Home Novel Cinta Cinta Yang Tertukar
Cinta Yang Tertukar
Hanan Rahman
25/5/2015 15:13:01
135,183
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 2

Ketika Nea tiba di rumah, terkocoh-kocoh kak Rahimah mendekatinya. Katanya, Tan Sri Hisyam mahu berjumpa di bilik bacaan. Nea akur tanpa banyak soal. Pasti papa mahu menyambung kata yang terhenti di pejabat siang tadi. Sabarlah wahai telinga. Kuatlah wahai hati. Sudah acap kali dia di marahi papa. Tak kanlah tak biasa lagi? Ya! Dia sudah biasa. Semoga kata-kata itu akan menjadi azimat paling ampuh buat dirinya.

Dengan lafaz bismillah, pintu bilik bacaan di ketuk. Apabila tiada jawapan, perlahan-lahan Nea menolak daun pintu yang tidak berkunci itu. Tahu Tan Sri Hisyam pasti sedang melakukan sesuatu. Dan benar seperti telahannya. Di lihatnya ketika itu Tan Sri Hisyam sedang leka membelek sebuah buku. Papa kalau tengah buat sesuatu memang tak toleh kiri kanan! “Assalamualaikum papa,” sapanya.

“Waalaikumsalam,” sahut Tan Sri Hisyam. Namun matanya masih terus melekat pada buku di tangan.

Nea tersenyum hambar. Sama hambar seperti hubungannya dan juga Tan Sri Hisyam. Kalaulah ada mama, mungkin suasananya tidak akan seperti ini. Tapi itu tidak bermaksud yang dia menolak ketentuan Allah. Sesungguhnya setiap yang bernyawa pasti akan mati. Cuma cepat atau lambat sahaja.

“Esok papa nak Nea jumpa Puan Sakinah,” kata Tan Sri Hisyam lalu menutup buku yang sejak tadi menjadi tatapan matanya.

Eh, papa bukan nak marah soal pagi tadi tadi ke? Nea pelik. “Puan Sakinah? Siapa tu?”

Tan Sri Hisyam berdiri. Raut wajah Nea di pandang sekilas. “Macam mana nak tahu kalau selama ni tak pernah ambil kisah pasal syarikat?”

Nea telan liur. Dia tidak ambil kisah kerana dia tidak mahu bekerja dengan papa. Dia mahukan kebebasan. Sama seperti ketika dia bergelar pelajar. Jauh dari kongkongan papa. Tapi bila Tan Sri Hisyam kata A, maka dia tiada pilihan untuk berkata B. Tapi bila akal gilanya datang, dia jadi suka dengan keadaan ini. Tidak perlu kerja keras, tapi terus jadi bos besar. Hanya perlu belajar pandai-pandai tentang hal-hal perniagaan.

“Esok Izz ada sekali. Kalau tak tahu, tanya dia,” kata Tan Sri Hisyam.

“Izz?” Nea terlopong. Kalaulah papa tahu betapa mereka bagai kucing dengan anjing, pasti papa akan berfikir dua kali untuk berkata sebegitu.

“Jangan lambat!” Itu amaran keras Tan Sri Hisyam. Membuat salah di hadapannya, dia masih boleh terima. Tapi kalau di hadapan orang lain, itu sesuatu yang amat teruk dan memalukan.

Nea mengetap bibir. Walaupun tahu seperti apa jawapan Tan Sri Hisyam, dia tetap mahu mencuba nasib. Untung sabut timbul, untung batu tenggelam… “Boleh tak kalau Nea suruh Faizul je yang pergi? Lagipun Nea ada banyak lagi hal-hal syarikat yang Nea kena ambil tahu. Banyak fail yang nea tak tengok lagi.”

Tan Sri Hisyam yang sudah menghampiri pintu, menghentikan langkah. “Are you deaf Nea Khairina? Nama siapa yang papa sebut tadi? You or Faizul?”

“Huh? Err… sorry pa,” ujar Nea. Wajahnya sudah tunduk memandang lantai marmar berwarna biru itu. Deaf? Kasarnya bahasa papa. Tapi ini kali pertamakah dia mendengar kata-kata seperti itu? Tidak! Banyak kali. Malah ada yang lebih teruk lagi.

Tanpa berlengah, Tan Sri Hisyam memulas tombol pintu dan terus keluar dari bilik bacaan miliknya. Pintu di hempas kuat.

Nea tersentak. Di urut perlahan dadanya. Hari ini cukup memenatkan baginya. Konon-konon esok bolehlah tenang sikit. Tapi tidak! Harinya pasti akan jadi lebih teruk bila bertemu dengan si tenuk itu. Tensionnya!!

***

“Alhamdulillah. Sekali lagi terima kasih sebab encik Izz dan cik Nea sudi menyumbang untuk rumah Cahaya Kasih. Kami tak pernah rasa terpinggir. Setiap tahun, kami di beri rezeki dan kegembiraan. Hanya ALLAH yang dapat membalas jasa baik kamu berdua,” ucap Puan Sakinah dengan senyuman gembira.

“Kami senang hati dapat membantu puan,” ujar Izz.

Nea hanya mengangguk. Rupanya Puan Sakinah ini pemilik rumah Cahaya Kasih. Daya Group dan Perkasa Group bekerjasama untuk memberi sumbangan pada rumah anak yatim ini.

“Encik Izz dengan cik Nea ni ada apa-apa ke?” Tanya Rosma, pembantu di rumah Cahaya Kasih. Kata Puan Sakinah, Rosma memang selalu di bawa bersama jika suaminya tidak dapat menemani.

“Rosma…” tegur Puan Sakinanh. Nyata dia kurang senang dengan pertanyaan pembantunya itu.

Rosma hanya tersengih. “Tak adalah kak. Saya tengok dia orang berdua ni sepadan. Sama-sama ada rupa, sama-sama ada pangkat besar. Pendek kata, memang sesuai sangatlah.”

Izz hanya ketawa. “Tak adalah cik Rosma. Kami cuma rakan business. Tapi terima kasih atas pujian tu. Mesti cik Nea suka. Yalah, dia pantang di puji,” sindirnya sambil mengerling wajah Nea.

Puan Sakinah dan Rosma melepaskan tawa kecil dengan sindiran yang di rasakan bagai satu gurauan itu. Mahu ketawa berlebih-lebih, takut gadis muda di hadapan mereka ini terasa hati.

Nea mengetap bibir. Sempat lagi si tenuk ini mengutuknya. Tak profesional langsung! Dan boleh pula ada yang ketawa. Apa yang kelakar? Rasa mahu marah sahaja ketika ini. Tapi cuba di tahan sekuat hati. Jaga adab. Jaga perilaku. Jaga nama baik. Tidak lama, dia juga ikut ketawa. “Betullah apa kata encik Izz tu. Saya tak boleh orang puji saya lebih-lebih. Lagipun saya takut encik Izz terasa. Orang jarang puji dia. Sebab tu bila dia kena puji, ada rasa pelik sikit.” Nea membalas dengan sindiran juga. Dan hatinya puas saat melihat wajah bengang Izz.

Saat itu, Puan Sakinah dan Rosma berpandangan. Mereka bagai dapat merasakan ketegangan di sini. “Err… cepat betul masa berlalu kan? Dulu masa saya jumpa cik Nea, cik Nea kecil lagi. Sekarang dah besar. Dah jadi perempuan yang cantik,” ujar Puan Sakinah. Dia berusaha untuk menenangkan ketegangan yang mula di rasakan ketika ini.

Nea mengerutkan dahi. “Maksud puan, kita pernah jumpa sebelum ni?”

Puan Sakinah terkedu. Niatnya hanya mahu membantu meredakan suasana. Bukan mahu mengungkit cerita lama. Sepatutnya dia tidak menimbulkan tentang itu tadi. “Maafkan saya cik Nea, encik Izz. Rasanya dah lewat sangat ni. Kami balik dululah,” katanya. Soalan Nea tidak mahu di jawab.

“Yalah. Sampaikan salam saya pada encik Bahar,” kata Izz.

Puan Sakinah tersenyum sebelum mengangguk. Setelah itu, tangan di hulur untuk bersalaman dengan Nea. Rosma juga turut melakukan hal yang sama. Dan tanpa berlengah, mereka berdua pun berlalu dari situ.

Nea hanya memerhati. Walaupun hatinya terlalu membuak-buak ingin tahu, keengganan Puan Sakinah untuk menjawab soalannya dengan cara berhemah membantutkan niatnya. Pernahkah dia melihat Puan Sakinah sebelum ini? Entahlah. Semuanya nampak kabur. Namun dia tersentak bila merasakan ada air dingin yang mengalir di wajahnya. Siling bocor ke? Tapi air hujan bau jus oren? Memang tak lah!

Lalu wajah Izz di pandang tajam. Kalau bukan kerana si tenuk ini, siapa lagi? Habis dia lencun dengan jus oren. Tak guna! Tapi reaksi dari Izz tidak seperti yang dia harapkan. Lelaki itu nampak terkejut. Tapi kenapa? Bukankah sepatutnya Izz sedang tersenyum atau paling tidak pun buat muka poyo?

Namun apabila dia berpaling, tahulah dia kenapa reaksi Izz sebegitu. Nah, ini dia si tenuk betina a.k.a pasangan Izz Anaqi yang berpakaian sendat, berambut celup dan bermekap tebal sudah sampai. Shasha Nadira binti Tan Sri Borhan.

What the hell are you doing miss Shasha?” Tanya Nea keras. Dia sudah berdiri di hadapan Shasha.

“Memang patut pun. Perempuan tak tahu malu,” ejek Shasha.

Nea mencerlungkan matanya. “What? Tak tahu malu?”

“Yalah. Dalam ramai-ramai lelaki, boyfriend aku juga yang kau nak.”

“Aku nak dengan boyfriend kau ni? Oh, please!”

Shasha sudah menarik lengan Izz yang masih diam sejak tadi. “Ini last wrning. Kalau kau kacau Izz lagi, aku bukan simbah segelas. Satu baldi aku lumur kat badan kau.” Setelah itu, cepat-cepat dia melangkah. Izz terpaksa juga mengikut rentak Shasha kerana lengannya di tarik sama.

Nea menghela nafas panjang sebelum menghembusnya perlahan. “Tak guna punya tenuk gila!” Jeritnya kuat. Langsung lupa yang dia berada di mana. Ya, dia berada di kafe yang ada ramai orang sedang menikmati hidangan masing-masing. Sakit hati! Malu! Apa lagi? Semua sudah ada di dalam hatinya kini.

Lantas dengan wajah tebal berkilo-kilo, dia melangkah pergi. Laju langkahnya sehingga dia rasa mahu menanggalkan kasut tumit tingginya dan berlari pecut menuju ke kereta. Nyata hari ini sangat teruk baginya. Malah bertambah teruk bila Shasha enter frame sekali.

Previous: Bab 1
Next: Bab 3

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Hanan Rahman