Home Novel Cinta Jodoh Sebelah Mata
Bab 50

Pintu kondo yang tidak berkunci di buka. Kepala yang gatal di garu rimas. Seharian dia berada di kondo Farid sehingga lupa yang dia belum mandi dan bersarapan pagi. Farid juga sama. Mereka terlalu leka bercerita, meluahkan rasa hati dan berkongsi pendapat. Macam tiada hari esok. Mujurlah Farid yang menjadi jirannya. Tidaklah dia mati kutu mahu mencari teman untuk di ajak berbual.

Setelah sampai di bilik, tuala yang di sidai di capai dan dia terus berlalu ke dalam blik mandi. Usai mandi, dia menunaikan solat zohor dan setelah itu dia bersiap-siap mahu keluar. Dia telah berjanji dengan Farid untuk makan di luar. Yalah, sudah lama mereka tidak keluar bersama. Semuanya gara-gara kesibukan yang menghimpit diri masing-masing. Sesampainya di ruang tamu, ada sesuatu yang menarik perhatiannya untuk mendekati sofa. Setelah mendekat, dia terkejut bila mendapati Qaira sedang lena tidur di situ.

“Ingatkan dia tak datang,” gumam Harris sendirian.

Baru dia mahu mengejutkan, niatnya tiba-tiba di batalkan. Kasihan pula melihat wajah Qaira yang nampak lelah itu. Biarlah, kata hatinya. Dia pun bukannya ada di rumah. Nanti Qaira pasti akan bangun juga. Lalu perlahan-lahan dia menapak menuju ke pintu. Pergerakannya di lakukan dengan tertib. Dia tidak mahu membuat Qaira terkejut.

***

“Eh dia ni, tak bangun lagi?” Harris sudah berdiri di hadapan Qaira yang masih lena. Lagipun sekarang sudah hampir senja.

“Qaira, Qaira. Bangunlah. Awak tak nak balik rumah ke?”

Qaira bergerak sedikit namun matanya tetap tertutup rapat. Tidak kelihatan tanda-tanda yang Qaira mahu bangun dari lenanya.

“Bangunlah. Tak kan awak nak tidur kat sini pula? Qaira.” Harris masih berusaha untuk membuat Qaira terjaga.

“Kalau awak tak bangun, saya cium awak,” ugutnya pula. Mana tahu Qaira sengaja tidak mahu banngun? Pasti caranya ini akan berkesan untuk membuat Qaira takut.

Tapi nampaknya dia silap. Qaira masih juga begitu. Lalu tangannya di angkat dan menepuk bahu Qaira. Tapi tetap tidak berhasil. Setelah itu, pipi Qaira pula yang di tepuk. Sekali dan kemudian dia berhenti lama di pipi itu sebelum beralih pula pada dahi dan leher. “Panasnya…”

Setelah itu, laju dia menuju ke dapur dan akhirnya kembali semula dengan sebuah bekas yang di isi dengan air. Kedudukan Qaira di betulkan sedikit agar senang untuknya duduk di sisi gadis itu. Tuala kecil di basahkan sebelum di letakkan di dahi Qaira. Kemudian dia mengambil dua biji panadol dan segelas air sebelum kembali ke ruang tamu. Dia sekali lagi cuba mengejutkan Qaira.

“Saya ada bawa ubat. Bangunlah kejap.”

Qaira memejam kuat matanya. “Kepala saya sakit.”

“Sebab tu awak kena makan ubat,” kata Harris.

“Tak nak.”

“Qaira…”

“Saya tak nak. Saya tak suka makan ubat,” balas Qaira perlahan.

Harris mengetap bibir. “Saya pun tak suka makan ubat. In fact, tak ada orang suka makan ubat. Tapi kalau nak sihat, awak kena makan.”

“Saya tak…”

“Jangan degil boleh tak?” Harris menaikkan sedikit nada suaranya. Setelah itu, di paksa tubuh Qaira untuk bangun. Panadol di suakan pada gadis itu.

Qaira membuka matanya. Di pandang wajah Harris dengan rasa sebal. “Kalau saya muntah kat sini, encik jangan nak marah saya.”

“Kalau awak muntah, saya tahulah apa nak buat. Kat sini kita berdua je. Jadi kalau awak rasa awak cukup kuat untuk lawan saya, cubalah,” ugut Harris.

“Tak payahlah nak ugut-ugut!” Lalu pantas sahaja Qaira mencapai panadol yang ada di tangan Harris. Dengan payah dua biji panadol itu di masukkan ke dalam mulut. Air di teguk sampai habis. Terasa mahu saja dia mengeluarkan semula panadol itu. Tekaknya rasa loya. Tapi di kuatkan hatinya untuk menelan. “Puas hati?”

“Bolehlah,” balas Harris sambil ketawa kecil. Hujung bibir Qaira yang tersisa air itu di lap dengan jari.

Qaira pula terus berbaring. Langsung tidak kisah dengan perlakuan Harris kerana dia terlalu sakit untuk melayan perasaan ketika ini.

Harris terkedu. Di tarik jarinya sebelum dia menelan liur. Tanpa menunggu lama, cepat-cepat dia menuju ke bilik untuk mengambil bantal dan selimut. Penuh berhati-hati dia mengangkat kepala Qaira sebelum di alaskan dengan bantal. Badan Qaira pula di selimutkan dengan selimut tebal. Dia tahu pasti gadis itu sedang kesejukan.

Nampaknya malam ini terpaksalah dia menumpang tidur di rumah Farid. Mustahil dia mahu tidur bersama Qaira di sini. Walaupun tidak tidur sekatil, tapi mereka tetap serumah. Tidak manis kalau ada yang tahu. Namun dia masih mahu menunggu untuk seketika. Manalah tahu Qaira terjaga dan mahukan sesuatu. Sekurang-kurangnya dia ada untuk membantu.

“Abah… mak…”

Harris mengerutkan dahi. Qaira meracau memanggil abah dan emaknya. Berulang kali sehingga Harris naik buntu. Pipi Qaira di elus perlahan. Dan akhirnya barulah Qaira kembali seperti biasa. Saat itu, rasa simpatinya bertambah kuat. Pasti Qaira rindukan orang tuanya. Di saat sakit seperti ini, pastilah gadis ini mahu di manja dan di belai. Dan dia rasa mahu mengambil alih tugas itu. Kalau boleh, dia mahu menjaga Qaira sehingga sembuh. Sehingga boleh senyum dan ketawa seperti sedia kala. Dia hanya mahu lihat Qaira yang sihat bukan sakit.

Lalu dia mula membandingkan perasaan ketika Reena juga dalam keadaan seperti ini. Sakit dan minta di beri perhatian. Dia juga risau. Dia juda susah hati. Tapi dia dapat merasakan yang rasa risau dan susah hatinya kali ini terasa berbeza. Malah ia juga berbeza dari perasaannya ketika tahu Reena terpaksa di tahan di hospital kerana menelan pil tidur. Risau tandanya sayang. Betul kah?

“Aku betul cintakan dia ke?” ujar Harris perlahan.

Di renung lagi wajah Qaira. Semakin lama dan semakin dia sedar satu perkara. Dia rasa tenang bila melihat wajah itu. Dia suka melihat wajah Qaira. Baginya ia ada daya penarik yang tersendiri.

“Tapi reena…” Harris mula mengeluh. Bagaimana dengan gadis itu? Reena, gadis pilihan mummynya. Bolehkah dia melakukan sesuatu agar mummynya memilih Qaira? Terasa ia satu yang sangat mustahil.

Reena pula pasti sedih jika dia memilih Qaira. Salahnya kerana berjanji mahu mencintai gadis itu. Tapi semua ini terjadi bukan atas kehendaknya. Perasaan terhadap Qaira hadir tanpa di pinta. Dia sendiri tidak menduga semua ini.

Dan dalam kekacauan perasaan, dia mengambil keputusan untuk membersihkan diri. Dia mahu solat dan cuba untuk mententeramkan perasaan yang keliru. Namun baru dia mahu melangkah, kedengaran bunyi pintu di ketuk. Harris segera menoleh ke arah pintu yang tertutup rapat itu.

“Siapa pula yang datang ni?” Katanya. Di pandang Qaira sekilas sebelum dia menapak menuju ke pintu. Baru tangannya mahu mencecah pemegang pintu, perbuatannya tiba-tiba terhenti.

“Tak mungkin…” Harris cuba menenangkan diri sendiri. Ketika ini dia hanya mahu memikirkan yang baik-baik sahaja. Saat ketukan di pintu kembali bergema, dia mengucap panjang. Di pandang lagi Qaira yang berada di sofa. Adakah ketakutannya selama ini akan menjadi kenyataan?

“Maafkan saya. Saya tak tahu yang keadaan akan jadi macam ni. Saya faham dan terima kalau awak marah saya,” ujar Harris. Dengan tangan terketar-ketar dia membuka pintu. Di saat itu dia sudah terbayang wajah kecewa mummynya. Maafkan Ris mummy. Ris pun tak nak berakhir macam ni. Ris nak kahwin dengan restu mummy.

“Assalamualaikum,” satu suara menyapa Harris yang berdiri tegak di hadapan pintu.

“Wa… waalaikumsalam.” Harris menjawab dalam kepayahan.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Hanan Rahman