Home Novel Cinta Cinta Yang Tertukar
Cinta Yang Tertukar
Hanan Rahman
25/5/2015 15:13:01
135,118
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 12

Izz mengerling Nea yang duduk di sebelahnya. Kelihatannya gadis itu tunduk sahaja dari tadi. Langsung tidak mengangkat wajah walau seinci. Sudahnya dia yang menjadi sasaran. Belum sempat mahu menjawab satu soalan, di tanya pula soalan yang lain. Sakit sungguh hatinya. Dia yang sedang dalam kesusahan ini, langsung tidak mahu di bantu. Bukankah mereka sama-sama menipu? Jadi akibatnya juga mesti di tanggung bersama.

“Dah berapa lama Izz dengan Nea?” Tanya Tan Sri Khalid entah untuk yang ke berapa kali. Izz sengaja tidak mahu menjawab agaknya. Mungkin takut walaupun kebenaran sudah terbongkar.

“Err…” sekali lagi Nea di kerling mengharapkan bantuan bakal di beri. Tapi hampa. Izz mendengus. “Dah dua bulan,” jawabnya.

“Dua bulan? Kenapa tak pernah bagitahu papa?”

“Belum masanya,” jawab Izz. Kalau tunggu masa, memang tidak akan pernah di ceritakan pada papanya dan juga Tan Sri Hisyam. Tapi tidak tahu pula ada mulut-mulut yang terlebih laju yang mengkhabarkan berita ini.

Tan Sri Khalid mengeluh perlahan. “Izz nak papa jadi ayah yang pentingkan diri agaknya.”

“Maksud papa?”

“Yalah. Papa ikutkan kehendak hati dan abaikan perasaan anak sendiri. Bayangkan kalau papa dah pergi merisik Shasha. Kesian Nea. Mesti dia sedih.”

Izz tersenyum hambar. Seketika, dia mengalihkan pandangan ke arah Tan Sri Hisyam yang duduk di sebelah papanya. Kelihatannya papa Nea itu berwajah tegang. Patutlah Nea tidak berani angkat muka.

“Nea cintakan Izz?” Giliran Tan Sri Hisyam pula yang bertanya.

Nea kaku. Tidak berani mahu mengangkat wajah. Nanti di kata tak cinta, lebih baik dia tidak payah menipu. Di kata cinta, menipu pula. Tapi pilihanya hanya menipu saat ini. Lalu perlahan-lahan dia mengangguk.

Tan Sri Hisyam berdehem. “Nea nak kahwin dengan Izz?”

Laju Nea mengangkat kepalanya. Soalan itu, soalan cepumas! Memang tak lah dia mahu berkahwin dengan Izz. Tapi bukankah pasangan yang bercinta mahu hubungan kekal hingga ke gerbang perkahwinan? Dia tidak normal jika kata tidak mahu berkahwin dengan orang yang di cintai.

“Kenapa tak jawab?”

“Nea… Nea…” Nea tergagap-gagap. Di pandangnya wajah Izz namun lelaki itu hanya buat tidak tahu. Nak balas dendamlah tu!

“Izz nak kahwin dengan Nea?” Tan Sri Khalid bertanya soalan yang sama pada Izz. Mungkin Nea malu mahu menjawab secara terang-terangan.

“Hah?” Izz terpinga-pinga. Dia pula yang kena?

Nea tersenyum sinis bila Izz juga tidak punya jawapan. Padan muka! Ingat senang nak jawab soalan tu?

Tan Sri Hisyam dan Tan Sri Khalid berpandangan sesama sendiri sebelum kembali memandang ke hadapan.

“Kalau Nea tak nak kahwin dengan Izz, Nea kahwin dengan Amir,” kata Tan Sri Hisyam.

“Tapi pa…”

“Keputusan papa muktamad!”

Tan Sri Khalid memandang wajah anaknya. “Izz pun sama. Kalau tak nak kahwin dengan Nea, Izz kahwin dengan Shasha.”

Izz tersentak. Macam tiada perkataan lain lagi yang ada di dalam kepala papanya. Kahwin, kahwin dan kahwin! “Pa, Izz dengan Nea baru je bercinta. Tak kan dah nak kahwin?”

Then, kahwinlah dengan Shasha.”

“Papa memang tak bagi Izz pilihan langsung kan?” Izz seakan-akan kecewa dengan keputusan Tan Sri Khalid. Kalau dia betul cintakan Nea, keputusan ini adalah yang paling mengembirakan untuknya. Tapi masalahnya, tidak! Kalau Shasha dia tak mahu, Nea juga dia tak sudi.

“Tak ada salahnya kahwin walaupun baru bercinta. Kami restu dan kami izinkan,” kata Tan Sri Hisyam pula.

Izz dan Nea tidak mampu berkata apa-apa. Salah siapa semua ini jadi makin rumit? Salah Nea? Ya! Salah Izz? Juga ya! Jadi mereka berdua sama-sama salah!

***

Nea yang berjalan di belakang Izz terkejut bila dia merempuh badan Izz yang tiba-tiba berdiri tegak di hadapannya. Entah bila lelaki itu berpaling dia tidak sedar. Fikirannya sangat kusut ketika ini. “Kau ni kenapa?”

“Kau tanya aku kenapa? Jangan buat lawaklah Nea,” sindir Izz.

“Benda dah nak jadi. Kau nak aku buat apa?”

“Benda ni tak kan jadi kalau kau tak tipu Amir. Semua ni salah kau!”

Nea mengetap bibir. Kemarahnnya mula naik. “Salah aku? Seorang?”

“Yalah!”

“Habis tu kau tak salah? Kalau kau tak mengaku dekat Shasha, penipuan ni tak kan menjadi. Faham tak? Jadi jangan nak salahkan aku.”

Izz meraup wajahnya. Nyata dia tidak boleh menerima keputusan ini. “Aku makin benci dengan kau.”

“Bencilah! Aku tak kisah. Dan aku tak peduli langsung,” balas Nea sebelum mula mengatur langkah. Namun lengannya pantas di paut Izz. “Apa ni?”

No matter what, kau kena suruh uncle Hisyam batalkan idea gila untuk kahwinkan kita,” kata Izz selajur melepaskan pautan tangannya.

“Dan kau pun patut cakap benda yang sama pada uncle Khalid.”

Izz mengecilkan matanya. “Kau tak payah suruh pun aku akan buat. Aku lebih rela tak kahwin sampai tua dari kena kahwin dengan langsuir macam kau.”

“Ingat aku nak ke kahwin dengan tenuk?”

“Mulut kau ni. Hesy! Rasa macam nak…” Pantas Izz mengangkat tangannya seolah-olah mahu menampar mulut Nea.

“Izz! Nak buat apa tu?”

Izz dan Nea segera menoleh. Tan Sri Khalid! Tan Sri Hisyam!

“Papa…” Izz mengetap bibir. Sangkanya papanya dan papa Nea itu masih berada di dalam restoran. Tahu-tahu sudah terpacak di sini.

“Jangan kata dekat papa yang Izz nak…”

“Eh, tak adalah papa. Izz dengan Nea… bergurau. Kita orang memang selalu gurau macam tu. Kan sayang?” Izz memandang wajah Nea dengan senyuman.

Nea senyum paksa. Ada hati nak lempang aku? Siap kau lepas ni.

“Baguslah kalau betul. Ingat. Uncle Hisyam ada kat sebelah papa. Kalau Izz nak apa-apakan Nea, papa tak masuk campur kalau tangan uncle Hisyam pula yang naik dekat pipi Izz,” kata Tan Sri Khalid.

Izz menelan liur. “Tak… tak adalah.”

Tan Sri Hisyam tergeleng-geleng. Geli hati melihat tingkah Izz yang nampak sangat cuak itu. Tanpa menunggu lama, dia dan Tan Sri Khalid beredar dari situ.

Izz menarik nafas lega. “Nasib baik,” ujarnya sambil mengurut dada.

“Baik untuk tadi, tapi bukan untuk yang ni,” kata Nea.

“Kau merepek apa ni?”

Nea tersengih sebelum menendang kaki Izz. “Itu balasan sebab kau naik tangan dekat aku.” Setelah itu, laju Nea melangkah menuju ke keretanya.

Izz terhencut-hencut. “Hoi! Aku naik tangan je lah. Bukan sakit pun,” jeritnya. Tidak lama dia mendengus. Dia memang selalu kalah dengan tendangan Nea. Memalukan!

Previous: Bab 11
Next: Bab 13

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Hanan Rahman