“Apa ni Ain?” Tanya Irfan.
Sekeping sampul berwarna keemasan yang di hulur kepadanya di sambut dengan
kerutan di dahi. Di belek-belek sampul itu sebelum dia kembali memandang wajah Nurain
Hani. Kekasih hati yang mahu di sunting menjadi suri hidup setelah dua tahun menyulam
kasih. Sesungguhnya dia yakin bahawa Nurain Hani ialah jodoh yang tepat
untuknya.
“Bukalah,” kata Ain. Walau apa pun reaksi Irfan selepas ini,
dia redha. Dan dia sudah bersedia untuknya.
Perlahan-lahan sampul tersebut di buka dan di tarik keluar
isi di dalamnya. “Kad kahwin? Siapa yang…” kata-katanya mati apabila matanya
tertancap pada nama yang tertera pada muka hadapan kad tersebut. Ain dan Lukman.
Ain? Ain mana? Jantungnya mula berdetak hebat. Dan jantungnya mula pecah
menjadi kepingan-kepingan kecil apabila kad itu di buka. Nurain Hani dan Lukman
Dani. Pantas wajah Ain di cari. Dia bingung.
“Kad kahwin saya,” beritahu Ain.
Irfan tidak segera menyahut. Dia berusaha untuk menjadi
rasional dalam menangani hal seperti ini. “Siapa… Lukman Dani?”
Ain segera membuang pandnag. Dia tidak sanggup melihat
wajah kecewa Irfan. “Anak kawan papa.”
“Awak kena paksa?”
“Tak. Kami jumpa secara tak sengaja. Keluarga Lukman
datang rumah untuk dinner atas
jemputan papa. Lepas dari malam tu, hubungan kami tambah rapat. Dan saya tak
tahu bila perasaan cinta tu wujud dalam hati saya untuk dia,” jawab Ain.
“Mesti ada sebab lain. Kita bercinta dah lama. Tak kan
senang-senang awak nak buang saya?” Ternyata penjelasan Ain sukar untuk di
terima.
Agak lama ain mendiamkan diri. Sudah lama di pendam rasa
hatinya ini. Dan mungkin sekarang masa yang tepat untuknya meluahkan segala
yang terbuku di hati. “Sejak kebelakangan ni, awak selalu sibuk. Tak ada masa
untuk saya. Saya sunyi. Dan Lukmanlah yang selalu temankan saya.”
“Saya baru kerja dengan papa. Banyak perkara yang perlu
saya belajar. Tapi saya dah janji nak bawa awak jumpa family saya. Kenapa tak nak tunggu?”
“Anggaplah yang Lukman datang pada masa yang tepat. Dia
ada waktu saya sangat perlukan awak.”
Irfan meraup wajah. Dia kesal dengan Nurain Hani. “Awak
tak boleh buat saya macam ni. Saya cintakan awak.”
Ain menghela nafas panjang sebelum menghembusnya perlahan.
“Saya pun cintakan awak. Tapi itu dulu sebelum saya kenal Lukman. Saya minta
maaf. Jangan lupa ajak Harris sekali. Kalau awak sudi, datanglah. Saya balik
dulu. Assalamualaikum.” Setelah itu, dia terus berlalu pergi. langkahya pula
semakin di lajukan. Walau hati terasa berat, dia tidak sesekali mahu berpaling.
Dia takut melihat wajah terluka Irfan. Lagipun hatinya sudah teguh untuk
memilih Lukman sebagai suaminya.
“Ain! Ain! Kenapa buat saya macam ni? Awak tak adil,” jerit
Irfan. Namun dia hampa bila Ain semakin jauh. Perlahan-lahan dia melabuhkan
punggung di atas kerusi berhadapan tasik itu. Terasa kakinya tidak kuat untuk
terus menampung tubuh. Entah tubuhnya yang berat atau kakinya yang sudah rapuh.
Dan tanpa sedar, rintik hujan mulai gugur. Hatinya di kuatkan agar air mata
lelakinya tidak gugur seperti rintik hujan ketika ini. dalam sekelip mata,
hatinya hancur. Harapannya musnah. Dan anggannya tidak kesampaian. Sampai hati
awak Ain. Awak jahat…
***
Irfan pantas membuka mata. Wajah di raup beberapa kali sebelum
dia segera bangun dari katil. Perlahan-lahan langkah kaki di atur menuju ke
arah sofa berdekatan tingkap kaca di dalam biliknya. Setelah itu, dia terus
duduk di situ dengan keluhan yang berat. Peristiwa bertemu Ain di kawasan parkir
hospital dua malam yang lepas memang membuatkan kenangan lamanya bersama Nurain
Hani kembali terimbau. Sesuatu yang sudah di duga. Satu-persatu kenangan itu
muncul. Dari yang paling manis sehinggalah yang paling pahit.
Bertemu lagi setelah hampir setahun tidak bersua
benar-benar membuat dia hilang arah. Di sebabkan itu, dia berlalu tanpa sepatah
kata. Dia takut hilang pertimbangan. Mana tahu, semakin lama dia berada di
situ, Ain akan di marah tanpa henti kerana telah melukakan hatinya. Atau
mungkin juga gadis itu akan di dakap erat kerana terlalu rindu. Ya, walaupun
benci tapi hakikat yang tidak dapat dia nafikan adalah rasa rindu. Dia rindu
pada Nurain Hani. Gadis itu cinta pertamanya. Yang mengajar dia tentang banyak
perkara suka dan duka.
Adakah Nurain Hani masih menghuni secebis dari hatinya? Irfan…
dia isteri orang! Ingatan itu tiba-tiba bergema dalam hati. Berdosa mencintai
isteri orang. Mereka tiada jodoh. Dia harus menerimanya. Lupakan gadis itu
kerana dia ada Qaira. gadis yang sudah di pilih hatinya untuk menggantikan tempat
Nurain Hani. Dia yakin yang Qaira jauh lebih baik dan setia dari Ain.
***
Reena tersenyum bahagia tatkala wajah Harris menyapa
matanya petang itu. Terasa semua perancangannya berjalan dengan sangat lancar.
“Kenapa tak bagitahu nak datang?”
Harris melabuhkan punggung di hadapan Reena. Mereka kini
duduk di gazebo kerana Reena sememangnya berada di situ sejak dia mula sampai
tadi. “Surprise!”
“So sweet,” ujar Reena di ikuti tawa
kecil.
“Nah, untuk you,
uncledengan aunty..”
Reena mnegerutkan dahi. “Apa ni?” Pantas tangannya
menggagau bekas di dalam beg kertas yang di bawa Harris. “Wow! Fettucini
carbonara. Thanks Harris. Tapi mama
dengan papa keluar. Nanti I bagi bila dia orang dah balik.”
“You’re most welcome,”
balas Harris. Melihat senyuman di wajah Reena, hatinya jadi lapang. Tapi adakah
senyuman itu ikhlas atau sebaliknya? Hati manusia, tiada siapa yang tahu. Wajah
boleh menipu, tapi hati tidak.
“Kenapa you pandang I macam tu?” Ranya Reena. Terus
terbantut niatnya mahu menjamah makanan kegemarannya itu apabila Harris
bersungguh-sungguh memandang wajahnya.
“You okey ke?”
“I? Okey. Kenapa?”
Harris mengeluh perlahan. “Kenapa you telan pil tidur? Bahaya kalau you ambil banyak. Tahu tak?” Sudah lama dia mahu bertanya soal ini.
Tapi di pendamkan sahaja kerana dia tidak mahu mengganggu mood Reena. Tapi sekarang, dia merasakan sudah sampai masanya untuk
dia bertanya.
Reena melarikan anak matanya. “I… I tak boleh tidur. Mama
dengan papa salah faham. I bukannya nak bunuh diri pun.”
“You tipu. Tell me the truth.”
“I tak tipu.”
“Reena. Please. Tell
me,” desak Harris. Dia harus tahu cerita sebenar. Kalau benar Reena ada
masalah, dia akan sedaya upaya membantu.
Akhirnya Reena tunduk. Matanya sudah bergenang dnegan air.
“I’m stress.”
“About what?”
“I takut you
tinggalkan I.”
Harris tersentak. “Kenapa you boleh fikir macam tu?”
“I tak tahu. Perasaan tu tiba-tiba ada. Setiap kali I fikir,
I tak boleh bernafas. I takut sangat. Tiap-tiap malam I nangis. Takut benda tu
jadi kenyataan,” ujar Reena. Setitik air matanya mengalir di pipi.
“Hey, don’t cry.
I tak kan tinggalkan you. Tapi nyawa bukan di tangan kita. Bila-bila masa ALLAH
akan tarik.”
Reena teresak-esak. Dia harus pastikan lakonannya menjadi dan tidak kaku. “I bukan takut sebab tu. Tapi I… I takut you
tinggalkan I untuk perempuan lain.”
“Reena…”
“Please jangan
tinggalkan I. I beg you. I tak boleh
hidup kalau tak ada you.” Laju saja Reena merayu sambil memegang tangan Harris yang
berada di atas meja. Air matanya mengalir lagi.
Harris terpempan. Air mata lagi. Dia cukup lemah dengan
situasi seperti ini. “Dah lah. I tak kan tinggalkan you. Jangan risau.”
“Promise?”
“Promise,” balas
Harris.
Reena mengetap bibir sebelum tersenyum. Pegangan tangannya
pada Harris semakin di eratkan. “Thanks.
I tahu you tak kan kecewakan I.”
Harris membalas senyuman Reena. Dia tidak akan meninggalkan
Reena kerana gadis itu sudah di anggap seperti adik sendiri. Tapi kalau Reena
meminta dia untuk tidak meninggalkan atas dasar lain, dia tidak pasti apakah
janjinya masih mampu di tunaikan kerana kini hatinya sangat berbelah bagi.