Home Novel Cinta Cinta Yang Tertukar
Cinta Yang Tertukar
Hanan Rahman
25/5/2015 15:13:01
135,075
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 20

Nea mematikan hasratnya untuk masuk ke dalam rumah apabila terlihat Tan Sri Hisyam sedang duduk di atas sebuah bangku di halaman rumah sambil memegang tab. Beg kerja di pegang erat. Kekuatan cuba di raih sebelum dia menapak mendekati papanya. Banyak perkara yang dia mahu tahu. Banyak perkara yang dia mahu luahkan. Dan rasanya inilah masa yang paling tepat. “Pa. Nea nak cakap sikit boleh?”

“Nak minta tangguh majlis kahwin lagi?” Tanya Tan Sri Hisyam tanpa mengangkat wajah.

Nea mengetap bibir. “Tak. Bukan tu.”

Then?”

Perlahan-lahan Nea duduk di atas bangku yang bertentangan dengan Tan Sri Hisyam. “Kenapa papa cepatkan perkahwinan Nea dengan Izz?” Tanyanya. Sepatutnya dia bertanya lebih awal. Tapi saat Tan Sri Hisyam memberitahunya akan hal itu, otaknya jadi tepu. Langsung tidak boleh berfikir yang lain kerana dia terlalu marah dengan Izz. Lelaki itu sudah berjanji akan melakukan sesuatu. Tapi hasilnya sungguh mengecewakan. Lantaran itu, terus saja dia menyerang Izz semalam.

“Benda baik. Memang patut kita cepatkan,” jawab Tan Sri Hisyam tanpa mahu mendedahkan hal sebenar. Dia tidak mahu Nea percaya dengan gambar-gambar ‘sampah’ itu. Mujur juga gambar itu di berikan padanya. Bukan Nea.

“Papa yakin ke Izz boleh bahagiakan Nea?”

Tan Sri Hisyam meletakkan tab di atas meja. Wajah Nea di pandang. “Of course. Papa percaya Izz sama macam papa percaya Amir.”

Nea tersenyum sinis. “Habis tu kalau Nea tanya mana yang lebih baik untuk Nea, papa rasa papa pilih siapa? Tak kan Nea nak kahwin dua.”

What are you trying to say? Nea kena ingat. Bukan papa yang pilih Izz tapi Nea. So, sama ada Izz baik untuk Nea atau tak, Nea dah pilih Izz. Siapa yang papa pilih dah tak penting.”

“Papa yang buat Nea pilih Izz.”

Tan Sri Hisyam mengecilkan matanya. Wajah Nea di renung dengan penuh rasa curiga. Sepertinya dia dapat menangkap sesuatu dari riak wajah anaknya itu. “Do you love Izz?”

Nea diam. Tidak lama, dia bersuara. “Tak.” Ya. Dia harus menamatkan semua ini. Sudah tidak sanggup rasanya mahu menanggung akibat dari perbuatan sendiri.

“Apa?!”

“Ya. Nea tak cintakan Izz.”

“Nea cakap apa ni?” Tanya Tan Sri Hisyam dengan nada keras.

“Nea tak nak Amir. Sebab tu Nea tipu pasal Izz. Kami tak bercinta pun,” beritahu Nea.

Pantas Tan sri Hisyam memegang kuat lengan Nea.

“Pa… tangan Nea sakit,” adu Nea.

“Tak sangka Nea sanggup menipu. See, I told you. Tak salah papa lebih percaya Halim dari Nea,” kata Tan Sri Hisyam lalu melepaskan lengan Nea.

“Kenapa mesti sebut nama abang Halim? Pa, dia tu orang luar. Tak perlu bandingkan Nea dengan abang Halim.”

Tan Sri Hisyam terus bangkit dari kerusi. “Nea mengaku dekat papa ni sebab nak papa batalkan perkahwinan Nea ke?”

“Nea… Nea tak fikir macam tu,” balas Nea. Dia mengaku kerana sudah tidak sanggup menghadapi hari-hari yang sukar menanti hari perkahiwnannya. Tidak pula terfikir untuk meminta Tan Sri Hisyam membatalkan majlis tersebut. Lagipun kalau dia minta, bukan boleh dapat.

“Baguslah kalau macam tu sebab papa tak ada niat pun nak batalkan perkahwinan Nea. Nea yang pilih Izz. Jadi lepas ni pandai-pandailah Nea uruskan sendiri. Papa dah tak nak campur,” kata Tan Sri Hisyam selajur berlalu meninggalkan Nea.

Nea meraup wajahnya. Walaupun beban di hati sudah sedikit kurang tapi tetap tidak dapat hilang sepenuhnya. Entah bila akan hilang. Dia hanya mampu menunggu.

***

Sorry aku lambat,” kata Izz.

Amir mengangkat kepala. “It’s okay. Duduklah.”

Izz tersenyum sebelum menarik kerusi di hadapan Amir. Terkejut juga ketika setiausahanya memberitahu bahawa Amir Isyraf mahu berjumpa. Mereka bukannya ada urusan perniagaan pun. Jauh sekali urusan peribadi. “Kenapa kau nak jumpa aku? Nak bincang pasal business?”

It’s not about business.”

Then what?”

“Aku dengar tarikh perkahwinan kau dengan Nea di cepatkan.”

Izz mengeluh perlahan. Dia nak cakap pasal tu ke? Bosannya! “Yup. Lusa. Jemputlah datang.”

“Aku tak janji.”

“Oh, tak apa. Aku tahu kau busy,” balas Izz.

Amir tersenyum hambar. “Can I ask something?”

Sure.”

“Kau dengan Nea, betul-betul bercinta ke?”

Izz tersentak. “Apa hak kau tanya soalan tu?”

Nothing. It just kalau kau tak serius dengan dia, tinggalkan dia. She deserve someone better,” kata Amir penuh makna.

“Jadi maksud kau aku tak cukup bagus untuk dia? Okey kalau macam tu, bagitahu aku siapa yang cukup bagus untuk Nea? Kau? No, I don’t think so. Aku tahu aku tak cukup bagus tapi aku tahu yang aku lebih bagus dari kau,” balas Izz geram. Ada hati mamat Amir ni mahu mengutuknya dan mengatakan dia tidak bagus. Cermin diri dululah!

Amir tergeleng-geleng. “Aku tahu kau lebih bagus dari aku. Sangat-sangat bagus. But I love Nea more than you love her.”

Izz tersenyum sinis. “Siapa nak percaya kata-kata playboy macam kau? Kau boleh kata cinta pada mana-mana perempuan yang kau nak termasuk Nea.”

“Tapi cinta aku pada Nea ikhlas.”

“Ikhlas? Entahlah Amir. Susah aku nak cakap,” sinis Izz berkata.

“Kau? Ikhlas cintakan Nea?” Tanya Amir.

Soalan maut! Ah, nak jawab apa ni? Izz jadi rimas. “Aku ikhlas atau tak, itu bukan masalah kau.”

Yes, that’s my problem. Kalau kau tak cintakan Nea, lepaskan dia. Aku ada. Walaupun dia tak suka aku at least aku boleh cuba untuk menangi hati dia.”

Izz mengetap bibir. Berlagak bagus pula mamat ni! “Aku cintakan dia. Dan aku tak kan lepaskan dia untuk kau. It’s that clear Amir Isyraf?”

Amir ketawa perlahan. Kopi yang terhidang di atas meja di hirup perlahan. “Good to hear that.”

“Kalau tak ada apa-apa lagi, aku nak balik office,” kata Izz.

“Okey. Just remember one thing. Kalau kau tak nak Nea, bagitahu aku. Aku sanggup terima dia walaupun sejuta kali dia tolak aku.”

Izz hanya melemparkan senyuman tipis. Setelah itu, laju sahaja dia meninggalkan Amir dengan hati yang panas membara. Amir seolah-olah meperkecilkannya. Macamlah dia tak layak untuk Nea. Setakat menang cinta belum tentu akan menjamin kebahagiaan.

Amir pula hanya memandang langkah Izz yang semakin jauh. Sukarnya mahu menghadapi semua ini. Seolah-olah hatinya telah hilang separuh. Mahu menangis, dia lelaki. Lelaki yang punya segala-galanya. Rupa paras, harta, kedudukan. Masa mahu menangis hanya kerana gagal mendapatkan Nea. Siapa Nea? Apa yang hebat tentang gadis itu sehingga boleh membuat dia membazir air mata? Ah! Cinta. Cinta yang telah membuat Nea hebat di hatinya. Juga di mata.

Previous: Bab 19
Next: Bab 21

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Hanan Rahman