Nea
mencapai beg tangannya lalu bergegas keluar dari biliknya. Perutnya sudah
berbunyi minta di isi. Dia tidak sanggup untuk mengalas perut dengan sebotol
air mineral dan sekeping sandwich lagi hari ini. Cukup-cukuplah! Lagipun projek
di Sabah itu sudah berada di dalam tangan. Tidak sia-sia dia bersengkang mata
untuk menyiapkan kertas kerja yang terbaik kerana hasilnya sangat lumayan. Tan
Sri Hisyam juga memuji kesungguhannya. Walaupun dalam kadar yang sederhana tapi
dia tahu yang Tan Sri Hisyam gembira.
“Maira,
jom teman saya lunch,” ajak Nea pada Humaira
yang sedang mengemaskan meja.
Humaira
mengangkat wajah. Setelah itu, dia bangkit dari kerusi dan mendekati Nea.
“Rasanya saya tak bolehlah cik Nea.”
“Kenapa?
Tak sudi makan dengan saya?”
“Err…
bukan macam tu. Sebenarnya encik Amir masih ada kat bawah,” beritahu Humaira.
Nea
terkejut. “What? Dia tak balik lagi?
Mamat tu tak ada kerja ke?”
Humaira
mengangkat bahu. Kerana Amir Isyraf tercongok di sini sejak pagi tadi, semua
staf wanita di Daya Group yang masih bujang tidak senang duduk. Semuanya teruja
mahu melihat secara dekat lelaki yang punya daya tarikan itu.
“Tak
apalah. Saya jumpa dia,” ujar Nea sebelum berlalu. Laju langkahnya menuju
tangga. Waktu-waktu seperti ini, lif pasti sesak. Setelah sampai di tingkat
bawah bangunan Daya Group, dia mendekati Amir yang sedang duduk di atas sofa
berwarna putih. Tidak susah baginya untuk mengenali lelaki itu walaupun dari
jauh. Tidak suka tidak bermakna dia tidak mahu mengakui aura yang ada pada
lelaki itu.
“I
rasa I dah cakap dengan jelas tadi. Go
away! I tak nak tengok muka you.
Tak faham ke?” Terjahnya garang.
Amir
pantas mendongak. Namun tidak pula dia terkejut dengan terjahan itu. Mungkin
dia akan lebih terkejut jika gadis ini bercakap dengan lembut dan sopan
terhadap dirinya. “Nope. I tak faham.
Sebab tu I still tunggu kat sini.”
“Don’t waste your time. I tak nak you,” tegas Nea.
“I
dah kata jangan buat muka garang dengan I. Buruk padahnya nanti,” balas Amir
yang sudah pun berdiri.
“You nak buat apa?”
“I…
I rasa macam nak gigit-gigit. You makin cantik dan comel kalau marah,” jawab
Amir di selangi dengan senyuman nakal.
Nea
mengetap bibir. “Just go.”
“I
tak kan pergi selagi you tak ambil
bunga ni.”
“I
tak suruh you beli. Lagipun I tak
suka bunga.”
Amir
ketawa kecil. “I see. So, bukalah
baju you. I rasa you salah pakai baju.”
Nea
mencerlungkan matanya. Buka baju? Amir memang gila! Tak senonoh! “Sebelum I
hilang sabar, lebih baik you berambus. Takut nanti I sumbat pula mulut you dengan
kasut I ni.”
“Janganlah
garang sangat sayang. I cuma cakap benda betul.”
“Suruh
I buka baju kat sini tu betul?”
“Tengok
baju you. Then kalau you masih kata
I gila, I terima,” kata Amir.
Pantas
Nea memelirik ke arah bajunya. Seketika, dia menyembunyikan rasa malu yang
tiba-tiba datang. Dia menyarung blouse yang di hiasi bunga kecil. Kata tak suka
bunga tapi pakai baju bunga-bunga. Apalah! Kalau nak menipu pun, tengok kiri
kanan.
“Tengok,
kan dah malu. Sampai merah muka,” sindir Amir.
“Mana
ada!”
Amir
ketawa lepas. “Ada.”
“Bencinya
dengan you ni.”
“You benci, I suka. So since you dah tertangkap menipu ni, apa kata you ambil bunga ni.
Penat I pegang. Dah naik lenguh tangan ni.”
Nea
tidak menunjukkan sebarang reaksi. Malah masih berwajah tegang seperti tadi.
“Please. Ke you I nak melutut kat sini? I tak kisah…”
Pantas
Nea mengambil sejambak bunga ros merah dari tangan Amir sebelum sempat lelaki
itu mencecahkan lututnya di atas lantai. Memang tak lah dia akan membiarkan Amir
melutut di sini. Buat malu saja.
“Good girl. Macam tu lah. Okey, jom lunch. I dah lapar,” ajak Amir.
“Senangnya
you ajak I?”
“I
fikir you nak bincang dengan I pasal
kita. Guess, I was wrong.”
Nea
menghela nafas panjang sebelum menghembusnya keluar. Dia memang tidak mahu
keluar dengan Amir. Tapi kalau bukan hari ini, bila lagi? “Okey. Jom.” Akhirnya
dia memberikan persetujuan. Semakin di biarkan tanpa perbincangan, semakin
sukar dia untuk melepaskan diri dari perkahwinan ini.
Amir
menunjukkan riak gembira. Makin terserlah wajah kacaknya dek senyuman itu. “Naik
kereta I.”
“No.
I nak drive sendiri. Kalau you tak
nak, kita tak payah keluar.”
“And How about now? Masih nak drive?” Tanya Amir yang sudah pun
merampas beg tangan yang di pegang Nea.
Nea
tersentak. Tidak sempat dia bertindak. Amir terlalu pantas. “You ni…”
“Cepatlah.
I tak kisah kalau you nak stay lagi kat sini,” ujar Amir.
Wajah
Amir di jeling tajam sebelum Nea melangkah laju meninggalkan lelaki itu. Semoga
semuanya selesai hari ini. Bolehlah dia tenang sedikit. Ternyata Amir satu
gangguan buat dirinya.
***
Izz
memerhati dengan penuh minat pasangan yang duduk tidak jauh darinya itu. Dia
tidak mahu percaya tapi bukti sudah ada di depan mata. Kenapa mahu menidakkan
lagi? Pelik memang pelik tapi hati manusia sukar di jangka. Kalau sudah cinta,
yang buruk pun boleh jadi baik. Dan dia pula tidak usahlah mahu jadi penyibuk.
Tiada kaitan pun dengan dirinya.
“You tengok apa tu?” Tanya Shasha sambil
menyedut jus orennya. Apabila tiada balasan, dia mengetap bibir. Sudah lama Izz
berkeadaan seperti itu. Dia yang duduk tegak di hadapan lelaki itu sudah sama
seperti pokok hiasan pula rasanya. Langsung tidak di pedulikan.
“Izz!”
Izz
tersentak. Terus di pandangnya wajah Shasha. “Apa?”
“I
tanya you tengok apa? Dari tadi asyik pandang
depan je.”
“Habis
tu tak kan I nak pandang belakang pula?”
Shasha
mengecilkan matanya. Pasti ada sesuatu yang menarik perhatian Izz. Lantas dia
menoleh ke belakang. Meliar matanya mencari. Apa yang menarik? Tiada apa-apa
melainkan… Nea. Nea khairina! Hesy! Izz dah jatuh cinta dengan dia ke? Tak
boleh jadi ni.
“You tengok Nea kan?” Tanyaanya saat
kembali berpaling.
“Mana
ada. Dah cepatlah makan. I nak balik office.
Banyak kerja,” kata Izz. Nanti kalau dia kata ya, silap-silap Shasha jirus lagi
Nea dengan jus oren. Dia tidak mahu membuat masalah tengah hari ini. Lagipun jadualnya sungguh padat. Hari ini saja dia terpaksa berkejar dari satu tempat ke
satu tempat. Jadi dia tidak
mahu memadatkannya lagi dengan pergaduhan di antara Shasha dan Nea.
“I
tak percaya.” Lalu Shasha kembali memandang Nea. Ternyata Nea tidak berseorangan.
Ada seorang lelaki bersamanya. Mungkin klien. Tapi saat Shasha terlihat wajah
lelaki itu, dia tersentak. Amir Isyraf! “Dia orang couple ke?”
“You nak makan ke tak? Kalau tak, kita
balik,” ujar Amir.
“Oh my God. I tak sangka dia pilih playboy tu,” kata Shasha lalu kembali
menghadap Izz.
Izz
mengeluh perlahan. “Suka hati dialah. You
sibuk kenapa?”
“Tak
adalah. Tak sangka dia frust sampai macam
tu sekali.”
“Frust?”
Shasha
menagngguk. “Yalah. Dia frust sebab
tak dapat you. Sebab tu dia rembat je
siapa yang datang.”
“Jangan
nak merepek boleh tak? Dah jom lah. Kalau tak, I tinggal you kat sini,” kata Izz sebelum meninggalkan sekeping RM 100 di
atas meja.
Shasha
hanya mencebik. Namun sempat juga dia berpaling. Nea dengan Amir? Sesuai sangatlah
hidup bersama! Seorang perampas. Seorang lagi playboy. Tidak sabar rasanya dia mahu tahu kesudahan hubungan mereka
berdua itu.