Home Novel Cinta Cinta Yang Tertukar
Cinta Yang Tertukar
Hanan Rahman
25/5/2015 15:13:01
135,119
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 8

Nea mencapai beg tangannya lalu bergegas keluar dari biliknya. Perutnya sudah berbunyi minta di isi. Dia tidak sanggup untuk mengalas perut dengan sebotol air mineral dan sekeping sandwich lagi hari ini. Cukup-cukuplah! Lagipun projek di Sabah itu sudah berada di dalam tangan. Tidak sia-sia dia bersengkang mata untuk menyiapkan kertas kerja yang terbaik kerana hasilnya sangat lumayan. Tan Sri Hisyam juga memuji kesungguhannya. Walaupun dalam kadar yang sederhana tapi dia tahu yang Tan Sri Hisyam gembira.

“Maira, jom teman saya lunch,” ajak Nea pada Humaira yang sedang mengemaskan meja.

Humaira mengangkat wajah. Setelah itu, dia bangkit dari kerusi dan mendekati Nea. “Rasanya saya tak bolehlah cik Nea.”

“Kenapa? Tak sudi makan dengan saya?”

“Err… bukan macam tu. Sebenarnya encik Amir masih ada kat bawah,” beritahu Humaira.

Nea terkejut. “What? Dia tak balik lagi? Mamat tu tak ada kerja ke?”

Humaira mengangkat bahu. Kerana Amir Isyraf tercongok di sini sejak pagi tadi, semua staf wanita di Daya Group yang masih bujang tidak senang duduk. Semuanya teruja mahu melihat secara dekat lelaki yang punya daya tarikan itu.

“Tak apalah. Saya jumpa dia,” ujar Nea sebelum berlalu. Laju langkahnya menuju tangga. Waktu-waktu seperti ini, lif pasti sesak. Setelah sampai di tingkat bawah bangunan Daya Group, dia mendekati Amir yang sedang duduk di atas sofa berwarna putih. Tidak susah baginya untuk mengenali lelaki itu walaupun dari jauh. Tidak suka tidak bermakna dia tidak mahu mengakui aura yang ada pada lelaki itu.

“I rasa I dah cakap dengan jelas tadi. Go away! I tak nak tengok muka you. Tak faham ke?” Terjahnya garang.

Amir pantas mendongak. Namun tidak pula dia terkejut dengan terjahan itu. Mungkin dia akan lebih terkejut jika gadis ini bercakap dengan lembut dan sopan terhadap dirinya. “Nope. I tak faham. Sebab tu I still tunggu kat sini.”

Don’t waste your time. I tak nak you,” tegas Nea.

“I dah kata jangan buat muka garang dengan I. Buruk padahnya nanti,” balas Amir yang sudah pun berdiri.

You nak buat apa?”

“I… I rasa macam nak gigit-gigit. You makin cantik dan comel kalau marah,” jawab Amir di selangi dengan senyuman nakal.

Nea mengetap bibir. “Just go.”

“I tak kan pergi selagi you tak ambil bunga ni.”

“I tak suruh you beli. Lagipun I tak suka bunga.”

Amir ketawa kecil. “I see. So, bukalah baju you. I rasa you salah pakai baju.”

Nea mencerlungkan matanya. Buka baju? Amir memang gila! Tak senonoh! “Sebelum I hilang sabar, lebih baik you berambus. Takut nanti I sumbat pula mulut you dengan kasut I ni.”

“Janganlah garang sangat sayang. I cuma cakap benda betul.”

“Suruh I buka baju kat sini tu betul?”

“Tengok baju you. Then kalau you masih kata I gila, I terima,” kata Amir.

Pantas Nea memelirik ke arah bajunya. Seketika, dia menyembunyikan rasa malu yang tiba-tiba datang. Dia menyarung blouse yang di hiasi bunga kecil. Kata tak suka bunga tapi pakai baju bunga-bunga. Apalah! Kalau nak menipu pun, tengok kiri kanan.

“Tengok, kan dah malu. Sampai merah muka,” sindir Amir.

“Mana ada!”

Amir ketawa lepas. “Ada.”

“Bencinya dengan you ni.”

You benci, I suka. So since you dah tertangkap menipu ni, apa kata you ambil bunga ni. Penat I pegang. Dah naik lenguh tangan ni.”

Nea tidak menunjukkan sebarang reaksi. Malah masih berwajah tegang seperti tadi.

Please. Ke you I nak melutut kat sini? I tak kisah…”

Pantas Nea mengambil sejambak bunga ros merah dari tangan Amir sebelum sempat lelaki itu mencecahkan lututnya di atas lantai. Memang tak lah dia akan membiarkan Amir melutut di sini. Buat malu saja.

Good girl. Macam tu lah. Okey, jom lunch. I dah lapar,” ajak Amir.

“Senangnya you ajak I?”

“I fikir you nak bincang dengan I pasal kita. Guess, I was wrong.”

Nea menghela nafas panjang sebelum menghembusnya keluar. Dia memang tidak mahu keluar dengan Amir. Tapi kalau bukan hari ini, bila lagi? “Okey. Jom.” Akhirnya dia memberikan persetujuan. Semakin di biarkan tanpa perbincangan, semakin sukar dia untuk melepaskan diri dari perkahwinan ini.

Amir menunjukkan riak gembira. Makin terserlah wajah kacaknya dek senyuman itu. “Naik kereta I.”

“No. I nak drive sendiri. Kalau you tak nak, kita tak payah keluar.”

And How about now? Masih nak drive?” Tanya Amir yang sudah pun merampas beg tangan yang di pegang Nea.

Nea tersentak. Tidak sempat dia bertindak. Amir terlalu pantas. “You ni…”

“Cepatlah. I tak kisah kalau you nak stay lagi kat sini,” ujar Amir.

Wajah Amir di jeling tajam sebelum Nea melangkah laju meninggalkan lelaki itu. Semoga semuanya selesai hari ini. Bolehlah dia tenang sedikit. Ternyata Amir satu gangguan buat dirinya.

***

Izz memerhati dengan penuh minat pasangan yang duduk tidak jauh darinya itu. Dia tidak mahu percaya tapi bukti sudah ada di depan mata. Kenapa mahu menidakkan lagi? Pelik memang pelik tapi hati manusia sukar di jangka. Kalau sudah cinta, yang buruk pun boleh jadi baik. Dan dia pula tidak usahlah mahu jadi penyibuk. Tiada kaitan pun dengan dirinya.

You tengok apa tu?” Tanya Shasha sambil menyedut jus orennya. Apabila tiada balasan, dia mengetap bibir. Sudah lama Izz berkeadaan seperti itu. Dia yang duduk tegak di hadapan lelaki itu sudah sama seperti pokok hiasan pula rasanya. Langsung tidak di pedulikan.

“Izz!”

Izz tersentak. Terus di pandangnya wajah Shasha. “Apa?”

“I tanya you tengok apa? Dari tadi asyik pandang depan je.”

“Habis tu tak kan I nak pandang belakang pula?”

Shasha mengecilkan matanya. Pasti ada sesuatu yang menarik perhatian Izz. Lantas dia menoleh ke belakang. Meliar matanya mencari. Apa yang menarik? Tiada apa-apa melainkan… Nea. Nea khairina! Hesy! Izz dah jatuh cinta dengan dia ke? Tak boleh jadi ni.

You tengok Nea kan?” Tanyaanya saat kembali berpaling.

“Mana ada. Dah cepatlah makan. I nak balik office. Banyak kerja,” kata Izz. Nanti kalau dia kata ya, silap-silap Shasha jirus lagi Nea dengan jus oren. Dia tidak mahu membuat masalah tengah hari ini. Lagipun jadualnya sungguh padat. Hari ini saja dia terpaksa berkejar dari satu tempat ke satu tempat. Jadi dia tidak mahu memadatkannya lagi dengan pergaduhan di antara Shasha dan Nea.

“I tak percaya.” Lalu Shasha kembali memandang Nea. Ternyata Nea tidak berseorangan. Ada seorang lelaki bersamanya. Mungkin klien. Tapi saat Shasha terlihat wajah lelaki itu, dia tersentak. Amir Isyraf! “Dia orang couple ke?”

You nak makan ke tak? Kalau tak, kita balik,” ujar Amir.

Oh my God. I tak sangka dia pilih playboy tu,” kata Shasha lalu kembali menghadap Izz.

Izz mengeluh perlahan. “Suka hati dialah. You sibuk kenapa?”

“Tak adalah. Tak sangka dia frust sampai macam tu sekali.”

Frust?”

Shasha menagngguk. “Yalah. Dia frust sebab tak dapat you. Sebab tu dia rembat je siapa yang datang.”

“Jangan nak merepek boleh tak? Dah jom lah. Kalau tak, I tinggal you kat sini,” kata Izz sebelum meninggalkan sekeping RM 100 di atas meja.

Shasha hanya mencebik. Namun sempat juga dia berpaling. Nea dengan Amir? Sesuai sangatlah hidup bersama! Seorang perampas. Seorang lagi playboy. Tidak sabar rasanya dia mahu tahu kesudahan hubungan mereka berdua itu.

Previous: Bab 7
Next: Bab 9

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Hanan Rahman