tom semakin
bermaharajalela. Telefon rumah dan bimbit, semua dia yang pegang.
“Mak
Tom ke?”
Harris
memandang sebal wajah Irfan. Nampaknya Irfan salah pilih soalan.
Pandangan Harris membuat Irfan
tersenyum kelat. “Apa kata kau cuba guna teman wanita upahan. Jadi tak lah kau
kena paksa kahwin dengan Reena.”
Harris
tergelak. “Drama lagi? Atau dah tambah novel pula?”
“Mana
tahu jadi. Aku boleh tolong carikan. Cakap je yang macam mana kau nak. ”
“Boleh
pakai ke idea kau tu?”
Irfan
angguk. “Boleh. Kalau bayar, semua boleh pakai.”
Harris
mengeluh perlahan. “Entahlah. Aku serabut. Tak boleh nak fikir.”
“Kalau
kau ada girlfriend, tak jadi macam ni.”
“Aku
tak boleh paksa diri aku cinta dengan orang yang aku tak suka,” jawab Harris.
“Aku
tahu. Semua orang pun macam tu.”
Harris
tidak lagi menyahut. Irfan juga tiada kekasih. Tapi mak ngah tidak pula sibuk-sibuk
mahu mencari calon menantu. Entah apa yang mummynya takutkan. Dia baru 27
tahun. Kalau pun mahu cucu awal, berbincanglah dulu dengan dirinya. Bukan
‘merisik’ secara sembunyi-sembunyi. Dan bukan juga bersetuju bagi pihak dirinya yang tidak tahu apa-apa ini kerana yang mahu di
kahwinkan itu dia. Bukan orang lain.