Izz berdehem dua tiga
kali. Tapi papanya masih buat tidak tahu. Tetap sahaja memfokuskan pandangan
pada akhbar di tangan. Semoga papa akan menerima alasannya ini. Kalau tidak,
harapannya memang tipis untuk tidak berkahwin dengan Nea. Kalau sampai itu
terjadi, entah macam mana warna dunianya selepas ini. Masih warna-warnikah?
Atau akan gelap gelita? “Pa...”
“Hmm…”
“Err…
minggu depan Izz tunang kan?”
“Yalah.
Kenapa? Nak cepatkan lagi?”
Izz
tersenyum kelat. Nak cepatkan? Nak batalkan adalah! “Eh bukan. Izz cuma nak…
nak…”
“Nak
apa?”
“Nak…
nak minta tangguh. Boleh tak?”
“Tangguh?
Tak. Mama tak setuju.”
Izz
terkejut, pantas dia mengangkat wajah. Mama? Aik, sejak bila pula berani
bersuara? Dan kelihatannya Tan Sri Khalid juga buat muka terkejut.
“Mama…”
“Izz jangan nak buat gila. Semua
barang hantaran mama dah beli. Tinggal cincin tunang je tak ada lagi. Jadi tak
ada sebab kamu nak tangguh.”
“Tapi ma, Izz belum nak tunang.”
“Tak
ada, tak ada. Minggu depan, Izz tetap akan bertunang dengan Nea. Ingat, jangan
nak lari pula. Tapi kalau nak lari juga, ikut sukalah. Yang nak sarung cincin
dekat jari manis Nea tu mama. Jadi kamu ada atau tak ada, tak jadi masalah
langsung,” kata puan sri Fatimah sambil meletakkan bekas berisi nasi goreng di
atas meja.
“Tak
ada kompromi ke ma?”
Namun
Puan Sri Fatimah sudah berlalu ke dapur. Izz memicit tengkuknya. Kemudian Tan Sri
Khalid di pandang. “Pa…”
“Nampaknya
kali ni, Izz kena pujuk mama. Bukan papa. Yalah, papa pun terkejut bila mama
cakap macam tu. Mama betul-betul nak menantulah tu,” kata Tan Sri Khalid sambil
tersengih.
Izz
meraup wajahnya. Pasti susah mahu memujuk mama yang nampak bersungguh-sungguh
itu.
***
“Sekali lagi Nea minta benda mengarut
ni, esok juga papa kahwinkan Nea dengan Izz. Faham?” Tegas Tan Sri Hisyam.
Nea
tergamam. “Pa, Nea bukan minta banyak pun. Nea…”
“Sampai
bila nak bantah cakap papa ni?”
“Bukan bantah cuma…”
“Enough! Jadi orang, biar tahu bersyukur.
Dah elok-elok ada yang nak, minta tangguh. Nanti kalau tak ada yang nak, Nea
nak jadi apa? Andartu? Tak malu ke?”
Perbualannya
bersama Tan Sri Hisyam sebentar tadi kembali bermain-main di kotak fikiran.
Tanpa sedar, setitik air matanya mula mengalir lewat celah mata. Salahnya!
Kenapa berani sangat? Sia-sia saja dia di herdik. Papa kata dia tidak tahu
bersyukur. Dulu dia menolak Amir. Sekarang Izz pula. Tapi dia bukannya mahu
membatalkan terus. Hanya mahu menangguhkan sahaja. Agaknya kalau dia minta Tan
Sri Hisyam membatalkan pertunangan ini, entah apa yang akan jadi. Dia tidak
berani mahu mengandaikan apa-apa.
“Nasib
kaulah Nea. Kena bertunang dengan orang yang kau tak cinta,” keluhnya perlahan.
Akhirnya,
Nea menghempaskan tubuhnya di atas katil. Tidak sangka lelaki yang paling di
benci sejak dari universiti lagi akan menjadi tunangannya. Ah! Dia yang mencari
penyakit. Terlepas dari Amir tapi terikat seumur hidup dengan Izz. Pujuk papa
lagi? Memang dia tak mahulah. Ugutan papa itu bukannya saja-saja. Tidak
pasal-pasal esok dia jadi isteri yang sah pula buat Izz. Itu bukan tangguh tapi
makin cepat pula.
“Izz
Anaqi…” Nama Izz di sebut sebelum dia mula memejamkan mata. Alangkah baiknya
jika ini semua cuma mimpi.
***
Perlahan-lahan
Izz mendekati Puan Sri Fatimah yang sedang sibuk di dapur. Tangan di tadah dan
doa di baca agar mamanya akan berlembut hati. Setelah itu, doa pun di aminkan.
“Hai ma.”
“Nak apa ni?” Tanya Puan Sri Fatimah
tanpa berpaling.
Izz
diam. Ketara sangatkah yang dia mahukan sesuatu? “Err… mama sibuk ke?”
“Izz kalau ada benda nak cakap,
cakap je. Mama bukan tak kenal Izz. Tak payah nak basa-basi macam ni.”
“Oh, okey. Maknanya Izz boleh cakap
teruslah kan? Great! Macam ni, Izz
nak minta tangguh majlis tunang tu. Boleh tak?”
“Tak
habis-habis lagi ke? Semalam minta tangguh, hari ni minta tangguh.”
Izz
tersengih. Kalau boleh, hari-hari dia minta tangguh sampai mama bosan dan mahu
mengikut permintaannya. “Boleh tangguh ke?”
“Tak
boleh!”
“Tapi
ma, Izz tak ready lagi. Kalau baru
tunang pun Izz tak sedia, macam mana nak jadi suami? Betul tak?”
Puan
sri Fatimah berpaling. “Sebab tu kena sediakan diri. Kalau tak cuba, bila nak
sedia?”
“Ma,
Izz cuma nak minta tangguh je. Bukan batalkan terus.”
“Sekarang
memanglah nak minta tangguh. Tapi kalau asyik tangguh je, lama-lama boleh tak
jadi tau,” kata Puan Sri Fatimah.
Izz
menggaru kepalanya. Mama macam tahu-tahu saja apa yang ada di dalam fikirannya.
Cadangnya memang mahu menangguhkan dahulu. Nanti kalau sudah tertangguh lama,
kemungkinan untuk pertunangan ini tidak akan terjadi pasti ada. “Dulu masa papa
sibuk nak jodohkan Izz dengan Shasha, mama tak macam ni pun.”
“Sebab
dulu Izz tak cintakan Shasha. Tapi yang ni, Izz cintakan Nea. Jadi mama tak
naklah Iz tangguh-tangguh. Apa yang kita buat ni perkara yang elok. Lagipun Izz
tak takut ke Nea tu kena kebas dengan lelaki lain? Nea tu cantik tau.”
“Buat
apa nak takut?”
Puan
Sri Fatimah tergeleng-geleng. “Jangan cakap besar. Nanti bila betul-betul jadi,
jangan sampai awak tu frust
menonggeng depan mama sudahlah. Masa tu nanti, mama akan ingatkan apa yang Izz
cakap masa ni.”
Izz mencebik. Tak mungkin dia akan frust menonggeng. Lebih-lebih pula mama
ni. Dengan hati hampa, dia melangkah menuju ke ruang tamu. Iphone di poket
seluar di keluarkan. Dia mahu tahu perkembangan dari sebelah Nea pula.
Harap-harap adalah berita baik. Tapi setelah banyak kali mencuba, dia mengetap
bibir. Tiada satu pun yang panggilannya yang bersambut.
“Mana
pula si langsuir ni?”
Apabila
dia mendail lagi, bunyi simpanan suara pula kedengaran. “Eh, dia off handphone pula. Memang nak kena
dengan aku dia ni.”
Setelah
itu, iphone di hempas ke atas sofa. Sakit pula hatinya memikirkan Nea.
“Ha,
Izz. Esok jangan lupa pergi beli cincin dengan Nea,” pesan Puan Sri Fatimah
yang tiba-tiba saja sudah ada di situ.
Izz
mendengus. “Malaslah ma.”
“Kalau
nak pergi beli untuk Shasha pun boleh juga,” ujar Puan Sri Fatimah lagi.
“Bergurau
pula mama ni,” balas Izz sebal.
Puan
Sri Fatimah ketawa kecil. Tidak suka benar Izz pada Shasha. Dia pula? Shasha
atau Nea, sama saja. Dia terima siapa juga yang jadi menantunya. “Jangan lupa
pesan dekat Nea.”
“Iya
ma…” jawab Izz malas.