Reena berhias cantik malam
ini. Lagipun, siapa yang mahu nampak buruk pada temujanji pertama? Tambahan
lagi, temujanji seperti ini sudah lama di nantikan. Dia dan Harris, duduk makan
berdua di restoran Atmosphere 360 menara Kuala Lumpur. Di iringi suasana
romantik dan di hiasi dengan hamparan bintang nun jauh di dada langit. Oh! Bahagia sungguh rasanya bila angan-angan jadi realiti.
“Suka tak bunga
tu?” Tanya Harris sekaligus memecah kesunyian di antara mereka berdua.
Reena tersenyum. “Suka. Apa yang you bagi, semua I suka,” jawabnya. Lantas bunga ros merah yang di letakkan
di atas ribanya itu di elus perlahan. Perempuan mana yang tidak suka bunga? Kalau
ada, pasti perempuan itu berhati batu.
“You cantik malam ni,” puji Harris.
“Terima kasih. You pun handsome malam ni.”
Harris tergelak. “I
tak sempat tukar baju pun.”
“Tak apalah. You pakai apa pun tetap nampak handsome,” balas Reena.
“You happy?”
Tanya Harris sambil merenung wajah Reena. Dia akui wajah itu cantik dan hampir
sempurna. Namun itu bukan syarat untuk hatinya menerima terus gadis itu.
Reena meletakkan
kedua belah tangannya di atas meja. “Of
course I’m happy. You tunaikan hasrat I nak makan kat
sini. You nak terima I dalam hidup you. Semua tu dah cukup untuk buat I happy.”
“Tapi I nak minta
maaf. I belum boleh balas cinta you.”
“It’s okay. I faham. Cinta bukan sesuatu
yang boleh di paksa,” balas Reena. Walaupun hampa, dia tahu Harris mencuba. Masih
terlalu awal untuk dia berharap yang perasaan lelaki itu akan berubah sekelip
mata.
“Thankssebab
faham,” ujar Harris.
“Tapi…”
Harris mengerutkan dahi. “Tapi kenapa?”
“Tapi…” Riak wajah Reena terus berubah serius. “Jangan
lama sangat. Nanti kalau I dah tua,
mesti tak cantik duduk atas pelamin.”
“What?” Harris
terkejut sebelum ketawa.
Reena turut ketawa. Hilang terus raut serius dari
wajahnya. “Betullah.”
“Dah lah. Tak payah nak merepek. Kalau you tua, I pun tua juga. Umur kita beza dua tahun je. Tapi okeylah. At least, bukan you seorang je yang nampak tak cantik kat atas pelamin.”
“Ngada-ngada!” Balas reena.
Harris tersenyum leret. “You nak order apa?”
Reena mula membelek menu di atas meja. Sebenarnya dia tidak
makan pun tidak apa kerana bergelak ketawa, berbalas senyuman, bertukar cerita
dan berbalas pandang dengan Harris saja sudah cukup untuk membuat dia kenyang
sepanjang malam.
***
“Tak nak turun?” Tanya Harris apabila melihat Reena masih
tidak bergerak.
“You halau I?”
“Bukan halau. Tapi kita dah lama ada kat depan rumah you ni. Ke you nak tidur dalam kereta I?”
Reena tersengih nakal. “Boleh juga. Dapat I duduk lama
sikit dengan you.”
“Kalau macam tu, lebih baik I bawa you balik kondo I. Tidur dalam kereta tak selesa,”
seloroh Harris.
“I dah boleh masuk
kondo you ke? Bukan ke selama kita
berkawan ni, kondo you tu lah
satu-satunya tempat larangan I?”
Harris akhirnya tergelak. Bukan sahaja Reena, malah mana-mana
manusia yang bergelar perempuan kecuali mummynya.
Kata orang, beringat sebelum kena. “Masuklah. Dah lewat ni.”
Perlahan-lahan Reena
menanggalkan tali pinggang keledar. Namun dia masih tidak bergerak. Malah anak
matanya masih terus terpaku pada wajah kacak Harris. “Thanks untuk malam ni. I
happy sangat. Kesian you. Tak sempat
nak tukar baju pun.”
“You’re
welcome. Lagipun I memang dah janji nak bawa you
keluar. Kenalah tepati.”
“I tahu you tak pernah mungkir janji. Dan I pun tahu yang you
sangat handsome malam ni.”
Harris mengerutkan dahi. “Kenapa you banyak puji I malam
ni?”
“I cakap benda
yang betul. Dah you memang handsome. Tak kan I nak kata tak handsome
pula?” Ujar Reena. Tapi mungkin kerana hatinya telah di penuhi bunga-bunga
cinta, maka wajah Harris menjadi bertambah-tambah kacak pada malam ini biarpun
lelaki itu masih dalam pakaian kerja.
“Betul juga. I selalu
lupalah yang I ni memang handsome,”
balas Harris sambil tersenyum lebar.
Reena membuka mulutnya sedikit sebelum terus mencubit kedua-dua
belah pipi Harris yang melekuk itu. Baginya, itu rahsia pemanis wajah Harris Ilman.
Lesung pipit di kedua-dua belah pipi! “Perasannya cik abang ni…”
Harris tersengih saja. “Well, you yang puji Itadi.”
“Yalah tu.
Okeylah, I masuk dulu. Goodnight, bye.
Hati-hati bawa kereta,” kata Reena.
“Goodnight,”
balas Harris.
Setelah itu, Reena terus membuka pintu kereta. Ikutkan
hati, dia malas mahu keluar. Terasa masih mahu berlama-lama dengan Harris. Tapi
dia masih waras. Imannya masih ada. Dan tidak lama dia melambaikan tangan
apabila Harris mula memandu keluar dari perkarangan rumah keluarganya.
“Jumpa esok
sayang,” ucap Reena berserta senyuman lebar. Namun tidak lama, dia nampak
terpinga-pinga. “Esok? Alamak!” Senyuman lebarnya mati serta-merta.
“Esok aku nak pergi Bali. Macam mana boleh lupa ni?” Dia
merungut sendirian. Sudahlah sebelum ini lupa mengajak Harris untuk ikut serta.
Sekarang, lupa pula untuk memberitahu yang dia mahu bertolak esok sedangkan
perkara itu yang mahu di beritahu. Aduh Reena Sofea! Kerana cinta, kau telah
jadi orang yang paling pelupa dalam dunia.
***
Bunyi deringan telefon bimbit yang tiba-tiba bergema membuatkan
Harris tersentak. Terganggu sedikit suasana sunyi yang menyelubungi keretanya
sejak menurunkan Reena tadi. Lantas, telefon bimbit yang di letakkan di sebelah
tempat duduk penumpang segera di capai sebelum jarinya menyentuh skrin.
“Helo.”
“Kau kat office
lagi ke?” Tanya Irfan di talian sebelah sana. Dia sedia maklum bahawa sejak
akhir-akhir ini, Harris sering balik lambat. Kata Harris, banyak kerja, banyak
untungnya. Dan sungguh, dia akui itu.
“Tak. Sekarang on
the waynak balik rumah. Kenapa?”
“Tak adalah. Ingat nak ajak jumpa,” jawab Irfan
“Now?”
“Boleh ke?”
Harris mengerling
jam pada dashboard keretanya. Terpamer
angka 11.05 di situ. “Boleh tak kalau kita jumpa esok? Aku penatlah.”
Seketika,
terdengar gelak tawa Irfan. “Aku tahu kau penat. Aku saja je. Aku pun malas nak
keluar. Dah lewat. Kita jumpa esok je.”
“Ada hal penting ke kau nak jumpa aku ni?” Tanya Harris.
“Ada.”
“Mesti penting. Ingat tu. Sekarang ni aku malas nak keluar
office kalau tak ada benda penting,”
balas Harris.
“Baik bos. Okeylah, bawa kereta elok-elok.
Assalamualaikum.”
“Waalaikumsalam,” jawab Harris lalu memutuskan talian.
Setelah itu, tengkuk yang terasa sengal di picit kuat. Dia benar-benar letih
hari ini. Dari pejabat terus bertemu dengan Reena. Tanpa mandi, tanpa bertukar
baju mahupun melelapkan mata untuk seketika. Lalu dalam masa beberapa saat, dia
memutuskan untuk bermalam di rumah mummynya
sahaja. Dia sudah tidak larat mahu memandu ke kondonya.