Buru-buru Harris keluar
dari Zeal Bookstore. Tujuannya mahu mengelak dari bertembung dengan Qaira. Argh!
Semuanya gara-gara mimipi semalam. Dan rasanya ia mimpi paling luar biasa, gila
dan tidak masuk akal yang pernah dia alami. Dia mimpi duduk bersanding dengan
Qaira. Ini semua pasti sebab Farid. Berkata yang bukan-bukan sehingga dia
terbawa-bawa ke dalam mimpi.
“Encik Harris!”
Harris pura-pura tidak mendengar. Kalau dia berhenti, maka
tiada guna dia buru-buru keluar tadi.
“Encik Harris tunggulah kejap. Saya ada sesuatu nak cakap
ni,” panggil Qaira lagi. Langkah laju Harris di ekori sehingga sampai ke luar
kedai.
Namun Harris tetap melangkah sehinggalah Qaira berjaya
memintas pergerakannya. Dia mengeluh berat. Entahlah. Mimpi semalam membuatkan
dia segan dengan gadis ini. Mungkin segannya tidak bertempat kerana tiada sebab
pun sebenarnya. Tapi perasaan itu tetap juga muncul tanpa diketahui sebabnya.
“Nak apa ni?”
“Encik tak dengar ke saya panggil tadi?” Tanya Qaira.
“Dengar. Tapi saya nak cepat. Apa-apa hal, awak boleh call saya,” kata Harris. Baginya, lebih
baik bercakap di telefon daripada terpaksa bersua muka begini. Baru dia mahu
melangkah, Qaira cepat-cepat menghulur sesuatu padanya. Dia mengerutkan dahi.
“Kunci rumah encik,” ujar Qaira.
“Kenapa ni?”
Qaira menggigit bibir. Walaupun sedikit berat, tapi dia
sudah nekad dengan keputusannya. Cukup-cukuplah dia di serang. Cukup-cukuplah
dia di salah erti. Lagipun dia bukanlah mahu sangat bekerja di rumah Harris. Kalau
mahu duit lebih, dia boleh saja usahakan di tempat lain. Yang penting, dia
berusaha dengan lebih gigih. “Saya… nak berhenti.”
“What? Berhenti?
Kenapa tiba-tiba?” Tanya Harris. Terkejut juga dia dengan keputusan yang tidak
terjangka itu.
“Saya… ”
“Pasal mummy
saya ke?” Mudah saja Harris meneka.
“Hah?” Serba salah Qaira jadinya.
Harris menyeluk poket seluarnya. Namun tiba-tiba, dia
meliarkan pandangan ke segenap sudut. Pelik! Dia berasa seperti sedang di
perhatikan. Tapi tidak kelihatan pula sesiapa yang mencurigakan. Mungkin
perasaannya sahaja. Pantas wajah Qaira kembali di pandang. “Saya minta maaf
bagi pihak mummy saya. Tapi awak
jangan risau. Saya dah jelaskan semua pada dia. Jadi awak tak perlu berhenti.”
“Tapi… kalau… saya nak berhenti juga?”
“No! Tak boleh.”
“Kenapa tak boleh?’
“Sebab…” Harris diam seketika. Cuba mencari alasan kukuh
atas keterlanjuran katanya. “Sebab… awak memang tak boleh berhenti. Janganlah
jadi pemalas sangat. Nanti kalau awak dah kahwin, awak akan buat lebih banyak
kerja rumah dari apa yang awak buat kat rumah saya.”
“Kenapa pula encik tiba-tiba cakap soal kahwin ni?”
“Saja.”
Qaira mencebik. “Nanti saya carilah suami yang rajin.
Boleh kita orang buat kerja rumah sama-sama.”
Harris tergelak. “Suami awak kerja. Tak ada masa nak buat
kerja rumah.”
“Hujung minggu kan cuti.”
“Kalau hujung minggu, suami nak berehat. Mana ada masa nak
tolong mengemas.”
Qaira mendengus. “Saya akan pastikan suami saya tak macam
tu.”
“Then, kahwinlah
dengan saya.”
“Kahwin dengan encik?” Qaira sudah terkebil-kebil di situ.
Terkejut sungguh dia. Harris membuat penawaran yang sangat besar.
Harris menelan liur. Aduh! Apa yang aku mengarut ni? Pantas
dia mencubit pipi Qaira. Geram! “Jangan banyak cakap boleh tak? Kalau saya kata
jangan berhenti tu, maknanya janganlah.”
“Tapi…” kata-kata Qaira terhenti setakat itu. Hatinya
sudah tidak keruan saat ini. Perlakuan Harris membuat dia hilang kata-kata.
“Tapi apa lagi? Awak ni…”
“Ris?”
Harris berpaling. Tangannya segera di jatuhkan tatkala
melihat Irfan yang sudah berlapis-lapis dahinya. Argh!! Aku dah nak gila
agaknya! “Err… Irfan! Bila kau balik?”
Irfan tersenyum. Namun hatinya tidak dapat menidakkan rasa
ingin tahu yang membuak-buak dalam diri. “Pagi tadi.”
“Oh. Okeylah, aku gerak dulu. Ada… meeting.”
“Cepatnya?”
“Sorry. Nanti
kita borak panjang.” Setelah itu, Harris segera berlalu. Baik dia cepat sebelum
di hujani dnegan bermacam-macam soalan. Perisainya seperti tidak ampuh ketika
ini.
“Semenjak saya tak ada, awak dan Harris makin rapat,”
komen Irfan. Sekadar mahu menduga reaksi Qaira yang nampak seperti tidak beriak
itu.
Qaira yang bagai baru tersedar dari mimpi, tersentak.
Lantas wajah Irfan di pandang. “Eh, tak adalah.”
“Kunci apa tu?” Irfan merujuk pada kunci yang ada di tangan
Qaira.
“Hah?” Cepat-cepat Qaira menyimpan kunci itu di poket
seluarnya. “Tak ada apa-apa. Awak nak apa datang sini?”
Irfan menjongketkan kening. “Perlu ke saya jawab soalan
awak tu?”
Berubah wajah Qaira. Ya, Irfan ke Zeal Bookstore pastilah
untuk membeli buku. Ia memang soalan yang tidak perlu di jawab.
Malihat wajah kelat Qaira, Irfan ketawa kecil. “Saya
datang sebab awak.”
Qaira menunjuk dirinya. “Saya?” Aik? Bukan sebab buku ke?
“Saya rindu awak. Dan itu buat saya sedar yang saya memang
sangat lembab selama ni sebab saya tak pernah minta nombor telefon awak,” ujar
Irfan.
Rindu? Sudah! Sekali lagi Qaira berasa hatinya tidak
keruan. Kenapa dengan dia ni? Mudah sangat terbawa-bawa oleh perasaan yang
tidak pasti.
“So, minta number phone. Harapnya lepas ni saya tak
kan rasa separuh mati merindu awak lagi,” ujar Irfan kemudiannya. Dia tahu Qaira
terkejut. Tapi itu adalah tanda awal yang di beri. Gadis itu mengerti atau
tidak, dia tidak tahu. Yang penting, dia mengerti apa yang dia mahu ketika ini.
***
“Awak ni reti buat kerja ke tak? Nak suruh saya tunggu sampai
bila? Tahun depan?” Tempelak Reena. Setakat ini, hanya sekali Fahmi memberinya
perkembangan terbaru. Tapi baginya itu langsung tidak membantu. Fikirnya dengan
menghantar Zalida ke kondo Harris tempoh hari, adalah berita baik yang akan di
terima. Tapi tidak. Kata Zalida, Harris membela gadis itu. Walaupun kononnya
mereka berdua tiada hubungan, dia tetap takut.
Fahmi mengetap bibir. “Bukan kes cik Reena je yang saya
kena selesaikan. Ada banyak lagi. Dan semuanya lebih besar dari ni.”
“Kalau kes saya ni kecil, patutnya dah lama saya tahu
kebenaran.”
Pantas sampul surat berwarna coklat di lempar ke atas
meja. Reena tersentak. Wajah Fahmi yang nampak marah itu agak menggusarkannya.
“Saya boleh buat cepat kalau bayarannya cepat. Tapi masalahnya saya tak dapat
lagi. Siapa yang nak kerja kalau kita tak pasti yang orang tu boleh bayar atau
tak?”
“Awak jangan pandang rendah pada saya,” kata Reena sebelum
mengeluarkan sekeping cek yang tertulis angka RM 10 000 berserta tanda
tangannya dari dalam beg yang di bawa. Huh! Orang seperti ini hanya tahu duit,
duit dan duit. Di sebabkan itu, dia tidak suka berurusan dengan mereka. Tapi demi
Harris, dia terpaksa lakukan jua.
“Kalau tak nak di pandang rendah, cik Reena patut tahu apa
yang perlu dan tak perlu buat. Jadi tak adalah salah faham,” ujar Fahmi seljaur
meninggalkan Reena di kafe itu.
Reena mendegus. Lalu sampul yang Fahmi letakkan di atas
meja di capai. Perlahan-lahan isi di dalamnya di tarik keluar. “Nurin Qaisara
binti Rosli.” Nama berserta butir peribadi yang tertera pada kertas putih bersaiz
A4 itu di sebut perlahan. Tidak lama, dia ketawa perit. Dulu dia buta. Dulu dia
terlalu baik. Mahu menjadi kawan kepada gadis itu yang di anggapnya kelakar dan
comel. Tapi nyata, gadis itulah musuh paling nyata.
“Stupid!” Bentak
Reena. Namun lebih kepada dirinya sendiri.
Dan apabila dia melihat gambar Harris dan Qaira, dia terus
rasa berbahanag. Lebih-lebih lagi apabila melihat tangan Harris di pipi gadis
itu. Tanpa menunggu lama, gambar itu di renyuk sekuat hati. Dia benar-benar
akan kalah kalau tidak bertindak cepat.