Home Novel Cinta Cinta Yang Tertukar
Cinta Yang Tertukar
Hanan Rahman
25/5/2015 15:13:01
135,003
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 21

Dengan sekali lafaz, Nea sah bergelar isteri kepada Izz. Menitis air matanya saat itu. Izz pula nampak tenang. Usai mengaminkan doa, Izz berlalu sebentar untuk menunaikan solat sunat. Setelah itu,dia mula mendekati Nea yang sedang duduk di atas pelamin yang di hiasi bunga mawar segar berwarna putih. Nampak cantik dan indah. Sama seperti wajah Nea. Cantik dan indah. Itu persepsi Izz apabila melihat wajah Nea yang manis bertudung.

Semalam, dia sudah bertekad untuk tidak memandang walau seinci pun wajah Nea sehinggalah selesai dia melafazkan akad. Dia takut tidak dapat menerima hakikat. Tapi saat dia menyarungkan cincin di jari manis Nea, saat Nea mengucup lembut tangannya dan saat dia memegang dagu Nea, semuanya berubah. Walau apa pun perasaannya ketika ini, ia pasti tidak akan sama jika yang di hadapannya ini bukan Nea. Dan rasanya tiada siapa yang boleh menggantikan tempat Nea sebagai isterinya.

Anak mata Nea di renung. Walaupun tidak tahu apa yang ada di dalam hati gadis itu, namun renungan mata Nea cukup menenangkan. Perlahan-lahan dahi Nea dikucup lembut. Pantas Nea menggenggam erat tangannya. Terasa seolah-olah ada satu perasaan yang mengalir deras di setiap salur darahnya. Dia jadi kaku seketika.

“Nea!”

Nea tersentak. Terus di pandang wajah Zana dan Nadra yang sudah tercegat di hadapannya. Hilang segala bayangan waktu dahinya di kucup Izz tidak lama tadi.

“Dah berangan suasana dalam bilik ke?” Usik Nadra.

Bulat mata Nea. “Kau memang tak sayang mulut,” marahnya.

Mengekek ketawa Nadra. “Tak payahlah nak marah-marah. Kau kan pengantin baru.”

“Tahniah Nea. Tak sangka kau yang kahwin dulu. Ingatkan minah sebelah aku ni,” kata Zana. Dulu, Nadralah yang mahu kahwin awal. Tapi kenyataannya tidak seperti itu. Belum sampai jodoh.

Nea tersenyum. “Thanks Zana.”

“Kau tak happy ke?” Tanya Nadra.

Zana mengetap bibir. “Perlu ke kau tanya soalan macam tu?”

Nadra mengangguk. “Sangat perlu. Zana, tengoklah muka dia. Tak macam pengantin baru.”

Nea mengeluh perlahan. “Honestly, aku memang tak happy. Yalah, siapa yang happy bila kena kahwin dengan lelaki yang kita tak cinta.”

“Insya-Allah dia okey,” pujuk Zana.

“Entahlah Zana. Aku tak boleh nak fikir macam mana kehidupan aku lepas ni.”

Zana memeluk bahu Nea. “Aku tahu kau boleh lalui. Izz dah jadi suami kau pun. Nak tak nak kau kena terima. Dia jodoh yang Allah dah atur untuk kau. Jadi dia yang terbaik.”

Nea tersenyum cuma. Dia tidak tahu kata-kata yang sesuai untuk membalas ucapan Zana itu.

Babe, dia orang tu semua kawan-kawan laki kau ke?” Tanya Nadra penuh minta.

“Tak payahlah sebut laki. Aku geli,” balas Nea.

“yalah, yalah. Tapi jawablah soalan aku. Tu kawan-kawan Izz ke?”

Nea mengerling sedikit ke arah Izz yang berada tidak jauh dari tempat mereka berdiri. “Hmm…”

“Handsomenya Nea. Kenapa kau tak pernah bagitahu aku yang Izz ada kawan-kawan yang handsome?”

Zana mencebik. “Dah mula dah…”

Nadra menjelirkan lidah. “Jealous! Tapi kan Nea, antara dia orang semua Izz tetap paling handsome. Jadi itu maknanya, kau bertuah sebab dapat Izz.”

Nea memandang ke arah Izz. Handsome? Entahlah. Mungkin handsome. Sebenarnya, Izz memiliki ciri-ciri lelaki idamannya. Ada tahi lalat di bawah mata. Baginya ia satu penarik yang sukar untuk di gambarkan dengan kata-kata. Tapi sayangnya, lelaki itu Izz. Dan tiada lagi lelaki lain yang di jumpainya selain Izz yang ada tahi lalat di bawah mata. Memang mustahil tapi itulah kebenaran. Tapi walaupun Izz bukan lelaki yang dia harapkan, kadang-kadang matanya tidak tahan dengan godaan. Tetap juga mahu mencuri pandang ke wajah Izz walaupun cuma sebentar.

Namun dia tersentak bila Izz membalas pandangannya. Kalut dia berpaling. Jantungnya berdegup laju lantas menerbitkan peluh dingin di dahinya.

Izz ters engih. “Nea… Nea…”

“Dah lah tu. Nanti malam kau tengoklah puas-puas,” perli Joe.

Izz menoleh. “Kau merepek apa ni?”

Joe ketawa. “Malam nanti, kau tahulah yang aku tak merepek.”

“Aku rasa kau kena dengar cakap Joe. Expert tu,” sampuk Faiz.

Izz hanya mendengus. Makin di layan, makin sakit hatinya.

“Shasha…” kata Afif tiba-tiba

“Shasha? Kau demam ke? Dia tak adalah,” ujar Faiz.

“Dia ada. Dan… dia nampak lain.”

Faiz mengerutkan dahi. “Kau okey tak ni? Risau aku. Shasha yang frust tapi kau yang biul? Pelik!”

Izz dan Joe tersenyum geli hati. Mereka juga tidak nampak Shasha dari tadi. Hanya kedua orang tuanya saja yang datang.

Afif menyiku lengan Faiz. “Biul apanya? Tu Shasha datang sini.”

Pantas mereka bertiga memandang ke arah yang di maksudkan oleh Afif. Dan sekelip mata saja mereka bagaikan terpaku.

“Err… kita orang keluar dulu. Kau sembanglah dengan Shasha,” kata Joe sebelum cepat-cepat mereka bertiga berlalu dari situ.

Izz masih terpaku. Terasa seperti mimpi. Tapi bukan. Ini bukan mimpi tapi kenyataan.

“Kenapa tengok I macam tu? Muka I dah jadi macam mak lampir ke?”

“Eh tak. Hmm… youyou pakai tudung.”

Shasha tersenyum kelat. “saja. Manalah tahu Nea lari. Boleh I ganti tempat dia.”

Sebenarnya dia tidak mahu datang ke majlis pernikahan Izz. Takut dia akan terus jadi gila apabila melihat Izz mengucup dahi orang lain selain dirinya. Tapi entah kenapa di saat akhir dia tidak dapat membendung rasa untuk datang ke sini. Rasanya begitu membuak-buak. Baju kurung di sarung ke tubuh. Dia mahu berdandan cantik-cantik. Biar hilang seri pengantin Nea di telan oleh kejelitaannya. Tapi sayangnya, rambutnya kejung. Pengering rambutnya pula rosak. Mahu tidak mahu, terpaksa juga dia meminjam selendang panjang milik Aisya, anak pembantu rumahnya. Dia sudah tiada pilihan. Mula-mula pakai, dia main lilit sahaja. Mujur Aisya membantunya untuk memakai dengan lebih cantik dan kemas.

Izz tergelak. “Tapi sayangnya, Nea tak lari.”

“Memanglah dia tak lari. Dia takut you akan balik pada I.”

“I tak sangka you datang.”

“I pun tak sangka yang I akan datang sini hari ni. Anyway, tahniah sebab dah kahwin walaupun bukan dengan I,” kata Shahsa.

Thanks. I harap you akan jumpa lelaki yang lebih baik.”

I hope so. Okeylah, I balik dulu. Lama-lama kat sini pun buat sakit hati je.”

“Err… Sha…”

Shasha berpaling. “Kenapa?”

Izz menapak sedikit. “You nampak cantik pakai tudung.”

You cakap apa?”

“I cakap you nampak cantik pakai tudung”

Terus Shasha memegang pipinya. Sama ada dia mahu percaya atau tidak, ini kali pertama Izz memujinya cantik. Rupanya tidak sia-sia dia datang ke sini. Walaupun hatinya sakit, tapi penawarnya lebih besar dari rasa sakitnya. “Izz kata aku cantik?”

Izz yang sedang berjalan sambil membelakanginya itu terasa mahu dipeluk. Tapi sebaik saja melihat Izz memaut pinggang Nea, hasratnya terus mati. Dari mahu di peluk, rasa mahu di bunuh pula Izz ketika ini. Bencinya!

Previous: Bab 20
Next: Bab 22

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Hanan Rahman