“Kau
memang kawan yang terteruk dekat dalam dunia. Bertunang semalam tapi hari ni
baru bagitahu. Kau lupa kawanlah Izz,” kata Faiz sebal. Malah ia turut di akui
oleh Joe dan Afif. Kata sahabat sejati. Tapi mereka langsung tidak tahu menahu
tentang hal pertunangan Izz. jangan sampai bila kahwin nanti mereka tidak tahu
juga sudahlah. Kalau ya, putus sahabat!
Izz
menggaru kepalanya. “Tapi sekarang dah tahu kan? Tak payahlah marah lagi.”
“Lebih baik kau bagitahu tahun depan
je,” ujar Joe.
“Aku ada sebab buat macam tu.”
Afif
terangguk-angguk. “Faham. Semua yang jadi mesti ada sebab. Then, bagitahulah apa sebabnya? Atau kau nak bagitahu tahun depan?”
Izz
mengetap bibir. “Tak kelakar Afif.”
Joe
dan Faiz tersengih. Afif memang suka bab mengenakan orang. Hobi!
“Aku tunang dengan Nea,” beritahu Izz.
“Nea?
Nea mana? Kita orang kenal ke?” Tanya Faiz.
“Nea
Khairina binti Tan Sri Hisyam. Alah, si langsuir tu.”
Pantas
ketiga sahabatnya melopong. Tapi Joe lebih pantas menzahirkan rasa terkejut dan
tidak percayanya. “Are you serious bro?
Tapi sejak bila kau dengan dia?”
Izz menggoyang-goyangkan jari
telunjuknya. “Aku tak pernah dengan dia. Never.”
“Habis
tu kenapa tunang? Eleh, dah pandai nak berahsia pula. Tu lah orang cakap jangan
benci sangat, nanti suka. Selama ni bukan main mengata Nea. Tapi dalam diam,
dia dah kebas dulu. Malulah tu nak cerita. Takut kena gelak,” kata Faiz sambal
ketawa.
“Gila!
Kau memang gila,” kutuk Izz.
“Apa
pula aku yang gila? Kau tu yang gila,” balas Faiz.
“Betul.
Kau memang gila Izz. Aku dah cakap, Nea tu perfect!
Cantik dia natural. Tak mainlah mekap
tebal-tebal ni. Tapi bila aku puji, kau kata aku buta. Tak tahu menilai. Tapi
sekarang, tengok siapa yang buta? Aku ke kau?” Sampuk Afif.
Izz mendengus. “Stop it okay. Korang buat aku rasa macam nak cabut tiang lampu tu
dan bantai korang semua. Tiga-tiga sekali. Aku tunang dengan Nea bukan sebab
cinta atau yang sama waktu dengannya. Aku terpaksa. Aku cakap sekali lagi,
terpaksa. Itu je cara supaya aku lepas dari Shasha.”
Kali
ini, Faiz ketawa lagi. “What? So, cerita kau ni sama yang macam dalam
drama tu lah? Kalau macam tu, tak payah cerita lagi. Confirm happy ending.”
“Tak.
Untuk cerita aku ni, aku akan pastikan ending
dia tak sama.”
Joe
mengerutkan dahi. “Maksud kau?”
“Aku tak akan kahwin dengan Nea. Tak
kira apa pun, aku akan cari jalan untuk buat benda tu jadi kenyataan,” kata Izz.
“Rugilah,”
komen Afif.
Izz
pandang Afif. Tidak semena-mena, terlintas satu rancangan di mindanya. “Apa kata
kau je yang kahwin dengan Nea? Buat sampai dia jatuh cinta dengan kau. Alah, kau
ayat dia sikit, lama-lama cairlah tu.”
“Aku?”
Afif menunjuk dirinya. “Nak tapi tak kut. Aku dengar bapak dia garang. Takut…”
“Uncle Hisyam garang? Mana kau dengar?
Aku tengok okey je.”
“Tu
lah kau tak tahu. Kawan sepupu aku kerja dekat Daya Group. Dia bagitahu dekat
sepupu aku yang dia orang pernah dengar Tan Sri Hisyam marah Nea kat office.”
“Adalah
tu Nea buat salah. Biasalah. Kalau salah, mesti kena marah,” ujar Izz. Selama
dia mengenali Tan Sri Hisyam, dia melihat lelaki itu seorang yang baik. Mungkin
sedikit tegas tapi tidaklah garang sangat.
Afif menjungkit bahu. “Apa-apa pun kesian Nea.”
“Kau
nak aku tolong tak?” Tanya Joe tiba-tiba. Semua mata terus memandang ke
arahnya.
“Tolong?”
“Yalah.
Kau tak nak kahwin dengan Nea kan. Aku boleh tolong,” kata Joe.
Izz nampak berminat dengan tawaran
daripada Joe itu. Mungkin idea sahabatnya itu akan berkesan. Tidak salah
mencuba. Kalau gagal, boleh cuba yang lain pula. “Mestilah nak.”
Joe
tersenyum. “Okey. Aku tolong. Just Leave
it to me.”
“Kau nak buat apa Joe?” Tanya Afif.
“Adalah…”
Joe sudah merencana segalanya dalam kepala.
***
Tan Sri Hisyam merenung sampul yang
di letakkan oleh Rahimah di atas meja di bilik bacaan miliknya. Sedikit pelik
kerana sampul itu hanya tertulis namanya. Nyata ia bukan surat rasmi tapi tidak
rasmi. Yang pasti, surat itu memang di tujukan padanya. Lalu perlahan-lahan,
sampul itu di capai. Kata Rahimah, sampul itu di selitkan di pintu pagar.
Pelik!
Setelah
isi di dalam sampul itu di keluarkan, dia tergamam. Menggigil tangannya
tatkalagambar-gambar itu menjadi santapan matanya. “Apa semua ni?”
Di belek lagi gambar yang
seterusnya. Terasa jantungnya mahu tercabut keluar. Pantas di campak gambar itu
di atas meja. Turun naik nafasnya menahan rasa marah dan sakit hati. Tapi dia
perlu bersikap rasional. Lagipun dia bukan jenis orang yang mudah percaya dengan
benda- benda yang begitu senang seperti ini. Nyata sekali orang yang
mengirimkan gambar-gambar ini mempunyai niat yang tidak baik.
“Apa
aku nak buat ni?”
Tan Sri Hisyam mundar-mandir di biliknya.
Hati tuanya rasa tidak senang.
“Pa…”
Teguran
dari Nae itu membuatkan Tan Sri Hisyam kalut menyimpan gambar-gambar itu di
dalam laci. Setelah selesai, pantas wajah Nea di pandang. “Tak tahu nak ketuk
pintu dulu?” Marahnya.
Nea
menggigit bibir. “Err… Nea dah ketuk tapi papa tak dengar.”
“Nea
nak apa?”
“Tak.
Nea cuma nak cakap sikit pasal… pasal abang Halim.”
“Kenapa
dengan Halim?” Tanya Tan Sri Hisyam.
“Nea
tak dapat buktikan lagi tapi Nea rasa abang Halim tak jujur,” beritahu Nea. Setakat
ini, ada tiga projek di bawah Halim yang sangat di ragui. Projek-projek itu semua
bermasalah. Bahan-bahan yang di terima nyata tidak berkualiti. Bila di tanya, Halim
kata semua bahan di beli dari pembekal tetap. Tapi kalau ya, kenapa hanya
projek kendalian Halim yang bermasalah?
Tan Sri Hisyam terkejut. “Halim tak
jujur? Mustahil! Dia pekerja yang paling boleh di percayai. Dah lama dia kerja
dnegan Daya Group. Tak mungkin Halim akan buat macam tu.”
“Tapi
pa…”
“Nea
jangan nak menuduh. Kalau pun tak suka dia, jangan buat macam ni.”
“Pa…”
“Nea keluarlah. Papa tak nak di
ganggu. Ingat, jangan sebut pasal ni lagi. Tapi kalau nak sebut juga, sertakan
bukti yang kukuh sebab papa lebih percaya Halim dari Nea. Got that?”
Nea
menahan rasa. Papa lebih percaya abang Halim? Ya Allah, apa salah aku pada
papa? Namun sempat juga dia melirik pada laci di mana Tan Sri Hisyam sempat
memasukkan sesuatu di dalamnya. Dia tidak tahu apa itu. Tapi kelihatannya
seperti sesuatu yang amat sulit sehinggakan papanya begitu kalut untuk
meyembunyikan ‘benda’ itu dari pengetahuannya. Ringan juga mulutnya mahu
bertanya. Tapi tak apalah. Dia sudah tahu jawapan apa yang bakal keluar dari
mulut papanya. “Nea keluar dulu.’
Tan
Sri Hisyam tidak memberikan sebarang respon. Setelah Nea keluar, dia duduk di
atas kerusi. “Halim tak jujur? Tak mungkin.”
Kemudian,
gambar di dalam laci di keluarkan semula. Belum selesai satu masalah, datang
pula masalah yang lain. Tapi masalah gambar ini lagi penting dari masalah Halim.
Bukankah tadi dia sudah katakan bahawa dia lebih mempercayai Halim dari Nea?
Jadi baginya Halim bukanlah satu masalah yang harus di fikirkan.