Home Novel Cinta Cinta Yang Tertukar
Cinta Yang Tertukar
Hanan Rahman
25/5/2015 15:13:01
134,985
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 63 Akhir

Nea berdiri di balkoni. Wajahnya masam mencuka. Dingin pagi di tanah tinggi Cameron Highlands tidak mampu untuk menyejukkan hatinya. Sebelum sanding, bersungguh-sungguh membuat janji. Tapi akhirnya, janji tinggal janji. Dia sudah merancang macam-macam bila tiba di Venice. Tapi hampa. Izz ni memanglah!

“Kenapa berdiri sorang-sorang kat sini?” Tanya Izz lalu memeluk pinggang Nea dari belakang.

“Habis tu nak berdiri dengan siapa lagi?” Keras suara Nea.

Izz tergelak. “Janganlah marah. Aku janji aku akan bawa juga kau pergi Venice. Esok nak?”

“Esok? Tak payahlah Izz. Esok boleh jadi lusa. Macam tu lah seterusnya. Menyampah!”

“Jangalah marah. Tiket semua dah habis. Aku excited sangat pasal majlis kita. Tu yang lupa booktiket awal-awal,” balas Izz.

Nea berpaling. “yalah tu!”

Hidung Nea di cuit. “Tapi kat sini pun okey kan?”

“Okey. Tapi aku tetap nak pergi Venice!”

“Boleh. Kita ambil cuti sebulan. Macam mana?”

Nea tersentak. “Sebulan? Tak naklah. Habis tu syarikat macam mana?”

“Jangan risau. Aku dah bagitahu papa. Papa cakap okey. Yalah, excited nak dapat cucu. Mestilah dia bagi,” kata Izz sambil tersengih.

“Mulalah tu nak merepek.”

Izz tersenyum. Rambut Nea yang menutup dahi di selak ke belakang. “Aku cintakan kau.”

Nea terdiam. Walaupun mereka sudah berbaik tapi ini kali pertama Izz mengungkapkan rasa cintanya. Dia jadi kaku mahu memberikan reaksi seperti apa.

“Nea?”

“I… I love you too,” balas nea perlahan.

“Aku panggil kau sayang boleh tak?” Tanya Izz.

“Habis tu aku nak panggil kau apa?”

Izz membentuk bibirnya. “Abang.”

Nea mengangguk. “Abang tenuk. Okey ke?”

“Abang tenuk? Kalau macam tu, sayang langsuirlah jawabnya!”

Nea ketawa. Wajah Izz yang mulanya tegang perlahan-lahan mengendur. Dan akhirnya mereka sama-sama ketawa.

“Jom,” ajak Izz.

“Jom? Pergi mana?”

“Masuk biliklah. Sejuk!” Kemudian tubuh Nea di angkat. Nea memaut mesra leher Izz. Semoga cinta mereka kekal abadi hingga ke Jannah. Semoga cinta ini tidak tertukar dengan benci. Semoga cinta ini akan terus kukuh di hati Nea dan Izz. Insya-Allah…


                                                           -TAMAT-



***

Assalamualaikum…

Terima kasih kepada para pembaca yang sudi membaca dan memberi komen pada karya saya yang masih banyak kekurangannya ini. Sesungguhnya saya sangat menghargainya. Mohon maaf andai terdapat kesilapan di sepanjang 62 bab Cinta Yang Tertukar ini yang berbekas di hati para pembaca. Semoga kalian semua akan terus menyokong karya-karya saya yang seterusnya. Insya-Allah.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Hanan Rahman