Izz
mengerling
Nea yang duduk di sebelahnya. Kelihatannya gadis itu tunduk sahaja dari tadi.
Langsung tidak mengangkat wajah walau seinci. Sudahnya dia yang menjadi
sasaran. Belum sempat mahu menjawab satu soalan, di tanya pula soalan yang
lain. Sakit sungguh hatinya. Dia yang sedang dalam kesusahan ini, langsung
tidak mahu di bantu. Bukankah mereka sama-sama menipu? Jadi akibatnya juga mesti di
tanggung bersama.
“Dah
berapa lama Izz dengan Nea?” Tanya Tan Sri Khalid entah untuk yang ke berapa
kali. Izz sengaja tidak mahu menjawab agaknya. Mungkin takut walaupun kebenaran
sudah terbongkar.
“Err…”
sekali lagi Nea di kerling mengharapkan bantuan bakal di beri. Tapi hampa. Izz
mendengus. “Dah dua bulan,” jawabnya.
“Dua
bulan? Kenapa tak pernah bagitahu papa?”
“Belum
masanya,” jawab Izz. Kalau tunggu masa, memang tidak akan pernah di ceritakan
pada papanya dan juga Tan Sri Hisyam. Tapi tidak tahu pula ada mulut-mulut yang
terlebih laju yang mengkhabarkan berita ini.
Tan
Sri Khalid mengeluh perlahan. “Izz nak papa jadi ayah yang pentingkan diri
agaknya.”
“Maksud
papa?”
“Yalah.
Papa ikutkan kehendak hati dan abaikan perasaan anak sendiri. Bayangkan kalau
papa dah pergi merisik Shasha. Kesian Nea. Mesti dia sedih.”
Izz
tersenyum hambar. Seketika, dia mengalihkan pandangan ke arah Tan Sri Hisyam
yang duduk di sebelah papanya. Kelihatannya papa Nea itu berwajah tegang.
Patutlah Nea tidak berani angkat muka.
“Nea
cintakan Izz?” Giliran Tan Sri Hisyam pula yang bertanya.
Nea
kaku. Tidak berani mahu mengangkat wajah. Nanti di kata tak cinta, lebih baik
dia tidak payah menipu. Di kata cinta, menipu pula. Tapi pilihanya hanya menipu
saat ini. Lalu perlahan-lahan dia mengangguk.
Tan
Sri Hisyam berdehem. “Nea nak kahwin dengan Izz?”
Laju
Nea mengangkat kepalanya. Soalan itu, soalan cepumas! Memang tak lah dia mahu
berkahwin dengan Izz. Tapi bukankah pasangan yang bercinta mahu hubungan kekal
hingga ke gerbang perkahwinan? Dia tidak normal jika kata tidak mahu berkahwin
dengan orang yang di cintai.
“Kenapa
tak jawab?”
“Nea…
Nea…” Nea tergagap-gagap. Di pandangnya wajah Izz namun lelaki itu hanya buat
tidak tahu. Nak balas dendamlah tu!
“Izz
nak kahwin dengan Nea?” Tan Sri Khalid bertanya soalan yang sama pada Izz.
Mungkin Nea malu mahu menjawab secara terang-terangan.
“Hah?”
Izz terpinga-pinga. Dia pula yang kena?
Nea
tersenyum sinis bila Izz juga tidak punya jawapan. Padan muka! Ingat senang nak
jawab soalan tu?
Tan
Sri Hisyam dan Tan Sri Khalid berpandangan sesama sendiri sebelum kembali
memandang ke hadapan.
“Kalau
Nea tak nak kahwin dengan Izz, Nea kahwin dengan Amir,” kata Tan Sri Hisyam.
“Tapi
pa…”
“Keputusan
papa muktamad!”
Tan
Sri Khalid memandang wajah anaknya. “Izz pun sama. Kalau tak nak kahwin dengan
Nea, Izz kahwin dengan Shasha.”
Izz
tersentak. Macam tiada perkataan lain lagi yang ada di dalam kepala papanya.
Kahwin, kahwin dan kahwin! “Pa, Izz dengan Nea baru je bercinta. Tak kan dah
nak kahwin?”
“Then, kahwinlah dengan Shasha.”
“Papa
memang tak bagi Izz pilihan langsung kan?” Izz seakan-akan kecewa dengan
keputusan Tan Sri Khalid. Kalau dia betul cintakan Nea, keputusan ini adalah
yang paling mengembirakan untuknya. Tapi masalahnya, tidak! Kalau Shasha dia
tak mahu, Nea juga dia tak sudi.
“Tak
ada salahnya kahwin walaupun baru bercinta. Kami restu dan kami izinkan,” kata
Tan Sri Hisyam pula.
Izz
dan Nea tidak mampu berkata apa-apa. Salah siapa semua ini jadi makin rumit?
Salah Nea? Ya! Salah Izz? Juga ya! Jadi mereka berdua sama-sama salah!
***
Nea yang berjalan di belakang Izz terkejut
bila dia merempuh badan Izz yang tiba-tiba berdiri tegak di hadapannya. Entah
bila lelaki itu berpaling dia tidak sedar. Fikirannya sangat kusut ketika ini.
“Kau ni kenapa?”
“Kau
tanya aku kenapa? Jangan buat lawaklah Nea,” sindir Izz.
“Benda
dah nak jadi. Kau nak aku buat apa?”
“Benda
ni tak kan jadi kalau kau tak tipu Amir. Semua ni salah kau!”
Nea
mengetap bibir. Kemarahnnya mula naik. “Salah aku? Seorang?”
“Yalah!”
“Habis
tu kau tak salah? Kalau kau tak mengaku dekat Shasha, penipuan ni tak kan
menjadi. Faham tak? Jadi jangan nak salahkan aku.”
Izz
meraup wajahnya. Nyata dia tidak boleh menerima keputusan ini. “Aku makin benci
dengan kau.”
“Bencilah!
Aku tak kisah. Dan aku tak peduli langsung,” balas Nea sebelum mula mengatur
langkah. Namun lengannya pantas di paut Izz. “Apa ni?”
“No matter what, kau kena suruh uncle Hisyam batalkan idea gila untuk
kahwinkan kita,” kata Izz selajur melepaskan pautan tangannya.
“Dan
kau pun patut cakap benda yang sama pada uncle
Khalid.”
Izz
mengecilkan matanya. “Kau tak payah suruh pun aku akan buat. Aku lebih rela tak
kahwin sampai tua dari kena kahwin dengan langsuir macam kau.”
“Ingat
aku nak ke kahwin dengan tenuk?”
“Mulut
kau ni. Hesy! Rasa macam nak…” Pantas Izz mengangkat tangannya seolah-olah mahu
menampar mulut Nea.
“Izz!
Nak buat apa tu?”
Izz
dan Nea segera menoleh. Tan Sri Khalid! Tan Sri Hisyam!
“Papa…”
Izz mengetap bibir. Sangkanya papanya dan papa Nea itu masih berada di dalam
restoran. Tahu-tahu sudah terpacak di sini.
“Jangan
kata dekat papa yang Izz nak…”
“Eh,
tak adalah papa. Izz dengan Nea… bergurau. Kita orang memang selalu gurau macam
tu. Kan sayang?” Izz memandang wajah Nea dengan senyuman.
Nea
senyum paksa. Ada hati nak lempang aku? Siap kau lepas ni.
“Baguslah
kalau betul. Ingat. Uncle Hisyam ada
kat sebelah papa. Kalau Izz nak apa-apakan Nea, papa tak masuk campur kalau
tangan uncle Hisyam pula yang naik
dekat pipi Izz,” kata Tan Sri Khalid.
Izz
menelan liur. “Tak… tak adalah.”
Tan
Sri Hisyam tergeleng-geleng. Geli hati melihat tingkah Izz yang nampak sangat
cuak itu. Tanpa menunggu lama, dia dan Tan Sri Khalid beredar dari situ.
Izz
menarik nafas lega. “Nasib baik,” ujarnya sambil mengurut dada.
“Baik
untuk tadi, tapi bukan untuk yang ni,” kata Nea.
“Kau
merepek apa ni?”
Nea
tersengih sebelum menendang kaki Izz. “Itu balasan sebab kau naik tangan dekat
aku.” Setelah itu, laju Nea melangkah menuju ke keretanya.
Izz
terhencut-hencut. “Hoi! Aku naik tangan je lah. Bukan sakit pun,” jeritnya. Tidak
lama dia mendengus. Dia memang selalu kalah dengan tendangan Nea. Memalukan!