Home Novel Cinta Cinta Yang Tertukar
Cinta Yang Tertukar
Hanan Rahman
25/5/2015 15:13:01
135,178
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 26

Shasha duduk di gazebo sambil mengusap-usap selendang di kepalanya. Tapi semakin di usap, semakin rimas pula rasanya. Lantas selendang di buka sebelum dia membetulkan rambut panjangnya yang di ikat satu. Tiga hari. Tiga hari dia menahan rasa. Panas, rimas, gatal dan macam-macam lagi. Ternyata sangat susah untuk bertudung. Tambah-tambah lagi jika di sertai dengan niat yang tidak ikhlas.

“Assalamualaikum cik Shasha.”

Shasha pantas menoleh. “Waalaikumsalam. Aisya. Baru balik ke?”

Aisya mengangguk. “Ada study group tadi. Yalah, tak lama lagi kan nak exam. Ermm… mak cakap cik nak jumpa saya.”

“Duduklah.”

Tanpa banyak soal, Aisya duduk di situ. Dalam kepala, sudah bermacam andaian yang timbul. Tidak pernah-pernah mahu berjumpa, tapi hari ini lain pula ceritanya.

“I nak tanya,” kata Shasha.

“Tanya apa?”

Wajah Aisya yang bertudung itu di pandang. Kelihatan gadis itu biasa-biasa sahaja. Langsung tidak kelihatan terganggu dengan tudung di kepala. “You tak rimas ke pakai tudung?”

Aisya tersentak. Satu soalan yang tidak pernah terfikir langsung akan di tanya kepadanya. “Err… tak. Biasa je.”

“Tak? Are you serious? I punyalah rimas. Dengan panas lagi. Nasib baik I kerja kat office. Kalau tak, baru kejap pakai memang I dah tanggallah tudung ni. ”

“Mungkin sebab saya dah biasa pakai dari kecil. Sebab tu sekarang tak rasa rimas. Kalau cik nak tahu, saya lagi rimas kalau tak pakai tudung,” ujar Aisya.

Kelat wajah Shasha. Rasa tersindir pula dengan kata-kata Aisya. “Kenapa you pakai tudung? Mesti ada sebab kan? Macam I. I pun ada sebab juga kenapa I pakai tudung.”

“Sebab nak tutup aurat. Tutup aurat kan wajib,” jawab Aisya jujur.

“Tak ada sebab lain? Contohnya macam nak tarik perhatian orang ke?”

Aisya menggeleng. “Semoga niat saya bertudung ni tak berubah.”

Shasha tersenyum tipis. Jauh sekali niat mereka. Nampak sangat pro dan kontra antara dia dan Aisya.

“Cik, saya cakap sikit boleh?”

“Apa?”

“Sebenarnya, saya… saya suka tengok cik pakai tudung. Alah, rasa rimas tu sekejap je. Insya-Allah lama-lama nanti okeylah. Yang penting cik kena sabar. Sabar tu kan separuh dari iman?”

“Hah? Oh… yalah. I… cuba sabar. Okeylah Aisya. Pergilah masuk. You mesti penat kan?”

“Yalah. Saya masuk dulu cik.” Aisya kemudian berdiri dan terus berpaling untuk masuk ke dalam rumah. Dalam hati dia sempat berdoa agar anak majikan emaknya ini akan sentiasa di beri kesabaran dan kekautan untuk menempuh apa juga dugaan. Jujurnya dia gembira dengan perubahan Shasha. Alhamdulillah…

Shasha memandnag kembali selendang yang di letakkan di atsa ribanya. Terusik juga hatinya dnegna kata-kata Aisya. Lalu selendang itu kembali di lilitkan di kepala sebelum dia turut melangkah meninggalkan gazebo itu.

***

Izz menyanyi-nyanyi kecil menuju ke dapur. Dalam perjalanan, dia bertembung dengan Nea. Dan seperti di duga, pandangan Nea tetap tajam dan sinis. Malah malam ini, ketajaman dan kesinisan pandangannya makin menjadi-jadi. Rimas dia jadinya. “Nea…”

“Aku tak nak cakap dengan kau.”

Lengan Nea pantas di pegang. Dia tidak mahu mereka terus begini. Silap-silap semua orang boleh tahu yang mereka memang tidak bahagia bersama.

“Lepaslah!” Nea merentap tangannya.

“Aku tak suka kau pandang aku macam tu,” ujar Izz.

“Kenapa?”

“Cara pandang kau tu macam menampakkan aku ni gatal sangat. Suka ambil kesempatan dan tak senonoh.”

Nea tergelak sinis. “Terasa ke? Baguslah. Lagipun dah memang kenyataannya yang kau memang gatal sangat-sangat. Suka ambil kesempatan pula tu.”

“Alah, yang tu… aku gurau je. Tak payah ambil hati sangatlah,” bala Izz. Memang tiada niatnya mahu bersikap gatal atau mengambil kesempatan. Semua itu berlaku tanpa di sengajakan. Juga tanpa perasaan suka atau benci. Apa lagi nafsu. Ia perlakuan spontan.

“Gurau? Huh! Sama ada kau bergurau atau tak, muka aku ni dah tak suci lagi. Faham tak?”

Izz tergelak. “Habis tu badan aku yang dah tak suci lagi ni nak letak mana?”

Nea membulatkan mata. Badan Izz dah tak suci? Izz pernah…

“Woo! Stop staring at me like that. Ingat apa, aku tak tahu dosa?”

“Tapi tadi kau cakap…”

“Sebelum buat andaian, tanya dulu apa maksud sebenar? Paling tak pun tanya siapa yang yang buat badan aku tak suci.”

“Siapa nak tanya benda-benda macam tu? Geli tahu tak? Geli!” Balas Nea sebal.

“Nampaknya kau tak ingat ni.”

Nea mengerutkan dahi. “Ingat apa?”

“Pasal semalam. Apa yang kau buat kat aku. Apa yang kita buat…” Izz tersenyum penuh rahsia.

“Kau merepek apa ni? Kita… bu… buat apa?”

Izz menjungkit bahu. Semalam? Tak ada apa sangat pun. Cuma gara-gara insiden kucupan di hidung itu, Nea tidur betul-betul di hujung katil. Ketika itu, Nea mahu terjatuh ke bawah. Dia mengambil langkah pantas untuk menahan badan Nea. Setelah di alih ke tengah katil, Nea turut sama menariknya. Mula-mula, rasa bergetar juga hati dan perasaan lelakinya. Tapi di kuatkan iman. Walaupun Nea halal untuknya tapi dia tidak mahu memaksa. Tapi satu yang dia rasa mahu tergelak, dalam marah Nea masih mahu tidur sekatil dengannya. Nak jadi isteri yang baiklah sangat!

“Cakaplah. Kita buat apa?”

“Kau peluk aku,” jawab Izz.

Nea terkejut. “Gila ke apa nak peluk kau? Tak. Aku tak kan mengaku yang aku peluk kau.”

“Betul!”

“Tipu!”

“Betul!”

Nea terasa mahu pengsan. Berombak dadanya menahan rasa geram. “Bukti. Aku nak bukti.”

“Manalah aku ada bukti. Ingat sempat ke nak ambil gambar atau rakam semua tu? Dah lah gelap.”

“Dah agak dah. Kau memang penipu.”

Izz memasukkan kedua belah tangannya pada poket seluar. Perlahan-lahan dia mula melangkah menuju ke dapur. “Tak apalah. Aku memang tak expect kau percaya pun. Tapi kau tetap tak boleh nak ubah hakikat.”

“Hakikat apa?” Tanya Nea.

“Hakikat yang salah satu dari anggota badan kita ni dah tak suci,” jawab Izz.

“Eei!! tak senonoh! Pengotor!” Jerit Nea sebelum laju dia pergi meninggalkan Izz.

Izz berhenti melangkah dan berpaling. “Pengotor-pengotor pun laki kau juga Nea oii…”

Previous: Bab 25
Next: Bab 27

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Hanan Rahman