Home Novel Cinta Jodoh Sebelah Mata
Bab 31

Reena melepaskan keluhan berat. Ternyata rasa rindunya terhadap Harris sungguh menyempitkan ruang pernafasan. Sebetulnya dia sudah tidak sabar mahu pulang ke Kuala Lumpur. Empat hari di sini rasanya bagaikan empat minggu. Walaupun dia dan Harris berbual di telefon setiap hari, rindunya tetap tidak pernah surut. Cepatlah hari ini berlalu kerana dia sudah tidak sabar untuk menanti esok tiba.

“Kenapa duduk sorang-sorang kat sini? Tak takut kena kidnap ke?” Tanya Micheal sebelum mencecahkan punggungnya di sebelah reena.

Reena pantas menoleh. Terkejut dia dengan teguran yang tiba-tiba itu. “Mike! You ni buat I terkejutlah.”

Micheal ketawa. Nampaknya fikiran Reena sudah melayang jauh sehinggakan kehadirannya langsung tidak di sedari gadis itu.

“I ingat you dah berdengkur kat bilik,” kata Reena.

“Mana boleh tidur. Nanti you all semua tinggalkan I.”

“Takut sangat kena tinggal.” Reena memerli sambil mencebik bibir.

Micheal menjengilkan matanya. “Mestilah. Bukan boleh percaya sangat you dengan budak-budak bertiga tu.

Reena tersengih. “Alah, kalau kena tinggal pun tak apa. You boleh pergi sendiri. You kan lelaki. Tak payah orang temankan pun tak apa.”

“I nak pergi sendiri? Memang tak lah! Macamlah I tahu jalan pergi Pasar Kumbasari tu,” tempelak Micheal.

“Tu lah you. Kalau datang Bali, bukannya nak jelajah semua tempat. Balik-balik pantai Kuta ni juga yang you pergi.”

“I pergi sebab kerja. Jadi tak ada masa nak jalan-jalan,” jawab Micheal.

Reena mencebik. “Kita datang sini pun kerja juga.”

Micheal angguk. “Tahu. Sebab tu kita tambah cuti. Boleh jalan-jalan. Nasib baik you setuju. Penat I pujuk tau.”

“Mestilah I nak balik awal. Seksa tau tanggung rindu macam ni. Nasib baik you sponsor semua. Kalau tak, memang I tak layanlah,” balas Reena.

“Sebab tu you kena berterima kasih kat I. Bukan senang tau nak dapat pengurus yang baik macam I ni.”

Reena tersenyum manis. Micheal memang baik. Tambahan lagi apabila lelaki itu sanggup untuk menguruskan segala jadualnya tanpa mengizinkan campur tangan orang lain. Kata Micheal itu tanda terima kasih kerana sudi susah senang bersama. Dan dia akui, ramai yang iri dengan hubungan baiknya dengan pemilik Mike Talent ini. “I mengaku you memang baik. Nanti I bagitahu Nancy, Julia dengan Brandon. Suruh dia orang ucap terima kasih kat you.”

Micheal ketawa sahaja. Seketika dia membuang pandang jauh ke tengah pantai. “Malam ni I nak makan puas-puas. You tahu tak, Imasih tak puas makan ayam betutu gilimanuk. Sedap sangat!”

Are you serious Mike? Sejak sampai kat sini, hari-hari you makan ayam betutu gilimanuk tu. Tak kan tak puas lagi?”

“Biarlah. Kan hari ni last day kita kat sini. Kalau boleh, I nak tapau bawa balik KL.

You ni bercakap macamlah dah tak boleh datang sini. You kan banyak duit,” ujar Reena.

Micheal menampar lembut lengan Reena yang sudah di cop sebagai sahabat sejati itu. Walaupun usianya lebih tua, tidak pernah sekali pun dia mengaku Reena itu sebagai pangkat adik. Setakat tua lapan tahun. Apalah sangat. “Memanglah banyak duit. Tapi kalau asyik beli tiket kapal terbang, duit yang banyak tu pun boleh jadi sikit. Lainlah you. Kalau you kering, boleh minta kat Tan Sri dengan Puan Sri.”

Reena tergelak. “Ada-ada je lah you ni. Tapi seriously, I memang nak datang sini lagi. I tak pergi lagi Kintamani dengan Tanah Lot.”

“Betul. Ha apa kata, nanti you ajak I sekali. Kalau you nak sponsor I lagi bagus.”

Sorry darling. Tapi bila I pergi lagi, I akan pergi dengan Harris. Jadi tak kan I nak bawa you?”

Honeymoon ke?” Sakat Micheal.

Of course!” Balas Reena sambil mula membayangkan dirinya dan Harris berjalan berpimpin tangan menjelajah setiap keindahan di Pulau Bali ini. Pasti romantik!

***

“Terima kasih sudi hantar aku pergi airport,” ucap Irfan. Wajah Harris yang tenang memandu itu di kerling. Dia tahu, diam Harris itu bukan kosong. Ada sesuatu yang di pendam. Bukan susah mahu mengetahuinya.

Harris hanya tersenyum. Terasa berat bibirnya mahu mengungkapkan kata.

Irfan mengeluh perlahan. “Kenapa ni? tak kanlah sebab aku ajak Qaira datang rumah semalam?”

“Tak juga,” jawab Harris. Ah! Sengaja dia memberi jawapan sebegitu. Irfan patut sedia maklum tentangnya. Bukan bertanya seperti tidak tahu apa yang bermain di fikirannya.

“Tak juga tu maknanya itu salah satu sebab jugalah kan? Cakap je lah terus-terang.”

Harris sekadar menjungkit bahu. “Kalau kau nak explain kat aku, dah lama kau buat. Tak payah tanya lagi dah.”

“Kau pula macam mana? Tak ada apa-apa nak explain kat aku?”

“Maksud kau?”

Irfan menyilangkan tangannya. “Kau nampak kan Qaira jatuh malam tu?”

Harris tersentak. Tapi dia cuba berlagak tenang. Irfan memang peka terhadap sesuatu perkara. Cepat saja dia menghidu kalau ada yang tidak kena pada pandangannya. “Tak.”

“Boleh percaya ke?”

“Jangan tukar topik boleh tak? Sekarang ni kita bercakap pasal kau. Bukan aku.”

“Masalahnya aku tak ada apa-apa nak explain kat kau,” balas Irfan.

“Yalah tu,” perli Harris.

“Aku jemput dia as a friend. Salah ke?”

Harris menggeleng. “Tak salah. Siapa cakap salah?”

“Habis tu?”

“Kau ada ramai kawan. But why her?”

Irfan mengetap bibir. Kenapa Qaira? Ada banyak sebab. Tapi tidak semua harus di beritahu pada Harris. Belum sampai masanya lagi. “Aku dah cakap tadi. Dia kawan aku. Sebab tu dia ada semalam.”

“Suka hatilah. Tapi jangan cakap yang aku tak ingatkan.”

“Dia lain.”

“Carilah orang lain. Kau ada ramai pilihan. Jangan salah pilih lagi,” pesan Harris. Dia antara saksi penderitaan Irfan. Jadi mana mungkin dia mahu menyaksikannya lagi. Cukup hanya sekali.

“Aku tahu. Thanks. Kau kaunselor yang baik,” balas Irfan selajur mengalihkan pandangan ke luar tingkap. 

Kenapa dia perlu ada kisah hitam yang sadis? Ternyata ia menjejaskan pembentukan masa depannya. Yalah. Sepatutnya, perasaan yang baru di semai ini di baja supaya ia lebih hidup. Tapi dia, berusaha menghindar kerana takut kisah lama berulang. Tapi dia tidak berjaya pun. Makin di hindar, makin kuat pula perasaannya. Siapa yang mampu menidakkan kuasa cinta? Lagipun perasaannya bukan seperti lalang. Di tiup angin ke kanan, maka ke kananlah ia terbang. Di tiup ke kiri, lalu ke kiri jugalah ia beralih. Harap Harris tahu yang Irfan Hakimi hanya manusia biasa yang tidak akan lari dari godaan perasaan.

Previous: Bab 30
Next: Bab 32

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Hanan Rahman