Home Novel Cinta Jodoh Sebelah Mata
Bab 2

Selesai mengenakan gincu bibir, Reena membelek-belek dirinya di hadapan cermin. Hari ini, dia mahu membuat kejutan untuk Harris. Jadi sudah pastilah dia mahu kelihatan sempurna. Bermula minggu hadapan, dia akan kembali sibuk. Mujur Micheal masih mengekalkan namanya. Permintaan dari pihak penganjur sukar di tolak. Bak kata Micheal, dia pilihan utama. Dengan syarat, berat badannya harus kembali normal. Setakat ini, ada tanda-tanda positif untuknya mencapai misi itu.

Oleh sebab itu, kesempatan yang ada ini di ambil agar dia boleh meluangkan masa bersama dengan Harris. Tiba-tiba matanya tertancap pada bingkai gambar berwarna keemasan yang terletak di atas meja soleknya. Dan tidak sampai sesaat, senyuman lebar terus sahaja menghiasi bibirnya yang bergincu merah itu.

Wait for me love,”ujarnya sambil mengelus lembut wajah Harris yang sedang tersenyum ceria di dalam gambar. Setelah itu, dia terus mencapai beg tangannya lalu bergegas keluar dari bilik. Dia tidak mahu terlambat walau sesaat.

Sesampainya di luar rumah, kelihatan mamanya sedang terbongkok-bongkok di halaman. Mama dan papanya baru dua hari pulang ke rumah dari bercuti di Sabah sempena meraikan ulang tahun perkahwinan mereka yang ke 29 tahun. Bahagia sungguh menjadi mama. Papa seorang yang romantik. Lagak mereka berdua bagai orang yang baru kahwin walaupun anak sudah besar panjang.

Lalu idea nakal pantas melintasi mindanya. Di mata mamanya pasti sedang melihat bunga di dalam pasu. Tapi di hati dan fikiran, pasti sudah melayang ke Sabah. Mengingati setiap kegembiraan yang di lalui bersama Tan Sri Salleh selama empat hari di negeri bawah bayu itu. Dengan langkah yang terjengket-jengket, tubuh mamanya di dekati sebelum terus di peluk dari belakang. “Mama!” Sergahnya.

Puan Sri Aisyah terkejut. Gunting di tangannya hampir terlepas gara-gara pelukan mengejut yang di terima. Lantas dia berpaling dengan wajah mencuka. “Reena! Terkejut mama. Jangan buat lagi.”

Reena ketawa. “Mama buat apa ni?”

“Makan,” jawab Puan Sri Aisyah geram.

Mendengarkan jawapan mamanya, Reena pantas menekup mulut. Mama loyar buruk! “Yalah, sorry. Orang tak buat lagi.”

“Cantik-cantik ni nak pergi mana?” Tanya Puan Sri Aisyah.

“Mama rasa?”

Puan Sri Aisyah akhirnya ketawa perlahan. “Nak kena rasa pula?”

Reena menggangguk dengan wajah yang manis.

“Tak payahlah. Mama malas nak teka. Nanti jangan lupa kirim salam dengan Ris.

Reena tersengih. Mamanya sudah terlebih tahu. Setakat ini, Harris sudah dapat green light. Kalau masuk meminang pun, pasti semuanya no problem.

“Pandai mama. Okeylah, Reena pergi dulu. Assalamualaikum ma,” ucapanya sebelum mencium pipi Puan Sri Aisyah. Setelah itu, dia terus bersegera masuk ke dalam kereta.

“Waalaikumsalam. Hisy budak ni. Tak reti nak sabar,” rungut Puan Sri Aisyah. Anak gadisnya itu tidak nampak seperti orang yang baru keluar dari hospital. Kalau bukan Harris yang bercerita, dia dan suaminya pasti tidak tahu apa yang terjadi kepada Reena. Bila di tanya, Reena hanya menjawab tak ada apa-apa. Harris ada. Harris boleh jadi ubat serba guna untuknya.

Tanpa sedar, dia tersenyum sendiri. Dan jauh di lubuk hati, dia sebetulnya menginginkan sesuatu dari anak itu. Sesuatu yang bersifat hasrat dan keinginanan yang baru saja muncul ketika majlis sambutan hari jadi Reena yang ke 26 tahun pada awal bulan Februari lalu. Apa yang dia mahu, Reena Sofea menamatkan zaman bujang secepat mungkin dan menghadiahkannya cucu yang ramai. Barulah selepas itu, dia boleh tenang dan memikirkan tentang anak bongsunya pula.

***

“Aku rasa aku tak pergi,” beritahu Harris.

“Kenapa pula? Reena tak bagi kau pergi?”

“Ini tak ada kena mengena dengan Reena. Aku yang malas,” jawab Harris.

Irfan mengeluh perlahan. Sememangnya jawapan Harris sudah di jangka dari awal. “Tapi Laila suruh aku ajak kau. Dia kata rindu. Dah lama tak jumpa.”

“Tolong sampaikan maaf aku pada Laila. Kau bagi je lah alasan apa-apa,” kata Harris.

“Susahlah kau ni.”

Harris tergelak. Dia susah? Tak logik langsung! “Apa yang susah?”

“Yalah. Kau macam takut dengan perempuan. Gay ke?”

“Mulut kau memang jahat! Kau kenal aku bila?”

Irfan tersengih. “Bergurau. Tapi betullah. Sampai bila? Kau asyik dengan Reena je. Nasib baik dulu korang berdua tak study satu tempat. Kalau tak, muntah hijau sebab asyik tengok muka yang sama.”

Berdekah ketawa Harris. Perumpamaan Irfan itu kelakar! “Aku selesa berkawan dengan dia. Tapi bukan dengan dia je aku berkawan. Maybe kau lupa yang tu.”

“Memanglah. Tapi berapa kerat je kawan perempuan yang kau ada?”

“Yalah. Yang tu aku kalah dengan kau,” ujar Harris. Irfan memang ramai kawan perempuan. Kata sepupunya itu, ia bagai satu terapi setelah hati pernah terluka. Niatnya mahu memahami perempuan. Bagaimana mereka berfikir dan apa yang mereka benar-benar mahu.

“Cakap pasal Reena ni, dia dah okey?” Tanya Irfan. Teringat dia yang gadis itu baru sahaja keluar dari hospital.

Harris angguk. “Okey. Dia tu suka buat aku risau.”

“Untung dia kan?”

“Untung?”

“Dapat kawan yang baik macam kau.”

Harris tersenyum cuma. “Aku pun beruntung sebab dapat kawan dan adik yang baik macam dia.”

Seketika, Irfan mengusap dagunya. “Tapi kan sampai bila korang nak kekal jadi kawan?”

“Sampai bila-bila.”

Jawapan itu membuat Irfan terkejut. “Are you serious?”

“Seriuslah. Kenapa? Kenyataan aku ni mengejutkan sangat ke?”

“Gila tak terkejut! Reena tu lawa kut. Okay, let’s say yang dia cintakan kau? Kau rasa kau boleh terima tak?”

Harris ketawa kecil. “Tak ada soalan lain?”

“Jawab je lah,” gesa Irfan.

“Adik dan abang, mana boleh jatuh cinta.”

“Bukan adik kandung. Jangan lupa tu.”

Harris angguk. “Betul. Tapi aku tak pernah terfikir yang dia suka aku. Dan macam tu juga sebaliknya. Aku tak suka dia sebagai seorang perempuan. Tapi aku suka dia sebagai seorang kawan dan adik.”

“Kau memang pelik! But anyway, youre my cousin. Pelik-pelik kau pun, aku kenalah terima. Nampaknya, lama lagilah aku nak tengok kau ada girlfriend.”

Harris sekadar menjungkit bahu. Dia malas mahu memberi komen yang lebih-lebih soal itu.

“Jom lunch. Laparlah,” ajak Irfan.

“Kejap. Ada satu fail lagi,” kata Harris sebelum terus membelek fail yang berwarna hitam itu. Cepat tangannya bekerja kerana dia juga sememangnya sedang lapar. Pagi tadi, dia hanya sempat bersarapan dengan dua keping roti kering.

“Yalah, yalah. Cepat sikit. Sibuk mengalahkan Menteri,” bebel Irfan.

Dan di luar pintu bilik Harris yang sedikit renggang, Reena memegang tombol pintu sekuat hati. Perlahan-lahan air matanya gugur di pipi. Ternyata jawapan Harris benar-benar melukakan. Hatinya pedih. Emosinya terganggu. Dia kalah dalam permainan lelaki itu.

Previous: Bab 1
Next: Bab 3

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Hanan Rahman