“Jawablah
Izz. Kenapa diam?” Jerit Shasha. Sejak tadi, Izz hanya diam. Agaknya menyesal
dengan apa yang telah terjadi. Tapi kenapa pula perlu menyesal? Setahunya Izz
memang tidak suka pada Nea. Tapi perasaan tidak suka itu boleh berubah. Siapa
tahu sekarang Izz sudah suka. Sebab itu mereka bolah duduk semeja tadi.
Izz
menggosok-gosok telinganya. Perit bila suara Shasha memekik bak petir di langit.
“Tak payah jeritlah. I tak pekak lagi.”
“Dah
you tak jawab soalan I, mestilah I
jerit. Biar you betul-betul dengar. Susah sangat ke nak jawab kenapa you boleh duduk semeja dengan Nea?”
“Masalahnya
I bukan berdua je dengan dia. Memanglah masa you datang, you nampak I dengan dia je. Tapi itu sebab yang dua
orang lagi dah balik,” terang Izz.
Shasha
menyilangkan tangannya. “Boleh percaya ke?”
“Ya.
Tak kanlah I nak keluar berdua dengan Nea? Tak logik!”
“Okey.
Kali ni I percaya you. Tapi kalau
lepas ni I dapat tangkap you duduk berdua dengan dia lagi, siap you.”
Izz
mengeluh perlahan. Shasha memang ratu ugut. Dan boleh jadi juga Shasha ratu
segala yang menjengkelkan. Di sebabkan itu, dia sering di nasihat dan di kutuk
sama banyak oleh sahabat-sahabatnya. Faiz, Joe dan Afif. Faiz kata dia gila kerana
memilih Shasha. Joe pula kata dia hebat kerana tahan dengan perangai Shasha.
Manakala Afif kata dia lelaki paling malang kerana di pilih shasha. Dan apa
yang dia mampu buat hanya menadah telinga.
“Kenapa
you buat macam tu tadi?” Soalnya
setelah melihat Shasha reda sedikit
Shasha
menjengilkan mata. Naik kembali marah di hatinya yang baru mahu surut. “Kenapa?
You kesian tengok dia?”
“Shasha
please. Boleh tak jangan marah-marah?
I rimaslah. Ke you nak sangat jadi tua?”
“Siapa
suruh you tanya yang bukan-bukan?”
“Actually, I suka dengan apa yang you buat. I pun dah lama teringin nak
jirus dia dengan jus oren. Tapi I tak suka bila you kata yang I ni boyfriend
you. Kita berdua cuma kawan. Tak
lebih, tak kurang. I dah banyak kali bagitahu,” kata Izz.
Seretak
dengan itu, perut Izz di hempas dengan beg tangan jenama Burberry miliknya.
“Dan I pun dah bagitahu banyak kali. Sama ada you suka atau tak, belajar untuk
terima yang you tu boyfriend I dan I ni girlfriend you.”
Izz
memegang perutnya. Shasha sudah jauh berjalan di hadapan. Satu kebenaran yang Shasha
dan dia tahu, mereka bukanlah pasangan kekasih. Tapi kebenaran itu tidak
langsung di percayai oleh sahabat-sahabatnya dan orang-orang sekeliling. Macam
mana nak percaya. Shasha itu seperti bayang-bayangnya. Di mana ada dia, di situ
pasti ada Shasha. Tapi bayang-bayang pun boleh hilang bila malam menjelma. Mujur dia masih ingat akan hubungan kekeluargaan dengan Shasha. Kalau
tidak, memang sudah di tendang gadis ini jauh-jauh dari sisinya.
***
“Hebat
sangat ke buat perangai macam tu dekat tempat awam?” Jerkah Tan Sri Hisyam.
Nea
mengetap bibir. Dia susah mahu menyembunyikan apa pun dari pengetahuan Tan Sri
Hisyam. Mata-mata papanya ada di mana-mana. “Nea… minta maaf.”
“Maaf?”
Tan Sri Hisyam mencebik. “Papa dah penat dengar perkataan tu.”
“Tapi
Nea tak salah. Shasha tu yang salah faham.” Nea mempertahankan dirinya.
Tan
Sri Hisyam mendengus. “Salah Shasha ke kalau Nea menjerit macam orang gila kat
situ?”
Nea
terdiam. Ya, papa benar. Shasha hanya salah kerana telah menjirusnya dengan jus
oren. Tapi yang menjerit itu memang salahnya. Kuasa untuk mengawal diri dari di
kuasai amarah terletak di tangannya. Tapi dia gagal melakukan itu.
“Papa
malu!”
“Papa…”
“Mungkin
papa salah sebab bagi Nea kerusi CEO tu,” kata Tan Sri Hisyam.
“Pernah
ke Nea minta semua tu? All this while,
Nea cuma minta satu je. Layan Nea macam seorang anak.
Tapi pernah ke papa buat macam tu? No!
Sekali pun tak pernah,” balas Nea. Air matanya sudah merembes keluar. Ya Allah,
aku kalah kali ini.
Pantas
Tan Sri Hisyam mengangkat tinggi tangannya sebelum melayangkannya ke pipi Nea.
Nea terpana. Rasa berpinar matanya. Lalu pipi yang terasa kebas di pegang.
Wajah Tan Sri Hisyam di pandang sayu. “Papa.”
“Jangan
nak kurang ajar dengan papa. Selama ni, papa yang jaga Nea. Kalau bukan sebab
papa, Nea tak senang macam sekarang. What else do you want?”
“Nea
nak kita macam keluarga yang lain. Papa tahu tak, Nea rasa antara kita ni
hambar sangat. Macam ada jurang yang pisahkan hubungan papa dengan Nea. Kadang-kadang
Nea rasa macam…”
“Macam
apa?”
Nea
mengesat air matanya dengan belakang tangan. “Macam… macam Nea ni anak angkat.”
Tan
Sri Hisyam memegang kedua belah bahu Nea. Wajahnya sudah membahang. “Sekali
lagi Nea cakap macam tu, Nea boleh kemas kain baju Nea and get out from my house!”
“Sampai hati papa…”
“Stop crying! Papa tak ada anak yang
lemah macam ni,” kata Tan Sri Hisyam lalu menolka tubuh Nea ke atas sofa.
Setelah itu, laju Tan Sri Hisyam mendaki anak tangga untuk menuju ke biliknya.
Nea
yang terduduk di sofa hanya mampu menangis dan meraung. Kak Rahimah yang sedari
tadi hanya memerhati terus menerpa ke arah Nea. Di peluk anak majikannya itu
dengan erat.
“Papa
tak sayang Nea,” rintih Nea.
“Shh…
janganlah macam ni Nea. Papa tu sayang Nea. Dia buat semua ni bersebab. Nea
jangalah sedih. Kak Imah ada,” pujuk Rahimah. Luluh hatinya saat melihat Tan
Sri Hisyam menampar pipi Nea tadi.
Perlahan-lahan
Nea menyentuh pipinya. Seumur hidup, ini kali pertama pipinya menjadi mangsa
tangan kasar papa. Salahkah dia kerana menyuarakan isi hati yang sudah lama di
pendam? Ah, papa kejam! Dia di tampar gara-gara hanya mahu di layan seperti
anak-anak yang lain. Kenapa papa? Apa salah Nea? Mungkin memang benar dia anak
yatim piatu. Papa mengambilnya dari rumah anak yatim ketika masih bayi. Siapa
tahu?
Tiba-tiba,
dia teringatkan kata-kata Puan Sakinah tengah hari tadi. Sepertinya Puan
Sakinah pernah berjumpa dengannya sebelum ini. Bukan ketika dia sudah menginjak
dewasa tapi ketika dia masih kecil. Boleh jadi juga ketika dia masih bayi. Tak
kanlah… Ya Allah. Rumah Cahaya Kasih.
“Kak
Imah…”
“Ya
Nea?” Kak Rahimah meleraikan pelukannya. Di tatap wajah sendu anak majikannya
ini dengan penuh rasa kasih. Nea sudah di anggap seperti anak sendiri.
“Kak
Imah kerja kat sini sejak Nea sekolah rendah lagi kan?” Tanya Nea.
Kak
Rahimah menagangguk.
“Kak
Imah tahu apa-apa pasal rumah Cahaya Kasih?”
“Rumah
Cahaya Kasih?” Kak Rahimah berfikir sejenak. “Rumah anak yatim tu?”
Wajah
Nea nampak bercahaya. “Kak Imah tahu?”
“Yalah.
Tan Sri kan dah lama menyumbang pada rumah anak yatim tu. Nea je yang tak tahu.
Dulu Puan Sakinah dan Encik Bahar selalu datang sini. Tapi sejak Nea dah habis
belajar ni je dia orang dah tak datang. Mungkin Tan Sri lebih selesa jumpa kat
luar agaknya,” beritahu Kak Rahimah.
“Puan
Sakinah pernah datang sini? Tapi kenapa Nea tak pernah jumpa dia?” Nea makin
pelik. Mustahil dia tidak pernah terserempak dengan Puan Sakinah di rumah sendiri.
“Dulu
bila Puan Sakinah datang, Nea tak ada. Nea kat sekolah. Bila dah besar ni pula,
Nea kat universiti. Sebab tu tak jumpa.”
Penjelasan
dari Kak Rahimah itu membuat Nea berfikir panjang. Sah! Papa memang merahsiakan
sesuatu dari pengetahuannya. Bertanya pada papa? Memang menempah maut. Puan Sakinah!
Ya, hanya wanita itu harapannya. Dia harus tahu kebenaran tentang siapa
sebenarnya Nea Khairina.