Home Novel Cinta Cinta Yang Tertukar
Cinta Yang Tertukar
Hanan Rahman
25/5/2015 15:13:01
135,003
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 18

Merah padam wajah Tan Sri Khalid. Marah dan malunya sama banyak ketika ini. Anak sendiri telah membuat onar. Sakit sungguh rasanya. Puan Sri Fatimah yang dari tadi tidak habis-habis memujuknya, di suruh masuk ke dalam bilik. Biar dia seorang yang berhadapan dengan Izz. Itu lebih baik.

Seketika, kedengaran bunyi kereta di halaman rumah. Dalam sabar, dia menunggu Izz di ruang tamu. Bila-bila masa saja kemarahannya bakal meletup.

“Assalamualaikum pa,” tegur Izz apabila melewati ruang tamu.

“Waalaikumsalam,” jawab Tan Sri Khalid sebelum berdiri. Setelah itu, Izz di hampiri dan kemudian satu tamparan di hadiahkan di pipi anaknya itu.

Izz terkejut. “Pa! Kenapa Tampar Izz?”

“Masih ingat rupanya yang papa ni papa Izz.”

“Papa cakap apa ni?”

Tan Sri Khalid mendengus. “Papa cakap pasal ni.” Terus di hempas beberapa keping gambar di atas meja.

Izz tunduk. Memerhati saja gambar itu. Namun semakin di perhati, semakin kuat debaran di hatinya. Gambar aku! Pantas gambar-gambar itu di ambil. Ada lima keping semuanya. Di dalam gambar itu ada seorang perempuan bersamanya. Mereka nampak mesra.

Explain,” kata Tan Sri Khalid.

Siapa punya kerja ni? Izz berteka-teki dalam hati. Dia kenal perempuan di dalam gambar itu. Namanya Maria. Kawan lamanya ketika di sekolah menengah dulu. Mereka berjumpa kerana Joe. Joe yang menemukan mereka. Kiranya Joe bertindak sebagai ejen cari jodohnya. Tapi tak sangka blind date yang pertama dengan kawan lama sendiri. Jadi sudah pasti dia suka dengan keadaan itu. Sebab itu mereka kelihatan mesra dalam gambar.

“Izz!” Makin kuat suara Tan Sri Khalid.

Tak kan Joe yang hantar? Adakah ini bentuk bantuan yang Joe maksudkan itu? Baru semalam minta, hari ni dah dapat? Cepat betul Joe bertindak.

“Izz Anaqi! Dengar tak ni?!”

Izz tersentak. Wajah papanya yang nyata sedang dalam keadaan yang sangat marah itu di pandang. Dalam hati, dia sudah bersorak gembira. Inikah pengakhirannya? “Mana papa dapat gambar ni?”

Good question! Nak tahu dari mana papa dapat? Uncle Hisyam. Dia yang bagi papa. Dapat bayangkan tak muka papa bila dia tunjuk gambar ni. So, explain to me. Now!” Tegas Tan Sri Hisyam.

“Izz… tak ada apa nak cakap.”

Membuntang mata Tan Sri Khalid mendengarnya. “Tak ada apa nak cakap? Jadi semua ni betullah?”

Perlahan-lahan Izz mengangguk. Gambar ini memang betul. Cuma ia gambar lama.

“Eh, Izz ni tak malu ke? Sedar tak yang diri tu dah bertunang?”

“Izz terima kalau uncle Hisyam nak batalkan perkahwinan Izz dengan Nea,” kata Izz dengan nada kecewa. Ah, dia perlu berlakon sehabis baik di depan papa.

“Izz tak cintakan Nea ke? Senang-senang je nak batalkan perkahwinan. Kenapa teruk sangat perangai ni?”

Izz mengetap bibir. “Izz cinta Nea. Tapi Izz tak akan bela diri sebab memang Izz salah. Gambar ni betul. Lagipun Izz tahu yang uncle Hisyam nak yang terbaik untuk Nea. Dan jelas yang terbaik tu bukan Izz. Izz ada perempuan lain. Izz tak baik pa.”

I’m so disappointed with you,” luah Tan Sri Khalid.

I know.”

Tan Sri Khalid mengeluh keras. Walaupun kes Syafiq lebih teruk tapi perasaan marahnya dan Tan Sri Borhan sama saja ketika ini. Rasa mahu tekup muka anak ini dengan bantal. “Izz dah malukan papa. You know that?”

“Biar Izz jumpa uncle Hisyam. Minta maaf dari dia. Dan Izz terima apa juga keputusan uncle Hisyam,” ujar Izz.

“Ya, Izz patut terima sebab uncle Hisyam dan papa dah buat keputusan.”

Izz cuba untuk berlagak tenang di sebalik kegembiraan yang teramat sangat. Yes! This is it! “Apa keputusannya?”

“Bulan depan, tak kan ada majlis kahwin.”

“Izz dah agak dah.” Izz bersuara perlahan. Terima kasih Joe. Terima kasih!

“Tapi, minggu depan,” sambung Tan Sri Khalid.

Bulat mata Izz. Apa ni? Maknanya dia akan tetap kahwin dengan Nea? Majlis tak di batalkan tapi di cepatkan. Tolong katakana yang ini semua cuma mimpi. “Apa pa? minggu depan?”

Tan Sri Khalid mengangguk. “Ya. UncleHisyam anggap yang gambar ni di hantar untuk rosakkan hubungan Izz dengan Nea. Jadi sebab tu uncle Hisyam nak cepatkan perkahwinan kamu berdua. Dia tak mahu Izz dengan Nea berpisah hanya sebab gambar yang tak jelas ni.”

“Tapi Izz dah cakap kan yang gambar ni betul.”

“Cuma papa yang tahu gambar ni betul,” balas Tan Sri Khalid.

No. Izz akan terangkan pada uncle Hisyam perkara sebenarnya. Izz tak nak seksa Nea dengan perangai Izz.”

Try it. Izz memang suka malukan papa dengan cara macam ni kan?”

Izz terdiam. Turun naik nafasnya. What have you done Joe? Shit! “Izz bukan nak malukan papa. Tapi…”

“Tapi apa? You know what, papa dapat rasa ada yang tak kena dengan Izz. Nampak macam Izz tak pernah sayangkan Nea langsung.” Sejak tadi, dia musykil dengan tingkah Izz. Anaknya ini bagai terlalu mudah mahu membatalkan perkahwinannya. Tidakkah dia rasa mahu meminta maaf pada Nea dan berjanji untuk tidak mengulanginya lagi?

“Izz…” Izz mematikan kata. Mahu saja dia mengaku kebenarannya. Tapi Shasha? Argh! Shasha atau Nea? Mana satu yang harus dia pilih?

“Keputusan dah di buat. Minggu depan Izz akan kahwin dengan Nea.” Setelah itu, Tan Sri Khalid terus meninggalkan Izz di ruang tamu. Dia mahu naik dan berehat. Sakit kepala tiba-tiba datang menyerang.

Izz terduduk di atas sofa. Rambutnya di garu rimas. Joe!!! Pantas sahaja dia mengeluarkan iphone di dalam poket seluar sebelum segera menghubungi Joe. Lama dia menunggu sehinggalah panggilannya masuk ke dalam peti simpanan suara.

“Kau memang cari nahaslah Joe,” bentaknya.

Seketika, nombor Faiz pula di hubungi. Apabila panggilannya bersambut, terus sahaja dia bertanyakan keberadaan Joe. “Joe mana?”

“Tak tahu. Kau tak call dia ke?”

“Dah. Tapi tak jawab.”

Maybe kat hospital kot. Jangan-jangan wife dia dah bersalin. Kan Joe ada bagitahu yang due Mira dalam minggu ni.

Izz mendengus. Selagi tidak dapat bercakap dengan Joe, selagi itulah hatinya tidak tenang. “Nanti kalau dia call kau atau kau jumpa dia, terus inform aku. Urgent!”

“Tapi kenapa kau cari dia?”

“Betul nak tahu sebab apa?”

“Yalah,” balas Faiz.

“Aku nak bunuh mamat tu.” Setelah itu, Izz segera mematikan talian. Gambar-gambar di atas meja itu di kumpul dan di bawa naik bersamanya ke tingkat atas. Gambar-gambar itu mahu di baling ke muka Joe. Kerana gambar itu, masa depannya jadi gelap gelita.

Tiba-tiba, I phone miliknya berbunyi. Ada satu mesej yang masuk.

-Joe dah jadi daddy. Baby girl.

Itu mesej dari Faiz. Ya, tahniah untuk Joe. Tapi takziah untuknya. “Tak apa. Hari ni, aku lepaskan kau. Tapi esok belum tentu.”

Beberapa ketika, ada satu lagi mesej yang masuk. Gambar anak Joe. Tidak semena-mena hilang marahnya untuk seketika. Comel! Sebiji muka Joe.

Previous: Bab 17
Next: Bab 19

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Hanan Rahman