Home Novel Cinta Cinta Yang Tertukar
Cinta Yang Tertukar
Hanan Rahman
25/5/2015 15:13:01
135,123
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 10

Iphone yang berbunyi di biarkan sahaja. Dia malas mahu bercakap dengan Amir ketika ini. Tamparan wanita dari Julia masih tebal di hatinya. Walaupun berpuluh kali Amir menghantar pesanan ringkas memohon maaf atas tindakan Julia, dia peduli apa! Maaf saja tidak cukup. Dia mahu lebih. Dia mahu Amir berhenti mengganggunya dan berhentikan niat mahu berkahwin dengannya. Kalau itu dapat di tunaikan, dia dengan senang hati akan melupakan apa yang telah berlaku.

Tidak lama, jam di tangan di kerling. Waktu makan tengah hari hanya tinggal beberapa minit saja lagi. Lantas beg tangan di capai sebelum dia melangkah keluar dari bilik. Nampaknya terpaksalah dia masuk lambat sedikit petang ini. Butang lif di tekan sebelum dia memboloskan diri ke dalam perut lif. Saat pintu lif terbuka di tingkat bawah, Nea tergamam.

“Nea…”

Nea mengetap bibir. Tidak cukup dengan mengganggunya di telefon kini muncul pula di Daya Group. Amir ini memang tidak suka melihat orang senang sedikit agaknya. Tanpa mempedulikan kehadiran lelaki itu, dia pantas melangkah.

“Nea. Tunggulah kejap,” kata Amir sambil memaut lengan Nea.

Langkah Nea terhenti sebelum menarik kasar lengannya. “Jangan kacau I!”

“Nea, I minta maaf. I tak sangka yang Julia akan serang you. But trust me, I dengan dia dah lama putus,” terang Amir.

“Cakap je lah apa-apa Amir. I don’t care.”

“I… I sayang you.”

Nea tersentak namun perasaannya lekas di matikan dari terus di buai dengan sepatah perkataan itu. “Ingat I akan tertipu dengan you?” Lalu Nea meneruskan langkahnya dengan lebih pantas. Tanpa sedar, tubuhnya terlanggar seseorang. Dia pantas mendongak.

“Nea!”

Panggilan dari Amir itu membuat Nea semakin rimas. Dan dalam tempoh beberapa saat, perlakuannya terlebih dahulu bertindak mengatasi akal fikirannya.

Izz membulatkan mata bila Nea merangkul kemas lengannya. Si langsuir ni dah hilang akal ke apa?

Amir berhenti menapak. Ada kerutan yang jelas timbul di dahinya. “Apa semua ni Nea?”

“I tahu you kenal Izz. Tapi hari ni you bukan saja akan kenal dia sebagai CEO Perkasa Group tapi juga sebagai boyfriend I,” jawab Nea. Di pandangnya tepat ke anak mata Amir. Dia tidak mahu lakonannya dapat di hidu oleh lelaki itu. Reaksi Izz? Jangan cakaplah! Nampak sangat terkejutnya sehingga kelihatan seperti biji mata mahu tersembul keluar.

Boyfriend you? Tapi uncle Hisyam cakap yang you tak ada sesiapa.”

“I dengan Izz memang rahsiakan hubungan kami. Tapi bila keadaan dah jadi macam ni, I terpaksa berterus terang. Sebab tu I tak nak you kacau I sebab I tak kan pernah cintakan you. Cinta I hanya untuk Izz,” tegas Nea.

What? You couple dengan Izz?” Pekik Shasha yang tiba-tiba muncul di situ.

Nea menggigit bibir. Argh! Semuanya sudah jadi serabut. Tidak sepatutnya tenuk betina ini ada di sini. Dia hanya mahu mengelak dari Amir. Bukan menambah masalah dengan Shasha.

“Apa semua ni Izz?” Tanya Shasha garang. Meluap-luap kemarahan yang terpancar pada wajahnya ketika ini.

Mulut Izz bagaikan terkunci. Kini semua mata tertumpu ke arahnya. Menanti jawapan yang sebenar-benarnya.

“Lebih baik you cakap sebelum I naik hantu kat sini,” ugut Shasha.

“I…” Izz menghela nafas panjang sebelum menghembusnya perlahan-lahan. Alang-alang sudah sampai sini, baik dia teruskan saja. “I tak ada benda nak cakap sebab you dah dengar semua dari mulut Nea.”

How dare you Izz!” Bentak Shasha. Rasa mahu di lempang wajah Izz saat itu.

I’m sorry. Jom sayang.” Pantas Izz menarik tangan Nea. Nea yang tergamam hanya mengikut langkah Izz.

“Izz! Izz!” Nyaring suara Shasha memanggil. Namun Izz sudah jauh di hadapan. Kemudian di hentak-hentak lantai tempat dia berpijak kini. “Tak guna!” Setelah itu, laju langkahnya keluar dari Daya Group.

Amir pula hanya diam tanpa sepatah kata. Mimpikah semua ini? Tidak! Ini kenyataan kerana hatinya rasa sangat sakit. Seperti di siat-siat dengan pisau belati. Kali pertama berperasaan sebegini buat dia sedar yang dia memang benar telah jatuh cinta. Jatuh cinta pada seorang gadis yang tidak langsung mahu memandangnya.

***

Izz merenung wajah Nea. Makin tajam pandangannya, makin tajam juga pandangan mata Nea terhadapnya. “Apa pandang aku macam tu?”

“Suka hatilah!” balas Nea.

“Kau kalau dah buat salah, buat macam orang yang buat salah,” kata Izz.

“Salah apa?”

Izz mengetap bibir. “Salah apa? Kau ni memang suka cari pasal dengan akulah. Tadi tu, benda merapu apa kau cakap dengan Amir?”

Nea meramas jarinya. Ah! Tidak perlu takut dengan Izz. Setakat tenuk ni, dia tak heranlah! “Aku tak rancang pun semua tu.”

“Yalah tu tak rancang. Ingat aku nak percaya?” Tempelak Izz.

“Betul aku tak rancang. Semua tu spontan. Aku rimas bila dia kacau aku. Aku cuma nak selamatkan diri dari dia. Dan kebetulan kau ada kat situ.”

“Oh selamatkan diri? Jadi makananya sekarang ni aku dah jadi penyelamat kaulah? Macam tu?”

“Tak payah nak marah sangatlah. Kau pun dua kali lima je. Pergi mengaku dekat Shasha yang apa aku cakap tu betul kenapa?” Kini, Nea pula yang menempelak.

Izz tersentak. “Aku… aku nak tolong kaulah. Nanti kalau aku tak cakap macam tu, penipuan kau tak menjadi. Kau patut bersyukur tau aku nak tolong kau.”

Nea tersenyum sinis. “Kita dah kenal tujuh tahun. Bermusuh pun dah tujuh tahun. Jadi aku tahu yang kau tak kan tolong aku. Terus terang je lah. Dengan aku pun malu ke?”

“Kau merepek apa ni?’

“Dah lah Izz. Aku gelilah tengok kau berpura-pura macam ni.”

Izz meraup wajahnya. “Okey. Papa aku nak aku kahwin dengan shasha. Tapi aku tak nak. Aku buat macam tu tadi sebab aku nak dia give up dengan aku. Puas hati?”

“Kau tiru alasan aku,” tuduh Nea. Dia juga mahu di jodohkan dengan Amir oleh papa. Dia mengaku yang Izz kekasihnya di hadapan Amir kerana mahu lelaki itu mengalah dan tidak menggganggunya lagi. Bukankah sama seperti cerita Izz?

“Aku tak ada masa nak tiru alasan kau. Ingat apa? Hidup kau je yang ada drama?”

“Tapi bukan kau couple dengan Shasha ke?”

“Tak. Dia je yang selalu mengendeng dekat aku. Tapi sebenarnya, aku cuma anggap dia kawan,” kata Izz.

Nea membentuk bibirnya. “Tapi tak kanlah kau tak ada girlfriend? Mustahil CEO Perkasa Group ni tak laku?”

“Sedapnya mulut mengata aku! Habis tu kau tu laku sangat ke?”

“Jangan nak ulang soalan aku,” ujar Nea sebal.

Izz mencebik. “Ada aku kisah?” Ada ke patut dia di kata tak laku? Dia laku. Cuma gara-gara Shasha, dia jadi tak laku. Semua orang tahu dia dengan Shasha kerana Shasha yang mahu begitu. Satu Malaysia sudah di canang gadis itu. Jadi siapa yang berani mahu mendekatinya?

Nea menjeling tajam. Setelah itu, mereka berdua diam. Tiada apa lagi yang mahu di bualkan. Nyata masing-masing sudah setuju dengan perancangan ‘gila’ yang tiba-tiba ini.

Previous: Bab 9
Next: Bab 11

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Hanan Rahman