“Abang
dah fikir masak-masak ke ni?” Tanya Puan Sri Fatimah. Risau pula dia dengan
keputusan yang di buat oleh suaminya ini. Dulu soal ini langsung tidak pernah
timbul. Tapi sekarang, lain pula jadinya. Mahu kata suaminya sudah penat
menunggu, mungkin juga. Yalah, dia sendiri juga susah penat menunggu mennatu
yang tidak kunjung tiba. Tapi baginya semua ini terlalu tiba-tiba.
“Dah.
Abang rasa ini yang terbaik untuk Izz,” jawab Tan Sri Khalid.
“Tapi
saya tak naklah abang buat keputusan ni sebab Hisyam. Ini soal masa depan anak
kita,” kata Puan Sri fatimah lagi. Walaupun dia agak suka, tapi perasaan
anaknya tetap menjadi keutamaan. Kalau anaknya tidak gembira, tentulah dia juga
akan turut berperasaan yang sama.
Tan
Sri Khalid mengeluh perlahan. “Jangan risaulah sayang. Saya tahu Izz tak kan
bantah.”
“Tapi
bang…”
“Mama
dengan papa bincang pasal apa ni? Nampak macam serius je,” tegur Izz.
Tan
Sri Khalid dan Puan Sri Fatimah mengangkat wajah. Izz! Memang tepat pada
masanya.
“Duduk
dulu Izz. Papa ada benda nak cakap,” ujar Tan Sri Khalid.
Puan
Sri Fatimah mengetap bibir. Bila suaminya sudah buat keputusan, tiada siapa
yang boleh membantah. Jadi apa lagi yang boleh dia lakukan selain tunggu dan
lihat.
“Kenapa
pa?” Tanya Izz lalu duduk di atas sofa. Sebenarnya dia mahu terus naik dan
membersihkan diri. Rasa melekit badannya akibat seharian berada di tapak projek
terasa sungguh melemaskan.
“Izz
dah ada calon isteri nak bawa jumpa papa?”
Izz
tersentak. Jujur sungguh pertanyaan papa. Dan dia pula, mampukah menjawab dengan
jujur. Mahu kata tidak ada, Shasha sudah awal-awal lagi mengaku di hadapan Tan
Sri Khalid dan Puan Sri Fatimah yang kononnya mereka ini pasangan kekasih. Mahu
kata ada, itu menipu namanya. “Tak ada lagilah pa. Tapi kenapa papa tiba-tiba
tanya pasal calon isteri ni? Sebelum ni tak pernah pun.”
“Jadi
maknanya Izz tak serius dengan Shasha?” Soal Tan Sri Khalid. Janganlah anaknya
ini hanya berniat mahu mempermainkan Shasha. Malu dia nanti pada Tan Sri
Borhan. Dan silap-silap mereka boleh putus hubungan. Bukan saja sebagai rakan
dalam perniagaan, tapi putus hubungan kekeluargaan yang ada. Walaupun bukan
saudara dekat, tapi dia dan Tan Sri Borhan ada bau-bau bacang.
“Pa,
kita orang cuma kawan. Shasha tu je yang lebih-lebih. Padahal dia tahu yang Izz
tak suka dia,” jawab Izz. Lantaklah papa mahu percaya atau tidak. Yang penting,
dia sudah memberitahu kebenaran yang nyata.
“Kalau
macam tu, Izz kena terima pilihan papa ni. Suka atau tak, Izz tak boleh bantah.
Ini arahan dari papa.”
“Apa
maksud papa ni? Izz tak faham. Arahan apa?”
“Semua
jawapan ada kat dalam ni,” balas Tan Sri Borhan.
Izz
mengerutkan dahi. “Jawapan?” Sekeping sampul surat yang di letakkan Tan Sri Hisyam
di atas meja di capai.
“Bakal
isteri Izz,” jawab Tan Sri Khalid sebelum terus bangun dan berlalu dari situ.
“Apa?
Pa… papa…” Namun panggilan Izz hanya sia-sia bila Tan Sri Khalid tidak lagi
kelihatan di situ. Lantas dia berkalih pandang pada Puan Sri Fatimah. Dia mahukan
penjelasan yang kukuh. Dan mungkin meminta sedikit bantuan agar mamanya mahu
memujuk Tan Sri Khalid untuk membatalkan niatnya.
“Ma…”
Namun
Puan sri Fatimah hanya mampu menggelengkan kepala. Dia sendiri bingung dengan
semua ini. Jadi bagaimana dia mahu membantu?
Reaksi
yang di terima dari mamanya sungguh mengecewakan. Lantas di tarik isi di dalam
sampul itu. Sungguh dia tidak sabar mahu tahu ‘taste’ menantu yang di inginkan oleh Tan Sri Khalid. Dan apabila
matanya tertancap pada sekeping gambar bersaiz 3R itu, Izz terkebil-kebil. Dia??
“What the…Ma… papa tu nak seksa Izz ke?”
“Janganlah
cakap macam tu. Tak ada ayah yang nak seksa anak sendiri,” bidas Puan Sri Fatimah.
“Habis
tu ni bukan seksa?” Terus Izz menunjuk gambar yang berada di tangannya pada Puan Sri Fatimah.
Puan
sri Fatimah memandang sekilas ke arah gambar itu. Dia sudah sedia maklum
tentangnya. Tapi itulah. Dia mahu jadi isteri yang taat pada suami. Dia yakin
suaminya pasti lebih arif tentang apa yang di lakukannya. “Anggap yang ini memang
jodoh Izz. Semuanya pasti ada hikmah.”
Bercakap
soal hikmah, Izz terus terdiam. Ya, pasti ada hikmah di sebalik semua ini. Tapi
mungkin tidak semudah itu dia akan pasrah dan menerima bulat-bulat arahan dari
papa ini. Baginya, semua ini terlalu berat untuknya.
***
Nea
terkocoh-kocoh mendekati pintu restoran. Setelah itu, rambut dan bajunya di kemas-kemaskan.
Memang haru kalau dia lambat. Papanya seorang yang sangat punctual. Sebab itu papa sangat anti dengan orang-orang seperti
dirinya. Selalu sangat tidak menepati masa. Mana papa tak bengang. Bukan dia
tidak pernah mencuba untuk menajdi seorang yang punctual, tapi dia seringkali gagal. Seketika, dia mengerling jam
di tangan. Mujur! Tidak lebih dan tidak kurang. Dia sampai tepat pukul 1.15
minit tengah hari.
“Assalamualaikum
pa,” sapanya setelah menghampiri meja Tan Sri Hisyam.
“Waalaikumsalam.
Duduklah,” pelawa Tan Sri Hisyam. Ketika itu dia sedang sibuk dengan telefon di
tangan.
Nea
menarik kerusi di hadapan Tan Sri Hisyam. Walaupun sedikit pelik dengan
pertemuan yang tiba-tiba ini, dia tidak dapat menafikan yang dia sangat
gembira. Tan Sri Hisyam jarang sekali mahu mengajaknya makan di luar. Angap
sahaja ini perubahan positif dalam diri papanya. “Papa dah lama sampai?”
Tan
Sri Hisyam meletakkan telefonnya di atas meja. Setelah itu, dia melihat jam di
tangan. Lagaknya seperti sedang menunggu seseorang. “Baru je.”
“Apa
kata hari ni Nea belanja. Yalah, Nea tak pernah belanja papa. Papa cakap je
papa nak makan apa,” ujar Nea. Inilah masanya dia mahu berbaik-baik dengan Tan
Sri Hisyam.
“Tak
apa. Papa tak lama kat sini.”
“Papa
tak nak makan ke?”
“Papa
makan dengan uncle Khalid je.”
Nea
berjauh hati. Papa tak sudi makan dengan aku agaknya. “Habis tu Nea nak makan dengan
siapa?”
“Sorry uncle. I’m late,” kata satu suara.
Pantas
Nea dan Tan Sri Hisyam mendongak. Tidak lama Nea terkedu bila pemuda itu
melebarkan senyuman ke arahnya.
“It’s
okay. Come, have a sit,” ajak Tan Sri Hisyam mesra. Dia kemudian berdiri dan
memberi laluan kepada pemuda itu untuk duduk di tempatnya. “Kamu berdua
berbuallah. Uncle tak nak kacau. Nea,
behave yourself. Ini bakal suami Nea tau.” Setelah itu, Tan Sri Hisyam terus
berlalu. Meninggalkan Nea dalam keadaan terpinga-pinga.
“Are you okay?” Tanya pemuda itu.
I’m not okay! Nea membentak dalam hati.
Bakal suami? Sejak bila dia bersetuju untuk berkahwin? Papa buat hal lagi! Baru
dia rasa mahu berbaik dengan papa, muncul pula perkara yang tidak terduga
seperti ini. Terasa kini dia seperti boneka bernyawa pula.
“It’s a plesure to see you again Nea Khairina.”
Nea
tersenyum hambar. Ah, lelaki inikah yang papa mahu jadikan menantu? Tak mungkin!
Walaupun dia bukanlah seorang yang terlalu memilih, tapi lelaki ini jauh dari
citarasanya. Di beri percuma pun, belum tentu dia mahu. “I don’t like to see you again.”
“How can you said that when I’m here for you,
my future wife," ujar pemuda itu dengan lirikan mata dan senyuman menggoda khas buat Nea seorang.