Home Novel Cinta Cinta Yang Tertukar
Cinta Yang Tertukar
Hanan Rahman
25/5/2015 15:13:01
135,083
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 24

Izz memasukkan dua buah beg ke dalam bonet kereta. Sejak tahu yang Tan Sri Hisyam tahu yang dia dan Nea cuma pura-pura bercinta, Izz jadi kaku. Tidak tahu mahu melayan Nea seperti apa. Mesra atau sebaliknya? Ah! Tiba-tiba saja dia jadi canggung di hadapan Tan Sri Hisyam. Mungkin memang lebih baik kalau aku tak tahu, desis hatinya.

“Betul ke tak nak papa hantar?”

Izz menggeleng sambil tersenyum. “Tak apalah pa.”

“Yalah. Hati-hati,” pesan Tan Sri Hisyam.

“Pergi dulu pa,” kata Izz lalu menyalami tangan bapa mertuanya itu.

Nea turut menghulurkan tangan. “Papa jaga diri.”

“Hmm…”

“Assalamualaikum,” ujar Nea sebelum terus masuk ke dalam kertea. Sedih! Dia sedih dengan sikap dingin papanya.

“Izz.”

Izz yang tercengang pantas memandang wajah Tan Sri Hisyam. “Ya pa?”

Take good care of her,” pesan Tan Sri Hisyam lalu menepuk-nepuk bahu Izz.

“Insya-Allah,” jawab Izz. Melihat Tan Sri Hisyam yang sudah pun berlalu masuk ke dalam rumah, membuat dia tertanya-tanya. Tan Sri Hisyam sayangkan Nea. Tapi kenapa perlu di sembunyikan perasaan itu? Ego? Entahlah. Bukan dia yang berhak untuk menjawabnya.

***

Morning pa, ma.”

Morning,” jawab Tan Sri Borhan dan Puan Sri Marina serentak. Namun saat mereka mengangkat kepala, kedua-duanya tercengang. Terlepas sudu dari pegangan Tan Sri Borhan. Begitu juga Puan Sri Marina. Pelik! Ya. Sangat pelik.

“Anak mama ke ni?” Tanya Puan Sri Marina dengan rasa tidak percaya yang sangat tebal.

Shasha mendengus lantas duduk di atas kerusi. “Ya, anak mama. Anak siapa lagi?”

“Tapi anak mama tak pakai tudung. Yang ni, pakai tudung.”

“Apa ni ma. Macamlah ni pertama kali Sha pakai tudung. Ingat tak masa Izz kahwin hari tu? Sha pakai tudung kan? Jadi tak payahlah terkejut sangat.”

“Ya, mama tahu. Tapi setahu mama, Sha pakai tudung masa Izz kahwin hari tu sebab terpaksa. Hari ni terpaksa juga ke?”

“Tak.”

“Maksud Sha?”

“Mulai hari ni, Sha nak terus pakai tudung,” jawab Shasha dengan penuh yakin.

Sekali lagi Tan Sri Borhan dan Puan Sri Marina di hambat kejutan besar. Shasha nak pakai tudung? Sungguh sukar untuk di percaya.

“Mama tak salah dengar kan?”

“Mama janganlah nak spoil mood Sha. Ingat apa, Sha tak sesuai pakai tudung?”

Puan Sri Marina menggeleng. “Bukan macam tu. Tapi…” di kerling wajah suaminya yang sejak tadi diam sahaja. Tidakkah suaminya itu mahu berkata sesuatu? “Dear, you tak nak cakap apa-apa ke pasal imej baru anak perempuan kita ni?”

Tan Sri Borhan berdehem. Di pandang anaknya yang dia akui nampak lebih cantik dengan tudung di kepala itu. “Kenapa tiba-tiba nak pakai tudung?” tanyanya pada Shasha.

“Saja nak pakai,” jawab Shasha.

“Macamlah papa tak kenal Sha,” balas Tan Sri Borhan. Dia yakin ada sesuatu di sebalik perubahan ini.

Shasha mengetap bibir. Izz! Dia pakai tudung kerana Izz. Dia mahu sentiasa kelihatan cantik di mata lelaki itu. Mana tahu satu hari nanti Izz akan jatuh sayang padanya. “Papa tak suka ke Sha pakai tudung?”

Tan Sri Borhan tersenyum. “Suka. Tapi… pakai tudung kalau baju macam bungkus nangka, baik tak payah. Sha ingat bertudung ni cuma sebab nak tutup rambut je ke?”

Pantas Shasha meneliti penampilan dirinya. Berbaju lengan panjang dan berseluar jeans. Memang bertutup tapi ketat. Macamlah papanya tidak tahu yang dia tiada pakaian yang longgar dan sopan. Inilah yang paling sopan yang dia ada. Kalau ada yang lebih sopan pun cuma baju kurung yang hanya ada tiga pasang di almarinya. “Sha tahulah. Sebab tu Sha nak keluar. Beli baju.”

“Tahu ke nak beli baju yang sesuai? Papa takut Sha dah lupa macam mana baju yang sopan.”

“Apa papa ni? Perli-perli Sha pula. Nanti Sha ajaklah Aisya.”

“Aisya?” Tan Sri Borhan ketawa kecil. “Sejak bila nak berjalan dengan Aisya ni? Sebelum ni kata tak ada standard jalan dengan anak orang gaji.”

Shasha mengecilkan matanya. “Papa ni nak cari gaduh dengan Sha ke?”

“Papa bukan nak cari gaduh. Cuma nak pesan. Kalau nak berubah, berubah betul-betul. Jangan jadi macam abang. Yang eloknya kejap. Tapi yang tak eloknya, lama,” kata Tan Sri Borhan. Sejak beristerikan wanita Belanda itu, khabar Syafiq langsung tidak kedengaran. Dia juga tidak mahu ambil tahu. Hati tuanya masih sakit.

“Papa jangan risaulah. Sha tak kan jadi macam abang,” balas Shasha. Walaupun dia tahu niatnya bertudung bukanlah kerana dia ikhlas tapi sekurang-kurangnya dia berubah ke arah yang lebih baik dari sebelumnya.

***

“Ni rumah siapa?” Tanya Nea.

“Rumah aku,” jawab Izz.

“Rumah kau?”

“Yalah. Jom masuk.” Baru beberapa langkah, Izz kembali bersuara. “Bawakan beg aku sekali. Lupa nak bawa tadi.”

Nea memandang ke bawah. Ada dua buah beg berada di tepinya. “Lupa nak bawa? Huh!”

“Cepatlah!”

“Tak nak! I’m not your maid.”

“Okey. Aku call papa kata kita bukan kat Venice.”

Pantas Nea mencapai kedua-dua beg tersebut dan melangkah laju menghampiri Izz. Tajam matanya memandang wajah Izz yang sudah tersengih-sengih itu. “Tu pun nak mengadu!”

“Bukan selalu,” balas Izz yang masih tersengih sambil tangannya membuka pintu rumah.

Nea mengetap bibir. Geram! Namun saat kakinya melangkah masuk ke dalam rumah teres tiga tingkat itu, Nea terpegun. Hilang rasa marah dan geram. Terasa seperti suasana di dalam rumah ini telah membawa lari perasaan negatif dalam dirinya. Boleh tahan juga citarasa si tenuk ni. “Cantiknya rumah kau,” komennya. Walaupun nampak ringkas tapi tetap elegan.

Izz tersenyum lebar. “I know.”

“Bila kau beli rumah ni?”

Few months ago. Aku memang cadang nak tinggal sini lepas kahwin. Dan since aku dah kahwin, so kat sinilah kita sekarang.”

“Nampaknya cara kita tak sama,” kata Nea.

“Maksud kau?”

“Aku tak nak pergi Venice sebab tak nak ada kenangan yang tak manis dengan kau kat sana. Tapi kau tak kisah pun aku tinggal sini walaupun kau tahu yang mungkin kenangan kita akan cacatkan suasana kat dalam rumah ni.”

Izz sekadar menjungkit bahu. Dia tidak pernah mengimpikan siapa yang akan di bawa masuk ke dalam rumah ini. Jadi sama ada manis atau tidak kenangan dengan Nea di rumah ini, dia harus terima kerana Nea adalah isterinya. “Jom aku tunjuk bilik kau.”

“Bilik aku? Bukan bilik kita?”

Don’t tell me yang kau tetap nak tidur sebilik dan sekatil dengan aku?”

“Kenapa? Kau nak kita tidur asing-asing ke?”

Izz menyilangkan tangannya sambil menghadap Nea. “Kau ni… langsung tak takut dengan aku kan?”

“Walaupun kadang-kadang aku panggil kau tenuk, hakikatnya kau pun manusia juga macam aku. Buat apa nak takut?”

“Betul. Tapi aku lelaki. Dan aku suami kau. Kau dah halal untuk aku. Aku takut nanti aku tak dapat kawal keinginan aku dan tak pasal-pasal kita honeymoon kat sini pula.”

Nea membulatkan matanya. “Gila! Gatal!” Pantas Nea berlalu untuk menaiki tangga ke tingkat atas.

Izz ketawa. “Nea! Nak pergi mana tu? Tunggulah abang. Sayang… oo sayang…” Langkah Nea di kejar. Namun sebaik mendekat, dia berundur beberapa langkah ke belakang bila Nea membuat aksi mahu menendang kakinya. Hesy! Sikit-sikit nak tendang!

Previous: Bab 23
Next: Bab 25

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Hanan Rahman