Home Novel Cinta Cinta Yang Tertukar
Cinta Yang Tertukar
Hanan Rahman
25/5/2015 15:13:01
135,221
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 13

“Aku minta maaf Borhan. Semua ni salah aku,” ucap Tan Sri Khalid. Walau susah macam mana pun, dia harus menghadapi masalah ini. Sehari selepas Tan Sri Borhan dan isterinya pulang ke tanah air, dia terus mengatur pertemuan ini. Bimbang kalau di biar lama, masalah ini makin rumit. Susah pula mahu menyelesaikannya nanti.

Tan Sri Borhan mendengus. “Aku dah bagitahu dengan keluarga terdekat dan rakan-rakan business aku yang kita akan berbesan. Tapi bila dah jadi macam ni, mana aku nak letak muka?”

“Aku faham. Macam ni,biar aku yang selesaikan semua.”

“Cakap senanglah. Bukan kau yang tanggung. Aku! Tahu tak, aku boleh saman kau sebab dah malukan aku.”

Tan Sri Khalid pegang kepala. Saman. Ya, dia sudah asingkan duit untuk itu. Bak kata pepatah, sediakan payung sebelum hujan. “Aku terima apa saja hukuman kau.”

“Dah lah. Aku pun ada hati dan perasaan juga. Kita ni ada pertalian kekeluargaan. Walaupun jauh, kita tetap keluarga. Lagipun aku tak nak tambahkan masalah. Masalah Syafiq dekat Belanda tu pun dah banyak susahkan aku. Jadi kau patut bersyukur sebab aku tak saman kau,” kata Tan Sri Borhan. Anak lelakinya itu memang tak habis-habis bawa masalah. Konon-konon pergi ke sana mahu menimba ilmu perniagaan. Alasan! Sebulan dua, memanglah nampak tiada masalah. Tapi selepas itu, kecoh di internet. Anak ahli perniagaan dari Malaysia berparti di kelab malam. Tapi penyebar gambar itu sudah di tangkap. Ia kerja salah seorang dari musush perniagaannya. Tapi yang terbaru pula lebih dahsyat. Syafiq telah mengandungkan seorang gadis di Belanda. Bukan gara-gara musuh nyata, tapi musuh ghaib. Nafsu! Keluarga gadis itu mahu Syafiq bertanggungjawab. Sudahnya apa lagi, nikahlah!

“Terima kasih Borhan. Terima kasih banyak-banyak. Hurm… kes Syafiq macam mana? Dah selesai?” Tanya Tan Sri Khalid.

“Selesailah. Dah nikah pun. Buat sakit hati je budak tu. Kalau aku tahu perangai dia macam ni, dari kecil aku dah tekup dengan bantal.”

Tan Sri Khalid diam. Kalau dia di tempat Tan Sri Borhan pun pasti dia akan marah. Anak telah membuat maksiat. Macam tiada agama!

“Ni, Shasha mesej aku. Kejap lagi dia sampai.”

“Dia nak apa?”

“Dia nak jumpa kau lah. Eloklah tu. Yang tak jadi kahwin pun dia. Korang bincanglah. Aku tak nak masuk campur.” Setelah itu, Tan Sri Borhan terus bangun dari tempat duduknya dan berlalu pergi.

Tan Sri Khalid mengeluh perlahan. Berhadapan dengan Shasha lebih teruk dari berhadapan dengan Tan Sri Borhan. Tidak lama, Shasha datang menemuinya di situ.

So, uncle pilih perempuan tu?” Tanya Shahsa yang sudah duduk di hadapan Tan Sri Khalid.

“Bukan uncle tapi Izz.”

Shasha mengetap bibir. “Habis tu Shasha nak kahwin dengan siapa?”

“Mungkin Izz bukan yang terbaik untuk Shasha. Carilah lelaki lain. Shasha cantik. Uncle yakin ramai lelaki yang nak jadikan Shasha isteri.”

“Masalahnya Shasha cuma nak Izz. Uncle tahu kan Shasha cintakan dia. Entah apa yang Izz nampak kat Nea. Agaknya mata Izz tu dah rabun. Sebab tu dia pilih Nea.”

Tan Sri Khalid tergeleng-geleng. “Tu semua kehendak Allah. Mungkin di mata kita, Nea tak sempurna. Tapi di mata Izz, Nealah gadis yang paling sempurna.”

“Hish! Dah lah uncle! Buat sakit hati je bercakap dengan uncle ni. Uncle dengar cakap Shasha ni. Perkahwinan dia orang tu tak kan bahagia. Tak kan kekal lama. Percayalah. Huh! Menyesal Shasha datang sini.” Usai berkata-kata, Shasha terus mengangkat punggung.

“Astaghfirullahalazim. Shasha, Ahasha…” Tan Sri Khalid hanya mampu mengucap. Semoga Allah buka hati gadis itu untuk redha dengan qada dan qadar. Insya-Allah.

***

“Kenapa uncle buat saya macam ni?”

Tan Sri Hisyam mengeluh perlahan. Sudah puas dia berfikir. Sudah banyak kali di bincangkan dengan Tan Sri Khalid soal ini. Akhirnya mereka sepakat untuk berbesan. Kepentingan anak nombor satu. Lagipun inilah masanya mahu membuktikan pada Nea yang dia juga seorang papa yang ambil kisah tentang kebahagiaan anak sendiri. Kerana itu, dia mengalah. “Uncle mita maaf Amir. Uncle minta maaf.”

“Saya janji akan berubah. Tak kan uncle tak percaya saya?” Amir terus-terusan mencari jawapan yang sebenar mengapa dirinya di tolak. Dalam dia yakin akan mendapat tempat di hati Tan Sri Hisyam, tapi lain pula jadinya.

Uncle percaya. Tapi uncle buat semua ni demi Nea. Dia cintakan Izz. Dia dah pilih Izz.”

Uncle dah kecewakan saya.”

“Amir carilah perempuan lain. Anggaplah uncle menolak tuah sebab tak terima Amir sebagai menantu,” ujar Tan Sri Hisyam.

Amir tersenyum hambar. “Saya akan cari perempuan lain. Tapi untuk letakkan perempuan tu setaraf dengan Nea dalam hati saya, mungkin akan ambil masa. Atau mungkin saya tak kan jumpa langsung.”

“Err… tapi…”

Uncle jangan risau. Saya tak kan campur urusan peribadi dengan hal kerja. Apa juga kerjasama yang terjalin antara syarikat kita tak kan terganggu hanya di sebabkan hal ni,” kata Amir.

Tan Sri Hisyam tersenyum senang. “Terima kasih. Uncle tahu Amir rasional dalam hal ni.”

“Saya pergi dulu uncle. Ada hal.”

“Yalah. Sekali lagi uncle minta maaf.”

Amir bersalaman dengan Tan Sri Hisyam sebelum laju menuju ke kawasan parkir. Pintu lamborghini miliknya di buka dan dia terus duduk di tempat duduk pemandu. Enjin di hidupkan dan penghawa dingin di pasang. Setelah itu, Iphone di dalam poket baju di keluarkan. Nombor Nea di dail. Sekali, dua kali dan tiga kali. Semuanya tidak di angkat. Apabila dia mencuba lagi, barulah panggilannya bersambut.

“I nak jumpa you.” Pantas dia berkata.

For what?”

Amir meraup wajahnya. “I tahu you sengaja. You tak cintakan Izz tapi you cuma gunakan dia supaya you tak kahwin dengan I. Am I right?” Entah kenapa laju saja dia berkata sebegitu.

Diam. Tiada sahutan dari Nea.

“Kenapa diam?”

“Sebab… sebab I malas gaduh dengan you. I tak kisahlah you nak cakap apa pun. I dah kata yang I cintakan Izz. Tapi you yang tak percaya. So, you nak I buat apa? Nak I terangkan banyak kali supaya you faham? I don’t think so. Lagipun I ada banyak kerja lagi yang nak kena buat dari I kena ulang satu-satu dan buat you faham yang I tak cinta dan tak kan pernah terima you,” balas Nea.

“Kalau satu hari nanti di takdirkan yang you akan jatuh cinta dengan I, you nak buat apa?”

It will never happen Amir. Satu hari nanti, I dah kahwin dengan Izz. Jadi tak mungkin I akan cintakan lelaki lain selain dari suami I. Kalau I tak kahwin pun, I tak kan cintakan you.”

Don’t be so sure sayang. You tak boleh ramal apa yang akan jadi satu hari nanti. Even esok pun you tak tahu apa akan jadi. So, bila takdir yang I cakapkan tadi jadi kenyataan, promise me yang you akan terima I,” ujar Amir.

I won’t!”

“Ke you takut? Takut sebab you rasa yang you memang akan betul-betul jatuh cinta dengan I?”

“Tak berbaloi I takut untuk sesuatu yang tak kan pernah jadi.”

“I anggap jawapan you tu sebagai janji.”

“Janji apa?”

Amir tersenyum. “Janji yang you akan terima I.”

“Hey! Bila masa I…”

You’ve promised!”

Tut… tut… tut…

Amir terus mematikan talian. Nea harus mengalah dengannya kali ini. Bukan mahu mendabik dada. Tapi hatinya begitu yakin dengan apa yang di ucapkannya tadi. Nea akan cintakan dia juga nanti. Bila? Biarlah masa yang menentukan.

Previous: Bab 12
Next: Bab 14

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Hanan Rahman