Home Novel Cinta Cinta Yang Tertukar
Cinta Yang Tertukar
Hanan Rahman
25/5/2015 15:13:01
135,004
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 5

“Abang dah fikir masak-masak ke ni?” Tanya Puan Sri Fatimah. Risau pula dia dengan keputusan yang di buat oleh suaminya ini. Dulu soal ini langsung tidak pernah timbul. Tapi sekarang, lain pula jadinya. Mahu kata suaminya sudah penat menunggu, mungkin juga. Yalah, dia sendiri juga susah penat menunggu mennatu yang tidak kunjung tiba. Tapi baginya semua ini terlalu tiba-tiba.

“Dah. Abang rasa ini yang terbaik untuk Izz,” jawab Tan Sri Khalid.

“Tapi saya tak naklah abang buat keputusan ni sebab Hisyam. Ini soal masa depan anak kita,” kata Puan Sri fatimah lagi. Walaupun dia agak suka, tapi perasaan anaknya tetap menjadi keutamaan. Kalau anaknya tidak gembira, tentulah dia juga akan turut berperasaan yang sama.

Tan Sri Khalid mengeluh perlahan. “Jangan risaulah sayang. Saya tahu Izz tak kan bantah.”

“Tapi bang…”

“Mama dengan papa bincang pasal apa ni? Nampak macam serius je,” tegur Izz.

Tan Sri Khalid dan Puan Sri Fatimah mengangkat wajah. Izz! Memang tepat pada masanya.

“Duduk dulu Izz. Papa ada benda nak cakap,” ujar Tan Sri Khalid.

Puan Sri Fatimah mengetap bibir. Bila suaminya sudah buat keputusan, tiada siapa yang boleh membantah. Jadi apa lagi yang boleh dia lakukan selain tunggu dan lihat.

“Kenapa pa?” Tanya Izz lalu duduk di atas sofa. Sebenarnya dia mahu terus naik dan membersihkan diri. Rasa melekit badannya akibat seharian berada di tapak projek terasa sungguh melemaskan.

“Izz dah ada calon isteri nak bawa jumpa papa?”

Izz tersentak. Jujur sungguh pertanyaan papa. Dan dia pula, mampukah menjawab dengan jujur. Mahu kata tidak ada, Shasha sudah awal-awal lagi mengaku di hadapan Tan Sri Khalid dan Puan Sri Fatimah yang kononnya mereka ini pasangan kekasih. Mahu kata ada, itu menipu namanya. “Tak ada lagilah pa. Tapi kenapa papa tiba-tiba tanya pasal calon isteri ni? Sebelum ni tak pernah pun.”

“Jadi maknanya Izz tak serius dengan Shasha?” Soal Tan Sri Khalid. Janganlah anaknya ini hanya berniat mahu mempermainkan Shasha. Malu dia nanti pada Tan Sri Borhan. Dan silap-silap mereka boleh putus hubungan. Bukan saja sebagai rakan dalam perniagaan, tapi putus hubungan kekeluargaan yang ada. Walaupun bukan saudara dekat, tapi dia dan Tan Sri Borhan ada bau-bau bacang.

“Pa, kita orang cuma kawan. Shasha tu je yang lebih-lebih. Padahal dia tahu yang Izz tak suka dia,” jawab Izz. Lantaklah papa mahu percaya atau tidak. Yang penting, dia sudah memberitahu kebenaran yang nyata.

“Kalau macam tu, Izz kena terima pilihan papa ni. Suka atau tak, Izz tak boleh bantah. Ini arahan dari papa.”

“Apa maksud papa ni? Izz tak faham. Arahan apa?”

“Semua jawapan ada kat dalam ni,” balas Tan Sri Borhan.

Izz mengerutkan dahi. “Jawapan?” Sekeping sampul surat yang di letakkan Tan Sri Hisyam di atas meja di capai.

“Bakal isteri Izz,” jawab Tan Sri Khalid sebelum terus bangun dan berlalu dari situ.

“Apa? Pa… papa…” Namun panggilan Izz hanya sia-sia bila Tan Sri Khalid tidak lagi kelihatan di situ. Lantas dia berkalih pandang pada Puan Sri Fatimah. Dia mahukan penjelasan yang kukuh. Dan mungkin meminta sedikit bantuan agar mamanya mahu memujuk Tan Sri Khalid untuk membatalkan niatnya.

“Ma…”

Namun Puan sri Fatimah hanya mampu menggelengkan kepala. Dia sendiri bingung dengan semua ini. Jadi bagaimana dia mahu membantu?

Reaksi yang di terima dari mamanya sungguh mengecewakan. Lantas di tarik isi di dalam sampul itu. Sungguh dia tidak sabar mahu tahu ‘taste’ menantu yang di inginkan oleh Tan Sri Khalid. Dan apabila matanya tertancap pada sekeping gambar bersaiz 3R itu, Izz terkebil-kebil. Dia?? “What theMa… papa tu nak seksa Izz ke?”

“Janganlah cakap macam tu. Tak ada ayah yang nak seksa anak sendiri,” bidas Puan Sri Fatimah.

“Habis tu ni bukan seksa?” Terus Izz menunjuk gambar yang berada di tangannya pada Puan Sri Fatimah.

Puan sri Fatimah memandang sekilas ke arah gambar itu. Dia sudah sedia maklum tentangnya. Tapi itulah. Dia mahu jadi isteri yang taat pada suami. Dia yakin suaminya pasti lebih arif tentang apa yang di lakukannya. “Anggap yang ini memang jodoh Izz. Semuanya pasti ada hikmah.”

Bercakap soal hikmah, Izz terus terdiam. Ya, pasti ada hikmah di sebalik semua ini. Tapi mungkin tidak semudah itu dia akan pasrah dan menerima bulat-bulat arahan dari papa ini. Baginya, semua ini terlalu berat untuknya.

***

Nea terkocoh-kocoh mendekati pintu restoran. Setelah itu, rambut dan bajunya di kemas-kemaskan. Memang haru kalau dia lambat. Papanya seorang yang sangat punctual. Sebab itu papa sangat anti dengan orang-orang seperti dirinya. Selalu sangat tidak menepati masa. Mana papa tak bengang. Bukan dia tidak pernah mencuba untuk menajdi seorang yang punctual, tapi dia seringkali gagal. Seketika, dia mengerling jam di tangan. Mujur! Tidak lebih dan tidak kurang. Dia sampai tepat pukul 1.15 minit tengah hari.

“Assalamualaikum pa,” sapanya setelah menghampiri meja Tan Sri Hisyam.

“Waalaikumsalam. Duduklah,” pelawa Tan Sri Hisyam. Ketika itu dia sedang sibuk dengan telefon di tangan.

Nea menarik kerusi di hadapan Tan Sri Hisyam. Walaupun sedikit pelik dengan pertemuan yang tiba-tiba ini, dia tidak dapat menafikan yang dia sangat gembira. Tan Sri Hisyam jarang sekali mahu mengajaknya makan di luar. Angap sahaja ini perubahan positif dalam diri papanya. “Papa dah lama sampai?”

Tan Sri Hisyam meletakkan telefonnya di atas meja. Setelah itu, dia melihat jam di tangan. Lagaknya seperti sedang menunggu seseorang. “Baru je.”

“Apa kata hari ni Nea belanja. Yalah, Nea tak pernah belanja papa. Papa cakap je papa nak makan apa,” ujar Nea. Inilah masanya dia mahu berbaik-baik dengan Tan Sri Hisyam.

“Tak apa. Papa tak lama kat sini.”

“Papa tak nak makan ke?”

“Papa makan dengan uncle Khalid je.”

Nea berjauh hati. Papa tak sudi makan dengan aku agaknya. “Habis tu Nea nak makan dengan siapa?”

Sorry uncle. I’m late,” kata satu suara.

Pantas Nea dan Tan Sri Hisyam mendongak. Tidak lama Nea terkedu bila pemuda itu melebarkan senyuman ke arahnya.

“It’s okay. Come, have a sit,” ajak Tan Sri Hisyam mesra. Dia kemudian berdiri dan memberi laluan kepada pemuda itu untuk duduk di tempatnya. “Kamu berdua berbuallah. Uncle tak nak kacau. Nea, behave yourself. Ini bakal suami Nea tau.” Setelah itu, Tan Sri Hisyam terus berlalu. Meninggalkan Nea dalam keadaan terpinga-pinga.

Are you okay?” Tanya pemuda itu.

I’m not okay! Nea membentak dalam hati. Bakal suami? Sejak bila dia bersetuju untuk berkahwin? Papa buat hal lagi! Baru dia rasa mahu berbaik dengan papa, muncul pula perkara yang tidak terduga seperti ini. Terasa kini dia seperti boneka bernyawa pula.

It’s a plesure to see you again Nea Khairina.”

Nea tersenyum hambar. Ah, lelaki inikah yang papa mahu jadikan menantu? Tak mungkin! Walaupun dia bukanlah seorang yang terlalu memilih, tapi lelaki ini jauh dari citarasanya. Di beri percuma pun, belum tentu dia mahu. “I don’t like to see you again.”

How can you said that when I’m here for you, my future wife," ujar pemuda itu dengan lirikan mata dan senyuman menggoda khas buat Nea seorang. 

Previous: Bab 4
Next: Bab 6

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Hanan Rahman