Shasha
duduk di gazebo sambil mengusap-usap selendang di kepalanya. Tapi semakin di
usap, semakin rimas pula rasanya. Lantas selendang di buka sebelum dia
membetulkan rambut panjangnya yang di ikat satu. Tiga hari. Tiga hari dia
menahan rasa. Panas, rimas, gatal dan macam-macam lagi. Ternyata sangat susah
untuk bertudung. Tambah-tambah lagi jika di sertai dengan niat yang tidak
ikhlas.
“Assalamualaikum cik Shasha.”
Shasha pantas menoleh. “Waalaikumsalam.
Aisya. Baru balik ke?”
Aisya mengangguk. “Ada study group tadi. Yalah, tak lama lagi
kan nak exam. Ermm… mak cakap cik nak
jumpa saya.”
“Duduklah.”
Tanpa banyak soal, Aisya duduk di
situ. Dalam kepala, sudah bermacam andaian yang timbul. Tidak pernah-pernah
mahu berjumpa, tapi hari ini lain pula ceritanya.
“I nak tanya,” kata Shasha.
“Tanya apa?”
Wajah Aisya yang bertudung itu di
pandang. Kelihatan gadis itu biasa-biasa sahaja. Langsung tidak kelihatan terganggu dengan tudung di kepala. “You tak rimas ke pakai
tudung?”
Aisya tersentak. Satu soalan yang
tidak pernah terfikir langsung akan di tanya kepadanya. “Err… tak. Biasa je.”
“Tak? Are you serious? I punyalah rimas. Dengan panas lagi. Nasib baik I
kerja kat office. Kalau tak, baru
kejap pakai memang I dah tanggallah tudung ni. ”
“Mungkin sebab saya dah biasa pakai
dari kecil. Sebab tu sekarang tak rasa rimas. Kalau cik nak tahu, saya lagi
rimas kalau tak pakai tudung,” ujar Aisya.
Kelat wajah Shasha. Rasa tersindir
pula dengan kata-kata Aisya. “Kenapa you
pakai tudung? Mesti ada sebab kan? Macam I. I pun ada sebab juga kenapa I pakai
tudung.”
“Sebab nak tutup aurat. Tutup aurat
kan wajib,” jawab Aisya jujur.
“Tak ada sebab lain? Contohnya macam
nak tarik perhatian orang ke?”
Aisya menggeleng. “Semoga niat saya
bertudung ni tak berubah.”
Shasha tersenyum tipis. Jauh sekali
niat mereka. Nampak sangat pro dan kontra antara dia dan Aisya.
“Cik, saya cakap sikit boleh?”
“Apa?”
“Sebenarnya, saya… saya suka tengok
cik pakai tudung. Alah, rasa rimas tu sekejap je. Insya-Allah lama-lama nanti
okeylah. Yang penting cik kena sabar. Sabar tu kan separuh dari iman?”
“Hah? Oh… yalah. I… cuba sabar.
Okeylah Aisya. Pergilah masuk. You
mesti penat kan?”
“Yalah. Saya masuk dulu cik.” Aisya
kemudian berdiri dan terus berpaling untuk masuk ke dalam rumah. Dalam hati dia
sempat berdoa agar anak majikan emaknya ini akan sentiasa di beri kesabaran dan
kekautan untuk menempuh apa juga dugaan. Jujurnya dia gembira dengan perubahan
Shasha. Alhamdulillah…
Shasha memandnag kembali selendang
yang di letakkan di atsa ribanya. Terusik juga hatinya dnegna kata-kata Aisya.
Lalu selendang itu kembali di lilitkan di kepala sebelum dia turut melangkah
meninggalkan gazebo itu.
***
Izz menyanyi-nyanyi kecil menuju ke
dapur. Dalam perjalanan, dia bertembung dengan Nea. Dan seperti di duga,
pandangan Nea tetap tajam dan sinis. Malah malam ini, ketajaman dan kesinisan pandangannya makin menjadi-jadi. Rimas dia
jadinya. “Nea…”
“Aku tak nak cakap dengan kau.”
Lengan Nea pantas di pegang. Dia tidak
mahu mereka terus begini. Silap-silap semua orang boleh tahu yang mereka memang
tidak bahagia bersama.
“Lepaslah!” Nea merentap tangannya.
“Aku tak suka kau pandang aku macam
tu,” ujar Izz.
“Kenapa?”
“Cara pandang kau tu macam
menampakkan aku ni gatal sangat. Suka ambil kesempatan dan tak senonoh.”
Nea tergelak sinis. “Terasa ke?
Baguslah. Lagipun dah memang kenyataannya yang kau memang gatal sangat-sangat.
Suka ambil kesempatan pula tu.”
“Alah, yang tu… aku gurau je. Tak
payah ambil hati sangatlah,” bala Izz. Memang tiada niatnya mahu bersikap gatal
atau mengambil kesempatan. Semua itu berlaku tanpa di sengajakan. Juga tanpa
perasaan suka atau benci. Apa lagi nafsu. Ia perlakuan spontan.
“Gurau? Huh! Sama ada kau bergurau
atau tak, muka aku ni dah tak suci lagi. Faham tak?”
Izz tergelak. “Habis tu badan aku
yang dah tak suci lagi ni nak letak mana?”
Nea membulatkan mata. Badan Izz dah
tak suci? Izz pernah…
“Woo! Stop staring at me like that. Ingat apa, aku tak tahu dosa?”
“Tapi tadi kau cakap…”
“Sebelum buat andaian, tanya dulu
apa maksud sebenar? Paling tak pun tanya siapa yang yang buat badan aku tak
suci.”
“Siapa nak tanya benda-benda macam
tu? Geli tahu tak? Geli!” Balas Nea sebal.
“Nampaknya kau tak ingat ni.”
Nea mengerutkan dahi. “Ingat apa?”
“Pasal semalam. Apa yang kau buat
kat aku. Apa yang kita buat…” Izz tersenyum penuh rahsia.
“Kau merepek apa ni? Kita… bu… buat
apa?”
Izz menjungkit bahu. Semalam? Tak
ada apa sangat pun. Cuma gara-gara insiden kucupan di hidung itu, Nea tidur
betul-betul di hujung katil. Ketika itu, Nea mahu terjatuh ke bawah. Dia
mengambil langkah pantas untuk menahan badan Nea. Setelah di alih ke tengah
katil, Nea turut sama menariknya. Mula-mula, rasa bergetar juga hati dan
perasaan lelakinya. Tapi di kuatkan iman. Walaupun Nea halal untuknya tapi dia
tidak mahu memaksa. Tapi satu yang dia rasa mahu tergelak, dalam marah Nea
masih mahu tidur sekatil dengannya. Nak jadi isteri yang baiklah sangat!
“Cakaplah. Kita buat apa?”
“Kau peluk aku,” jawab Izz.
Nea terkejut. “Gila ke apa nak peluk
kau? Tak. Aku tak kan mengaku yang aku peluk kau.”
“Betul!”
“Tipu!”
“Betul!”
Nea terasa mahu pengsan. Berombak
dadanya menahan rasa geram. “Bukti. Aku nak bukti.”
“Manalah aku ada bukti. Ingat sempat
ke nak ambil gambar atau rakam semua tu? Dah lah gelap.”
“Dah agak dah. Kau memang penipu.”
Izz memasukkan kedua belah tangannya
pada poket seluar. Perlahan-lahan dia mula melangkah menuju ke dapur. “Tak
apalah. Aku memang tak expect kau
percaya pun. Tapi kau tetap tak boleh nak ubah hakikat.”
“Hakikat apa?” Tanya Nea.
“Hakikat yang salah satu dari
anggota badan kita ni dah tak suci,” jawab Izz.
“Eei!! tak senonoh! Pengotor!” Jerit
Nea sebelum laju dia pergi meninggalkan Izz.
Izz berhenti melangkah dan berpaling.
“Pengotor-pengotor pun laki kau juga Nea oii…”