Nea
melirik jam di tangannya. Berkali-kali sehingga dia naik pening. Hari ini
merupakan hari pertamanya di pejabat sebagai CEO Daya Group menggantikan papa.
Satu majlis tertutup telah di atur untuk menyambutnya sebagai ketua baru. Semuanya
atas idea papa. Kata papa, dia harus berada di pejabat tepat pukul 9.00 pagi. Tapi
sekarang, sudah pukul 10.00 pagi! Habislah dia. Argh!! Semuanya gara-gara dia
balik lambat semalam. Perancangan hanya mahu lepak sekejap bersama Nadra dan
Zana. Tapi hujungnya, mereka merayap sampai pukul 11.00 malam. Tengok wayang,
makan dan mereka sempat berkaraoke hingga tak ingat dunia.
Apabila lif yang di naiki berhenti
di tingkat lima, Nea terkocoh-kocoh keluar. Namun tiba-tiba, dia berasa
tubuhnya melayang. Beg tangan, beg kerja dan beberapa fail yang mengandungi maklumat
syarikat yang belum habis di khatamnya bersepah di atas lantai.
“Well, well, well.Tengok siapa yang kita
ada kat sini? CEO baru mulakan hari dekat Daya Group dengan duduk kat atas
lantai.” Sinis satu suara mengejeknya.
Pantas
Nea mengangkat wajah. Izz Anaqi! Musuh tegarnya selama enam tahun berturut-turut.
Kenapalah dia ada kat sini?
Izz
tersenyum sinis. Ini bukan pertama kali mereka berlanggar. Lagipun mereka bertemu
kerana insiden perlanggaran. Dan sejak itu, bencinya pada si Nea langsuir ini
semakin membuak-buak. “Aku rasa kau patut balik rumah dan sembunyi bawah
selimut. Uncle Hisyam tinggal tunggu
masa je lagi nak telan kau hidup-hidup.”
“Diamlah
tenuk!” Marah Nea sambil tangannya laju mengutip barang-barang miliknya. Tidak
payah Izz beritahu pun, dia sudah boleh mengagak suhu kemarahan papanya. Dan terasa
seperti bahangnya sudah sampai ke sini.
“Aku
datang tadi sebagai wakil dari Perkasa Group. Kononnya nak mengeratkan lagi
kerjasama antara Daya dan Perkasa di bawah seliaan CEO baru. Tapi sayangnya,
CEO baru tak muncul sebab dia tengah duduk bersantai dekat tepi lif,” kata Izz.
Setelah
semua barang-barangnya di ambil, Nea pantas berdiri. Mencerlung matanya
memandang wajah Izz yang terasa sangat menjengkelkan itu. Duduk bersantai? Oh,
sakitnya hati! Kenapalah kalau mereka berlanggar, mesti dia yang akan jatuh?
Mesti dia yang akan rasa sakit. Kenapa bukan si tenuk ini yang jatuh? Kenapa
bukan dia yang melihat dan si tenuk ini yang merasa? Tapi bila berbalik pada logik,
memang patut dia yang jatuh dan berasa sakit kerana hakikatnya tubuhnya lebih
ringan dan kecil dari Izz. “Just shut up!”
Izz
tunduk sedikit. Sahabat-sahabatnya semua memuji Nea. Mereka kata Nea perfect! Menawan! Cantik! Dan dia akui
itu. Tapi bila hati dah benci, cantik tidak bermakna apa-apa. “And what if I don’t?”
Nea
mengetap bibir. “Kau rasa aku nak buat apa?”
Izz
nampak bingung. Serentak dengan itu, kaki kiri Izz di sepak sekuat hati.
Setelah itu, dia terus berlalu bersama senyuman kemenangan.
“Sakitlah
langsuir!” Jerit Izz. Dia sudah terlompat-lompat dengan satu kaki di situ. Nea
selalu menendang kakinya. Tapi yang peliknya, dia selalu lupa. Kalau tidak,
bolehlah dia mengelak.
“Damn it!” Marah Izz kemudiannya. Mujur
tiada sesiapa di situ. Setelah itu, tempang kakinya menuju ke pintu lif. Hilang
macho di buatnya.
***
Nea
menelan liur. Kesat dan perit! Tiada lagi majlis tertutup. Di pandang kiri dan
kanan, semua pekerja sedang bekerja seperti biasa. Hanya apabila dia lalu di
hadapan mereka, semuanya bangun dan menyapanya dengan ramah. Ah, awal-awal lagi
sudah menjadi contoh ketua yang tidak baik di hadapan pekerja sendiri.
“Cik
Nea,” tegur seorang staf wanita yang ayu bertudung.
Nea
menghulur senyum. Humaira, setiausaha papa atau lebih tepat lagi bekas setiausaha
papa kerana kini Humaira itu telah menajdi setiausahnya pula.
“Ada
apa Maira?” Tanya Nea. Umur mereka sama. Lagipun sebelum ini mereka selalu
berjumpa dan pernah juga keluar bersama. Jadi tidak sukar untuk mencipta
keserasian dengan gadis itu.
“Tan
Sri Hisyam nak jumpa,” beritahu Humaira.
Nea
memicit dahinya. Masalah yang sudah di duga. “Papa mengamuk ke tadi?”
Humaira
hanya tersenyum. Nea Khairina ini tentu lebih kenal bagaimana sikap papanya.
Tadi Tan Sri Hisyam tidak menunggu lama. Tepat pukul 9.30, mereka semua di
suruh bersurai dan kembali melakukan kerja masing-masing. Jangan bercakap lagi
soal majlis menyambut CEO baru. Dan semua pekerja akur dengan arahan itu.
“Terima
kasih,” ucap Nea. Perlahan-lahan langkah kaki di atur menuju ke bilik papanya
yang juga bakal menjadi biliknya. Tapi itupun kalau papa masih mahu dia menjadi
CEO Daya Group. Kalau tidak, dia gigit jarilah jawabnya. Terpaksa mencari
pekerjaan sendiri dan bermula dari bawah.
Pintu
bilik di ketuk. Setelah terdengar perkataan ‘masuk’ yang di ucapkan dari dalam
bilik, pantas Nea membuka pintu. Dari situ dia sudah terlihat kelibat Tan Sri
Hisyam. Walaupun sedang membelakanginya, Nea rasa tubuhnya menggigil. Belakang
dan depan, baginya sama menyeramkan. “Papa…” Dia memberanikan diri untuk
menegur setelah pintu bilik di tutup rapat.
“Baru
sampai?” Tanya Tan Sri Hisyam tanpa berpaling. Kedua-dua tangannya menyeluk
poket seluar.
“Nea… Nea minta maaf. Nea tahu Nea salah. Nea
tak patut…”
“Then kenapa buat juga?” Keras Tan Sri
Hisyam bertanya. Kini, wajah Nea di pandang tajam.
Nea
tunduk. Hampir terlepas fail di tangan sehingga memaksa dia menggenggam fail
itu erat-erat. “I’m sorry.”
“This company is not a joke. Papa
tumpahkan seluruh kudrat untuk bangunkan syarikat ni. And don’t you dare to ruin my effort just like that.”
“Nea
tak bermaksud macam tu,” jawab Nea perlahan. Air mata yang hampir tumpah di
tahan. Kalau dia menangis, Tan Sri Hisyam akan bertambah marah. Kononnya dia
lembik dan tidak mahu menerima teguran.
Tan
Sri Hisyam berjalan merapati Nea. Satu-satunya pewarisnya yang ada untuk
meneruskan legasinya kelak. “You better
watch out. Nea tahu kan yang papa paling tak suka orang yang tak ambil serius
tentang sesuatu perkara?” Usai berkata-kata, Tan Sri Hisyam terus menapak
keluar. Dia masih marah. Namun lebih baik amarahnya itu di sambung di rumah
sahaja. Di sini ramai yang mendengar. Air muka anaknya perlu di jaga.
Setelah
Tan Sri Hisyam keluar, laju saja Nea meletakkan barang-barangnya di atas meja.
Dia lemah bila berhadapan dengan kemarahn Tan Sri Hisyam. Dan tanpa sedar, air
matanya mula mengalir di pipi.
“Mama…”
rintihnya sayu.
Mamanya
pergi ketika melahirkan adik-adik kembarnya. Ketika itu, dia baru berusia lima
tahun. Masih terlalu mentah untuk kehilangan kasih sayang dan dakapan hangat
seorang ibu. Sejak itu, dia di besarkan sendiri oleh Tan Sri Hisyam. Dan
kadang-kadan ada arwah wan dan aki juga membantu. Tapi selebihnya, dia di didik
dan di besarkan mengikut acuan Tan Sri Hisyam. Nea Khairina harus jadi kuat,
tegas dan bijak.
Seumur
hidupnya tidak pernah di pujuk oleh papa. Makin kuat tangisannya, makin galak
papa mengherdik. Kerana tidak tahan, dia berusaha untuk menahan air matanya
dari tumpah di hadapan Tan Sri Hisyam. Dia berlakon untuk jadi kuat sedang
hatinya kadang-kadang rapuh. Dan setelah dirinya mula tenang, Nea menekan
interkom di atas meja. “Maira, masuk bilik saya kejap.”
“Baik
cik.”
Air
mata di sapu perlahan. Hati yang sedih perlu di ubati dengan kadar yang segera.
Kata papa, air mata menunjukkan kelemahan. Tapi agaknya papa lupa yang air mata
itu bukanlah tanda kelemahan yang nyata. Ada banyak sebab mengapa kita
menangis. Papa dulu pun pernah menangis. Cuma sekarang sahaja dia tidak pernah
melihat papa menangis. Mungkin kerana papa juga berlakon menjadi kuat di
hadapannya sedang di belakang, papa juga sangat rapuh hatinya.